Bisnes Perlukan ‘Darah Muda’ untuk Rejuvenasi Syarikat

Alhamdulillah masuk tahun ini sudah 16 tahun saya berada dalam dunia bisnes, 10 tahun ‘usahawan kuli’ di PTS dan 6 tahun mengemudi syarikat sendiri. Sepanjang 16 tahun pelbagai pengalaman dan pemerhatian dibuat kapada syarikat sendiri dan orang lain.

Syarikat akan ada satu tahap yang dikategorikan proses PENUAAN. Ia akan berlaku apabila pengemudi syarikat daripada eksekutif, pengurus dan terutamanya CEO atau Pengarah Urusan terlalu lama dalam satu-satu jawatan. Perjawatan atau unit bisnes ini akan menjadi ‘tua’ disebabkan pengemudinya masih mahu bawa CARA PANDANG lama pada jawatannya dan tidak dinamik seiring dengan masa.

Ada beberapa syarikat yang saya lihat sedar diri, mereka cepat menstrukturkan semula dengan membawa muka baru daripada generasi terbaru untuk mendapat idea berbeza. Namun masih ada yang masih lagi mahu mengekalkan STATUS QUO tidak mahu berubah atas banyak ALASAN yang mengatakan mahu mengekalkan tradisi. Ini yang kita boleh lihat pada beberapa syarikat dalam pasaran. SINDROM PENAFIAN mula dilihat dengan memperkecilkan kemampuan orang lain agar dilihat ia hebat.

Itulah antara sebabnya mengapa saya membuat keputusan meletakkan jawatan dalam anak syarikat walaupun saya adalah pemegang saham terbesarnya. Tidak mahu sindrom penuaan ini berlaku dan saya melantik generasi muda yang lebih agresif dan dinamik mengambil alihnya.

Namun di sini kita pula sebagai pemilik syarikat perlu berlapang dada mereka ini akan ada KELUK PEMBELAJARAN. Akan ada waktu turun yang mendadak dan insyaAllah dengan khidmat nasihat diberikan ia akan mula menampakkan kesegaran dan terus memacu deras ke hadapan. Itu saya percaya.

Pada ketika ini pemilik syarikat menjadi mentor dan coach yang memberikan ‘INSIGHT’ untuk ‘MENCERAHKAN’. Satu program pembangunan usahawan perlu digagas untuk mempastikan bisnes terus berkembang.

Satu Persoalan? Adakah usahawan di luar sana bersedia untuk ‘melangkah keluar’ daripada bisnes? Ada orang bertanya ke mana? Binalah bisnes baharu 🙂

Leave a Comment