KOMUNIKATOR SUPER: 5P Strategi Komunikasi Berkesan | Kursus Komunikasi Berkesan | Kursus Komunikasi Efektif

Apabila Anda menyertai program ini Anda akan mempelajari kaedah berkomunikasi cara seorang top performer. Top performer dunia menggunakan Neuro Linguistic Programming (NLP), suatu kajian seni dan sains kecemerlangan manusia.

NLP mendedahkan cara manusia berfikir dan menerima maklumat melalui VAKOG (Visual Auditori Kinestetik Olfaktori Gustatori). Dalam keadaan biasa manusia menyerap masuk sebanyak 2 juta bit persaat maklumat melalui VAKOG mereka. Namun hanya 134 kilo bit per saat sahaja yang diserap oleh perwakilan dalaman mereka. Ia disebabkan oleh proses pemadaman, herotan dan generalisasi yang berlaku di dalam minda manusia. Ini memberikan kesan besar kepada komunikasi manusia.

Dalam bengkel ini, Anda akan mempelajari kaedah untuk mengetahui bagaimana manusia memproses maklumat, apakah tingkah laku mereka dan apakah kaedah komunikasi terbaik untuk individu bersesuaian dengan tingkah laku pilihan mereka. Anda juga mengetahui bagaimana mengenal tingkah laku melalui perkataan menggunakan Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile). Anda akan mengetahui apakah bahasa berpengaruh bersesuaian dengan profil mereka.

Ia melalui 5P Strategi Komunikasi Berkesan. Anda akan dilatih menggunakan beberapa mode yang apabila digunakan menjadikan Anda seorang KOMUNIKATOR SUPER.

Strategi 5P diperincikan sebagai berikut:

STRATEGI P1: Penyelidik

Seorang komunikator yang baik mengetahui latar belakang prospek yang beliau ingin berkomunikasi. Mengetahui keseluruhan tanda yang ada pada komunikasi verbal dan non verbal.

STRATEGI P2: Penghubung

Seorang komunikator yang baik menyediakan suasana kondusif untuk memudahkan komunikasi berkesan berlaku. 60 saat pertama adalah tempoh paling penting tujuan itu. Pada strategi ini akan diterangkan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh itu. Pandangan pertama penentu kejayaan keseluruhan komunikasi dua hala.

STRATEGI P3: Penggodam

Setiap individu ada cara fikirnya yang tersendiri. Pandangan dua individu berbeza mengenai suatu perkara yang sama. Ini disebabkan oleh meta program yang berlaku pada minda mereka. Anda akan dilatih bagaimana untuk mengetahui meta program yang ada di minda prospek bagi mengatur strategi komunikasi yang baik.

STRATEGI P4: Perungkai

Maklumat yang diproses oleh minda ditapis oleh satu lapisan dikenali sebagai ‘critical faculty’. Ini menyebabkan kadangkala individu menunjukkan tanda penentangan. Di sini diterangkan bagaimana untuk menggunakan Meta Model dan Milton Model bagi mengendalikannya.

STRATEGI P5: Pementas

Di sini akan diperkenalkan bahasa-bahasa berpengaruh untuk menukar persepsi individu . Ia adalah buah kilas bagi membuatkan pandangan seseorang berubah.

Durasi Program

Kursus komunikasi berkesan ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Para peserta bengkel dapat:

  • Memahami asas andaian NLP dalam komunikasi seharian
  • Berkomunikasi cara yang lebih berpengaruh dengan cara positif
  • Memasukkan mesej-mesej dengan jelas dan terang ke dalam sesiapa yang mendengar

kursuskomunikatorsuper2

kursuskomunikatorsuper

Testimonial Peserta Lalu

Banyak memberi keberkesanan dalam komunikasi seharian. (Sharifah Yaacob – Pembantu Penguatkuasa PQ Shah Alam)

Memberi pendedahan dan pengetahuan yang baru dalam bidang komunikasi. (Rohani Bt Ahmad – Pembantu Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbiatn Dan Teks Al-Quran Kedah/Perlis.)

Dapat menilai diri sendiri hanya melalui komunikasi dan juga dapat berkomunikasi dengan cara yang lebih baik untuk mewujudkan hubungan yang baik dan positif bersama orang lain. Apapun syabas dan terima kasih dengan ilmu yang dicurahkan. (Pembantu Penguatkuasa – Bahagian PQ)

Dapat memberi keyakinan kepada kami peserta kursus dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih super. (Razdiah Othman – Pembantu Penguatkuasa KDN)

Ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dengan lebih baik dan berkesan. (Masitah Bt Juraimi – Pt (P/O) RELA)

Ia dapat manfaat yang baik pada diri kita semua kerana setiap yang ditutur itu pada orang lain dengan cara yang baik,berhemah dapat merapatkan hubungan diantara kedua-dua pihak. (Naziratul ‘Ain Bt Hussain – Pembantu Am Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha)

Memberi peluang kepada semua peserta membuka minda dan ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam tugasan seharian. (Jimmy – M41 RELA)

Memberi pendedahan pengetahuan berkaitan cara berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam operasi jabatan. (Nazen Bin Hj. Zabidi – Pembantu Tadbir Kanan PQ Selangor)

Banyak infomasi yang berguna boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. (Haziq bin mohd rosli – Pembantu Penguatkuasa PQ Kelantan, KDN)

Kaedah komunikasi yang digunakan dapat diaplikasikan di dalam organisasi dalam membina hubungan baik bersama sesiapa sahaja untuk berkomunikasi dengan lebih positif lagi. (Nurul Yasmin Muhamad – Pt(P/O) Bahagian Pembangunan, KDN)

Memberi pengetahuan dalam setiap kemahiran dalam komunikasi. (Mohd Syahrir ismail – Pembantu Penguatkuasa KDN Kelantan)

Ia dapat menambahkan kemahiran komunikasi dengan lebih baik. Sama ada di dalam organisasi mahupun dimana-mana. (Mohd Abdul Rashid Zawawi Bin Mohd Nawi – Pembantu Penguatkuasa N22 PQ Kedah/Perlis)

Boleh memperluaskan pengetahuan tentang mengendali diri orang lain. (Mahadi Bin Mohamood – Pemandu R3 KDN)

Ia dapat membina komunikasi yang baik dalam menyampaikan sesuatu mesej yang berkesan. (Mohd Nashdi Abu Bakar – Pembantu Penguatkuasa Bahagian PQ Shah Alam)

Memberikan teknik serta tip untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan kepada lapisan masyarakat. (Kamarul Arifin Bin Sidek – Pembantu Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan)

Memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang cara-cara untuk nerkomunikasi dengan lebih baik. (Erdi Hazli Fizrar Ahmad – Pengawal Keselamatan KP11 RELA)

Memberi pengetahuan dan kesedaran. (Mohd Ilham Basiran – Pemandu R3 RELA)

Pengisian program yang mantap untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta penyampaian yang menarik dan berkesan.penceramah yang super dan penerapan sesi motivasi diri. (Morin Anak Jucy – Penolong Setiusaha PDP,KDN Putrajaya)

Berpeluang mempelajari kaedah nlp. Cara berkomunikasi berkesan dengan persekitaran dan orang ramai/dalam keluarga/di pejabat. (Nazihah Bt Jamaludin – PSU KDN)

Membaiki diri saya dalam kaedah dan cara saya ketika berkomunikasi dengan orang di sekeliling saya dan orang awam. (Mohd Fairus Bin Sulung @ Ab Hadi – Pembantu Penguatkuasa KDN)

Dapat meningkatkan pengetahuan tentang hubungan komunikasi antara keluarga,kawan,pekerjaan dan keadaan sekeliling.memberikan kita semangat dan keberanian terhadap menangani masalah.situasi dan kelemahan diri. (Ummu Umairah Bt Jaafar – Pembantu Tadbir KDN)

Ilmu pengetahuan baru kepada saya, serta boleh mempelajari dan mengetahui tingkah laku, cara terhadap seseorang individu atau rakan sekerja. (Mariam Bt Jaafar Sidik – Pembantu Tadbir(P/O) Ikatan Relawan Rakyat Malaysiam – Ibu Pejabat)

Mempertingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi serta dapat belajar berkomunikasi dengan menggunakkan bahasa badan. (Emerllia Mohamad – Setiausaha Pejabat KDN)

Dapat merubah individu dari seorang yang pendiam kepada komunikator yang superb. (Zairul Yasli Alias – Penolong Setiausaha KDN)

Sebelum menghadiri bengkel ini,say tidak tahu macam mana untuk berkomunikasi secara berkesan.melalui program ini saya telah didedahkan dengan komunikasi berkesan dan halangan-halangan semasa berkomunikasi. (Wan Nor Suhaida Bt. Wan Ibrahim – Pt (P/O) Bahagian Pembanggunan)

Saya dapat pelbagai teknik dan kaedah-kaedah yang berguna sebagai panduan dalam setiap urusan seharian ianya amat menarik. (Sahlan Bin Kasim – PTPO BKF Melaka)

Mendedahkan peserta kepada teknik-teknik dan cara berkomunikasi dengan seseorang dengan lebih yakin dan faham ape tujuan ,matlamat atau maklumat yang hendak disampaikan. (Suriana Bt Sukarni – Penolong Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Filem)

Saya dapat apa yang ingin saya tahu tentang diri saya dan memahami peta orang lain di sekeliling saya. (Chitra A/P Rajah – Penolong Pegawai Pertahanan Awam Pejabat RELA Negeri Penang)

Ia membolehkan kita mengenali dan mengetahui ciri-ciri bagaimana seseorang itu berkomunikasi dan bagaimana kita untuk berkomunikasi dengan mereka. (Noraini Bt Abdullah – Pt/Po Ibu Pejabat RELA Malaysia)

Ia memberikan penekanan mengenai sistem komunikasi yang berkesan dimana modul-modul yang diajar tidak akan didapati di luar.program ini berbeza dengan program-program lain yang telah saya hadiri kerana ia lebih kepada satu psikologi dalam komunikasi seharian. (Nur Nabila Bt Hasballah – Setiausaha Pejabat Bahagian Akauntan)

Mendedahkan saya kepada cara komunikasi atau interaksi dengan orang lain (Nurazlina Azmi – Pembantu Tadbir KDN)

Penyampaian yang menarik,maklumat yang disampaikan amat berguna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.penekanan yang diberikan kepada peserta,bagaimana untuk menjadi komunikator yang hebat. (Zidni Noraini Bt Rifin – Setiausaha Pejabat KDN)

Menambahkan interaksi komunikasi berkesan. (Mohd Azlan Bin Alias – Pembantu Penguatkuasa KDN/HQ)

Saya telah dapat menambahkan informasi/pengetahuan mengenai nlp, aplikasinya dalam komunikasi dan hubungan sesama manusia, juga cara-cara mengenali sikap manusia dan berkomunikasi di organisasi kerja dan juga keluarga dan orang di sekeliling. (Shanthi – Pegawai Latihan Rela, Rela Negeri Sembilan)

Ianya boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.semua kandunngan kursus berdasarkan kepada penemuan dan kajian saintifik. (Goh Soon Eng – Penolong Akauntan KDN)

Memberikan peserta pendedahan untuk mengenali seseorang individu melalui gerak badan dan mimik muka mereka. (Noor Hasny Dewi Bt Abdul Rahman – Penolong Pegawai Rela , Daerah RELA)

Kita dapat mengetahui bagaimana cara komunikasi secara berkesan,dan kita dapat mengetahui kita adalah golongan yang bagaimana serta cara yang baik untuk berinteraksi dengan golongan yang berlainan. (Siti Nor Raidah Bt Bujang – Pembantu Tadbir Pejabat Rela Negeri Johor)

Penyampaiannya jelas dan banyak contoh serta video yang dipaparkan. (Misni Bt Dollah – Pembantu Setiausaha Pejabat Pejabat Rela Negeri Johor)

Mengajar saya cara untuk berkomunikasi secara berkesan. (Ummavathy D/O Muniandy – Setiausaha Pejabat KDN)
Mendedahkan setiap gerak geri manusia dan dapat memahami setiap kriteria manusia. (Rohayu Bt Ramlan – Pembantu Penguatkuasa KDN)

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Leave a Comment