PEMBENTANG SUPER: Seni Magis Membentang Gaya NLP | Kursus Presentation Skills

Membentang maklumat dalam organisasi kerap berlaku dalam mesyuarat, pembentangan kertas kerja dan juga dalam program. Terdapat tiga situasi kepada penyampai yang mahir bidang menjadi hilang kredibeliti di hadapan khalayak ramai iaitu:

  • Bahan presentasi menjadi banjir maklumat sehinggakan pendengar lemas dengan terlalu banyak informasi
  • Penyampai dianggap membazir masa pendengar apabila apa yang disampaikan sama seolah-olah membacakan teks yang diberikan kepada mereka.
  • Penyampai hilang fokus apabila sesi interaksi maklumat pada multimedia dan jawapan sesi interaksi terputus.

Oleh itu, merancang presentasi yang mendorong tumpuan pendengar dan mengekalkan motivasi penyampai penting agar maklumat dapat disampaikan. Ia diikat dengan bantuan multimedia asas dan multimedia elektronik bersama.Para pembentang juga kadangkala hilang fokus disebabkan kekurangan persediaan dalam diri disebabkan gemuruh dan gementar pada ketika membentang. Ia menjadikan persepsi kepada pembentang menjadi agak buruk yang menyebabkannya hilang wibawa.

Maka Bengkel Pembentang Super: Seni Magis Membentang Gaya NLP adalah bengkel yang holistik menggabungkan Neuro Linguistic Programming dan kemahiran menguasai multimedia dalam pembentangan.

Objektif Program

Di akhir program ini para peserta dapat menguasai 4M:

  • Menguasai: Menguasai ketakutan, gementar dan diri sendiri dalam memastikan pembentangan menjadi berwibawa
  • Mengetahui: Mengetahui perbezaan setiap satu bahan bantu pembentangan konvensional dan multimedia.
  • Mengubah: Mengubah bahan kompleks menjadi bahan huraian mudah untuk pembentangan khalayak.
  • Menyampaikan: Menyampaikan bahan secara berkesan kepada khalayak kecil dan khalayak besar dalam tempoh 30 minit sehingga satu jam.

Metod Program

Teori kepada peserta:

  • Aktiviti penguasaan skil individu
  • Aktiviti penguasaan skil kumpulan

Durasi Program

kursus presentation skills atau membentang gaya luar biasa ini boleh diadakan untuk tempoh 2 hari dan 3 hari.

Modul yang dibentangkan:

  • Modul 1: Kenali Potensi Diri
  • Modul 2: Kenali Audiens Anda
  • Modul 3: Keadaan untuk Pembentangan Berkesan
  • Modul 4: Merancang Pembentangan
  • Modul 5: Pembinaan Flip Chart berkesan
  • Modul 6: Pembentangan Power Point Gaya Steve Jobs
  • Modul 7: Presentasi Fonetik Berpengaruh
  • Audit pembentangan untuk pentauliahan

kursuspembentangsuper

kursuspembentangsuper2

 

Permohonan Sebut Harga Program

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *