APA ITU KAJIAN PERSONALITI DISC, APAKAH PERSONALITI ANDA?

DISC adalah alat penilaian personaliti yang diguna pakai 1 juta orang setiap tahun di seluruh dunia untuk meningkatkan dan memperkasakan tugasan, gerak kerja berpasukan, produktiviti dan komunikasi.

Ia adalah suatu alat yang tidak menilai dan menghakimi manusia. Ia membantu manusia berbincang secara terbuka mengenai perbezaan tingkah laku sesama mereka. Apabila Anda menyertai sebarang program DISC, Anda akan diminta untuk menyelesaikan satu siri pernyataan yang akan digunakan untuk menghasilkan laporan mengenai personaliti dan tingkah laku.

Model DISC ini menyediakan satu ‘bahasa’ yang sama yang memungkinkan sesama manusia mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Ia bukan sahaja memudahkan kita mengenal orang lain, lebih baik kita juga sedar akan tingkah laku diri kita. Ini membantu kita dan individu lain untuk beradaptasi dalam persekitaran yang lebih terbuka dan harmoni.

screen-shot-2016-11-08-at-7-58-28-am

Ia dapat dilakukan untuk gerak kerja berpasukan, perhubungan jualan, menjalan program latihan, kedudukan jawatan dan kepemimpinan serta apa jahaja aktiviti melibatkan pembinaan hubungan.

DISC membantu kita dan pasukan kita:

  • Meningkatkan pengetahuan diri: bagaimana kita mengendalikan konflik, memotivasikan diri, apakah yang menyebabkan kita tertekan dan bagaimana kita menyelesaikan sesuatu masalah
  • Memudahcara pasukan dengan lebih baik dan meminimumkan konflik
  • Membangunkan kemahiran ‘menjual’ yang lebih kukuh dengan mengenal pasti dan bertindak balas pada gaya pelanggan kita
  • Mengurus dengan lebih berkesan dengan memahami situasi dan prioriti para pekerja dan ahli pasukan kita
  • Menjadi lebih berpengetahuan, holistik dan pemimpin yang berkesan

DISC singkatan untuk Dominance, Influence, Steadiness dan Compliance. Apakah maksudnya dalam bahasa personaliti?

Dominance

Individu yang memberi penekanan kepada keputusan, hasil, berprinsip dan yakin diri

Influence

Individu yang memberi penekanan kepada pengaruh, keterbukaan dan perhubungan antara manusia

Steadiness

Individual yang memberi fokus kapada kerjasama, keikhlasan dan kebergantungan

Compliance

Individu yang menekankan isu kualiti dan ketepatan, peningkatan kepakaran dan kompetensi

Leave a Comment