Fauzul Naim
No Result
View All Result
  • Utama
  • Siapa Saya
  • Program Saya
  • Kalendar Saya
  • Temujanji Coaching
  • Hubungi Saya
Fauzul Naim
No Result
View All Result
Home Video

Video Previu 1: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011

by Fauzul Naim Ishak
25/10/2011
in Video
Video Previu 1: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

24 & 25 Disember 2011

YuranAsal: RM650

Yuran istimewa bagi pendaftaran sebelum 10 November 2011: RM550

Dewan Kuliah FINE Academy (BilikTraining.com), 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Bidang penulisan buku adalah suatu dunia penuh misteri. Ramai di kalangan masyarakat sekarang mempunyai persepsi bahawa dunia penulisan hanyalah untuk orang sastera dan akademik sahaja. Apabila mendengar kata-kata “menulis buku”, langsung terlintas di minda buku universiti dan tulisan sasterawan negara.

Ini tidak termasuk dengan sangkaan bahawa pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan. Hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka.

Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun.

Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia dalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Sekali sahaja pada waktu menulis, namun pendapatannya diperoleh sepanjang hayat.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) adalah bengkel yang akan membongkar rahsia penjanaan wang daripada penulisan. Para penulis daripada pelbagai latar belakang jurutera, doktor, tukang masak dan suri rumah sudah mengecap nikmatnya sekian lama. Bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Apa Kelainan Bengkel Ini?

Jurulatih bengkel ini bukan sahaja seorang penulis tetapi juga seorang penerbit buku. Buku tulisan beliau “Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin” pernah menduduki carta bestseller kedai-kedai buku besar Malaysia. Beliau akan mendedahkan segala input daripada dua perspektif bisnes dan seni penulisannya. Tidak seperti jurulatih lain yang hanya mendedahkan daripada satu sudut sahaja. Pengalaman negosiasi pelesenan luar negara menjadikan beliau antara pakar yang paling autoritatif di Malaysua dalam isu memasarkan hak cipta buku ke dalam dan luar negara. Input yang tidak akan diperoleh di bengkel-bengkel penulisan lain.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) mempersembahkan modul dalam 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Teori, Praktikal & Berjaya

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang
  • Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu

Pengisian Program

Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman

  • Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku
  • Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku

Modul 2: Bagaimana Memilih Bidang Bersesuaian Dengan Diri

  • Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri
  • Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia
  • Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda
  • Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda

Modul 3: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda

  • Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan
  • Hak Pengarang :
    • Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu
    • Bagaimana membuktikan hak cipta
    • Bagaimana membuat pendakwaan

Modul 4: Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala

  • Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan
  • Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit
  • Merangka perancangan penulisan

Modul 5: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

  • KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk
  • Menghasilkan jalan cerita (storyline)
  • Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami
  • Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat
  • Membina perenggan, bahagian bab dan bab

Modul 6: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal

  • Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain
  • Beza antara terjemah dan adaptasi
  • Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita
  • Warna dan warni dalam buku

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Puan Atiqah di talian 0341492560 ataupun emelkan kepada training@fineacademy.com.my. Terima kasih..

Tags: bengkel penulisanpenulis bestsellerpenulis super
ShareTweetShare
Fauzul Naim Ishak

Fauzul Naim Ishak

Terima kasih kerana sudi membaca catatan peribadi ini. Ia adalah kutipan pengalaman daripada pembacaan, kajian dan pemerhatian pada individu serta suasana sekitar. Pengalaman mengendalikan program, mendengar cerita orang, mengendalikan coaching bersama peserta amat mendewasakan dan inilah yang saya terjemahkan dalam tulisan di sini. Selamat membaca dan semoga ia membawa manfaat buat semua.

Related Posts

Video

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Penggerak FINE Academy

22/07/2014

Kami di FINE Training Academy Sdn Bhd mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua pelanggan, bakal pelanggan,...

Jalan-Jalan

Vlog : Travelog Frankfurt Book Fair: Bermula Kisah Kejayaan

26/10/2011

Malam ini saya mendapat satu idea baru. Idea untuk berkongsi ilmu dengan orang lain melalui video. Alhamdulillah dengan keupayaan alat...

Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011
Video

Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011

25/10/2011

24 & 25 Disember 2011 YuranAsal: RM650 Yuran istimewa bagi pendaftaran sebelum 10 November 2011: RM550 Dewan Kuliah FINE Academy...

Next Post
Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011

Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011

Vlog : Travelog Frankfurt Book Fair: Bermula Kisah Kejayaan

Tip Re-Code 28 Oktober 2011: Mentor Mempercepatkan Proses Kejayaan

Tip Re-Code 28 Oktober 2011: Mentor Mempercepatkan Proses Kejayaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Fauzul Naim

Fauzul Naim

Pengasas dan Pengarah Urusan FINE Training Academy Sdn Bhd

Saya Fauzul Na'im Ishak, adalah Pengasas dan Pengarah Urusan FINE Training Academy Sdn Bhd, syarikat perunding latihan dan motivasi dan Pengarah Bukan Eksekutif PTS Media Group Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan buku.

Laman ini adalah perkongsian pengalaman dan coretan minda untuk tatapan serta bacaan umum. Terima kasih kerana sudi untuk singgah di sini dan membacanya.

Sebarang pertanyaan ataupun maklum balas boleh terus emel saya di fauzulnaim@fineacademy.com.my. Terima kasih

PROGRAM KENDALIAN SAYA

Pihak saya mengendalikan pelbagai program dalam bidang komunikasi dan penulisan untuk latihan dalaman agensi kerajaan dan swasta. Pihak saya amat berminat membantu organisasi untuk memperkasa kakitangannya. Baca seterusnya

Ruangan Iklan

VIDEO FAUZUL NAIM

https://vimeo.com/39615240?loop=0

Kalendar Saya

« March 2018 » loading...
SMTWTFS
25
26
27
28
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Facebook Page

Ikuti

  • BONGKARPOTENSI  Apabila Suara Hati Kata Jadi Realistik  Persetankannya  Pada ketika kita kecil  zaman sekolah selalu orang berkata pada kita  Buatlah impian setinggi langit  Kejar impian usaha sehabis mungkin   Namun bila dewasa  orang kata pada kita    hang kena jadi realistik  situasi sebenar tidak seperti yang hang sangkakan     Pelik tapi benar   Jadi untuk berjaya  apapun kata    REALISTIK    persetankan  Apa sahaja dalan dunia ini asal usulnya tidak    REAL    selagimana tidak dibuat  Untuk    REAL   kannya  BUATLAH   Kejar impian  BONGKAR POTENSI DIRI  InsyaAllah kita akan sampai tahap yang dahulu kita sangka tidak    REAL    pada ketika itu adalah REALITI    bongkarpotensi  bangkit2018  fauzulnaim  fineacademy
  •    Fauzul     Saya terus menoleh ke belakang  Rupanya sahabat yang sudah lama tidak saya temui menegur saya   Ustaz Ahmad Syukri aka Syukri Zakat   Alhamdulillah ditemukan kembali  Terima kasih ustaz kerana masih ingat saya dan terus menyokong perjuangan saya
  • Selepas sebulan berjaya keluar ke Zon Tempur semula
  • Tahniah
  • Tahniah Anakanda Muhammad Isyraf Idraki mendapat tempat kedua larian berpagar di Temasya Sukan Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak 2018
  • Tahniah anakanda Nuraisyah Humaira Fauzul Naim mendapat tempat pertama lumba lari 4 x 75m  Alhamdulillah dua dua anakanda cemerlang dalam sukan kali ini
  • Utama
  • Siapa Saya
  • Program Saya
  • Kalendar Saya
  • Temujanji Coaching
  • Hubungi Saya
No Result
View All Result
  • Utama
  • Siapa Saya
  • Program Saya
  • Kalendar Saya
  • Temujanji Coaching
  • Hubungi Saya

© Hak Cipta Terpelihara Fauzul Naim Ishak 2018