TEAM SUPER Re-CHARGE! Membangunkan Pasukan Dinamik & Efektif | Kursus Team Building | Kursus Semangat Berpasukan

Dunia bergerak pantas dan perubahan berlaku terlalu cepat sehingga jika kita terlambat, kita akan ketinggalan. Justeru, bagi organisasi yang dinamik, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini menjadi bonus dalam mengungguli carta negara terbaik dunia.

Antara instrumen yang terlibat dalam memastikan dinamika dalam organisasi terus berada di tahap yang maksimum adalah keupayaan membudayakan semangat berpasukan dalam diri setiap entiti yang ada dalam komposisi organisasi itu.

Semangat berpasukan yang kuat memudahkan gerak kerja dalam sebarang aktiviti melibatkan kerjasama antara pengurusan dan kumpulan sokongan sebaliknya semangat berpasukan yang lemah akan menyebabkan gerak kerja organisasi menjadi terbantut.

Setiap individu dalam organisasi harus memainkan peranan dalam memastikan semangat berpasukan menjadi budaya yang mengakar umbi dalam diri. Seterusnya, ia harus dijadikan budaya yang mendasari setiap tindakan yang dilakukan. Pastinya, ia bukanlah tugas mudah.

Durasi Program

Kursus team building ini dapat dijalankan untuk tempoh 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Para peserta dalam program akan menempuh 4 fasa Re-CHARGE pasukan iaitu:

Fasa FORMING

Ini adalah fasa mewujudkan persefahaman di antara ahli pasukan. Setiap ahli mengenal, melihat dan beradaptasi dalam pasukan. Ini adalah fasa paling genting dalam menentukan sama ada ahli pasukan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan ataupun tidak.

Fasa STORMING

Ini adalah fasa untuk bekerja bersama. Masing-masing memberikan pandangan dan mempertahankan pandangan sendiri. Pada fasa ini setiap individu dalam pasukan perlu memahami peranan masing-masing dalam organisasi. Ia adalah fasa pengembanga organisasi.

Fasa NORMING

Fasa ini adalah fasa persetujuan. Setiap ahli bersetuju dengan satu visi dan satu matlamat pasukan. Ada yang berlapang dada melepaskan idea untuk bersetuju dengan idea orang lain. Ini adalah satu pengorbanan untuk memastikan cita-cita pasukan tercapai. Semua ahli pasukan perlu berperanan untuk mencapai kejayaan pasukan.

Fasa PERFORMING

Ini adalah fasa terakhir dalam berpasukan iaitu fasa menunjukkan prestasi. Apabila semua ahli pasukan berfungsi dengan baik dan menunjukkan prestasi optimum. Kejayaan pasti dicapai, gunung yang besar pun dapat diruntuhkan.

Apa Yang Peserta Peroleh Daripada Program Ini?

Anda menyertai program ini, Anda akan dapat:

  • Menghayati dan memperincikan 4 fasa pembentukan pasukan efektif
  • Mempraktikkan gaya komunikasi berkesan dalam memperkasa organisasi
  • Mengenalpasti kekuatan pasukan dan peluang untuk memperkasanya

kursusteamsuperkemas

kursusteamsuperkemas2

kursusteamskpt

Testimonial Peserta Program Lalu

“Program yang sangat menyeronokkan dan banyak isi-isi yang dapat dipelajari. Trainer yang banyak pengalaman dan dapat berkongsi pengalaman-pengalaman yang ada.” – Mohd Safiq b. Abdullah, Pembantu Tadbir P/O N17 (Kewangan)

“Semangat kerja secara berpasukan dan kepercayaan antara peserta. Program yang sangat memberi manfaat kepada individu dan organisasi.” Mohd Saufi bin Abd Rahman, Pembantu Tadbir (Landskap)

“Program yang sangat menyeronokkan, banyak cabaran, mempunyai fasilitator yang baik-baik belaka – memberi arahan dan penerangan yang mudah difahami, ceria membuatkan semua peserta dapat memberi feedback yang positif, dapat melahirkan generasi berani, bersemangat, saling bekerjasama dan yakin, dan tentatif program yang banyak memberi input baik kepada semua peserta.” – Mohamad Zul Feka bin Kamri, Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa, J29, Jabatan Penerangan Pembangunan

“Keberanian itu penting untuk setiap individu dan saling mempercayai antara satu sama lain amat penting untuk membuat sesuatu organisasi itu naik dengan cemerlang. Selain itu, kemesraan dengan staf-staf lain amat pengting untuk mengenali sifat mereka sekaligus dapat mengeratkan silaturahim sesama sendiri. percaya akan aura positf dapat menyelesaikan masalah dan dapat mengurangkan tekanan diri.” – Asmidah bt Salleh, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

“Tajuk tazkirah yang menarik dan penyampaian yang jelas.” – Mohamad Nor Azhar b. Noor Mohamed, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Perlesenan

“Ribuan terima kasih kepada penceramah dan pembantu-pembantu semasa dalam program ini. Bermacam-macam pengalaman yang menakjubkan saya dapat, dari segi modul, ceramah, nasihat, permainan. Semoga dapat terus memajukan lagi dalam bidang ini dan penambahbaikan dari segi modul, pengajaran yang dapat diserap kepada pelatih.” – Mohamad Yusof bin Abd. Rahim

“Suka aktiviti Survival Environhunt” – Shahrul Anuar bin Kamil, Pembantu Tadbir, N17

“Kreativiti penceramah memberi penerangan untuk pemahaman peserta dan contoh-contoh yang diberi sangat mencapai objektif kursus.” – Muhamad Hazwan b. Johari, Pembantu Tadbir N17

“Mempelajari tentang sifat kerjasama antara pasukan, keserasian, keramahan.” – Dayana bt Haironi, Pembantu Tadbir

“Persamaan dan Berkerjasama.” – Mohamad Asri bin Zainal, Pembantu Tadbir

“Aktiviti dan program yang diadakan amat memuaskan dari segi rohani dan jasmani.” – Mazlina Bte Abdul Majid, Penolong Pegawai Tadbir

“Aktiviti yang dijalankan amat menarik pada keseluruhannya. Sesi aktiviti dikenali oleh trainer dengan baik. Aktiviti team super dapat mengeratkan lagi hubungan staff baru dan dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.” – Azzwan bin Zainudin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

“Saya dapat bekerjasama antara pasukan dan perlu membuat keputusan yang bijak.” – Mohd Afiq bin Mahmood, Pembantu Tadbir

“Terbina 1 nilai kerjasama, amanah, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, melahirkan perasaan kasih dan sayang terhadap satu rakan pekerja, semangat kesukanan dan keberanian.” – Nur Hamizah binti Suhaimi, Pembantu Tadbir

“Perkongsian ilmu agama, pengurusan kewangan, dan pentadbiran organisasi, input yang mudah difahami tak kira jawatan, umur dan jantina.” – Mohd Faisal b. Norahman, Pembantu Am Pejabat

“semua aktiviti yang dirancang adalah seronok  dan program outdoor dapat mewujudkan sikap kerjasama” –MAHYULIZA BT MOHAMAD ISA, PEMBANTU SYARIAH, BAHAGIAN PENDAKWAH

“Survival environment. menarik dan best” -MD HELMI BIN MASHOR @TORRES, PEMB SYARIAH, JAIS

“Jurulatih beri komitment yg sangat baik. semua kativiti meningkatkan semangat berpasukan. aktiviti yang menonjolkan kelebihan pd dri yg tak diketahui sebelum ni,, menangkap ayam.”-KHAFIZAH AHMAT KHAIRI, PEN PEG SYARIAH, JAIS, 019 268 3240

“suka pendekatan yang diambil, selain itu, pelaburan yang menguji minda dan integriti. survival outdoor lebih menarik kalau buat malam” –FAIRUS JAAFAR, PENDAKWAAN SYARIE

“Survival yang sangat hebat. lain daripada lain.” -SITI NOR HASHIBAH JAMHAR, PENDAKWA SYARIE, JAIS

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Leave a Comment