Travelog Frankfurt 9 Oktober 2011: Penerbangan Malam Ini

Frankfurt Book Fair adalah pesta buku terbesar di dunia. Setiap tahun ratusan ribu penerbit seluruh dunia berkumpul di sana untuk membuat dagangan hak cipta ke seluruh dunia. Satu masa dahulu, pada zaman awal-awal PTS bertapak di Malaysia. Tidak pernah terfikir bahawa satu masa nanti saya akan menjejakkan ke acara terhebat dunia buku ini. Cita-cita tetap tersemat pada ketika itu bahawa satu hari nanti akan menyertainya. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang itu tahun lepas.

Tahun ini adalah kali kedua saya ke sana. Tahun ini bersama dengan ahli rombongan baru. Saya bersama Tuan Arief Hakim Sani Rahmat, tetap mengetuai rombongan. Ahli rombongan baru tahun ini adalah Tuan Ikram Wazir (Timbalan Pengurus Besar Penerbitan PTS), Tuan Nazrul Samsuddin (Pengurus Jualan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd), Puan Nor Hazizam Abdul Rahman (Pengurus Pemasaran Antarabangsa PTS) dan Cik Puan Fatin Farhana Hassan (Pengurus PTS Professional Publishing Sdn Bhd).  Pergi dengan misi baru, melesen karya dan menjual hak cipta buku PTS di peringkat antarabangsa.

'Teman' yang mengiringi saya malam ini

Malam ini saya bersama Tuan Arief Hakim Sani Rahmat terbang ke sana terlebih dahulu. Penerbangan malam ini jam 2 pagi dengan penerbangan Emirates Airlines. Ahli rombongan lain akan ke sana lewat satu hari. Penerbangan selama kurang lebih 6 jam ke Abu Dhabi. Kami akan transit di Abu Dhabi International Airport selama 3 jam 50 minit sebelum berlepas pula ke Frankfurt International Airport. Tambahan 6 jam lagi.

Lusa, saya bersama Arief akan menghadiri Rights Director Meeting yang menemukan semua pengarah hak cipta seluruh dunia. InsyaAllah saya akan mengemaskini laman ini daripada semasa ke semasa. Doakan saya selamat pergi dan kembali..

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *