Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011

24 & 25 Disember 2011

YuranAsal: RM650

Yuran istimewa bagi pendaftaran sebelum 10 November 2011: RM550

Dewan Kuliah FINE Academy (BilikTraining.com), 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Bidang penulisan buku adalah suatu dunia penuh misteri. Ramai di kalangan masyarakat sekarang mempunyai persepsi bahawa dunia penulisan hanyalah untuk orang sastera dan akademik sahaja. Apabila mendengar kata-kata “menulis buku”, langsung terlintas di minda buku universiti dan tulisan sasterawan negara.

Ini tidak termasuk dengan sangkaan bahawa pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan. Hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka.

Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun.

Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia dalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Sekali sahaja pada waktu menulis, namun pendapatannya diperoleh sepanjang hayat.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) adalah bengkel yang akan membongkar rahsia penjanaan wang daripada penulisan. Para penulis daripada pelbagai latar belakang jurutera, doktor, tukang masak dan suri rumah sudah mengecap nikmatnya sekian lama. Bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Apa Kelainan Bengkel Ini?

Jurulatih bengkel ini bukan sahaja seorang penulis tetapi juga seorang penerbit buku. Buku tulisan beliau “Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin” pernah menduduki carta bestseller kedai-kedai buku besar Malaysia. Beliau akan mendedahkan segala input daripada dua perspektif bisnes dan seni penulisannya. Tidak seperti jurulatih lain yang hanya mendedahkan daripada satu sudut sahaja. Pengalaman negosiasi pelesenan luar negara menjadikan beliau antara pakar yang paling autoritatif di Malaysua dalam isu memasarkan hak cipta buku ke dalam dan luar negara. Input yang tidak akan diperoleh di bengkel-bengkel penulisan lain.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) mempersembahkan modul dalam 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Teori, Praktikal & Berjaya

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang
  • Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu

Pengisian Program

Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman

  • Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku
  • Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku

Modul 2: Bagaimana Memilih Bidang Bersesuaian Dengan Diri

  • Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri
  • Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia
  • Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda
  • Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda

Modul 3: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda

  • Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan
  • Hak Pengarang :
    • Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu
    • Bagaimana membuktikan hak cipta
    • Bagaimana membuat pendakwaan

Modul 4: Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala

  • Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan
  • Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit
  • Merangka perancangan penulisan

Modul 5: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

  • KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk
  • Menghasilkan jalan cerita (storyline)
  • Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami
  • Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat
  • Membina perenggan, bahagian bab dan bab

Modul 6: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal

  • Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain
  • Beza antara terjemah dan adaptasi
  • Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita
  • Warna dan warni dalam buku

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Puan Atiqah di talian 0341492560 ataupun emelkan kepada training@fineacademy.com.my. Terima kasih..

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *