Travelog Frankfurt 11 Oktober 2011: Bersyukur dengan Bersarapan

Isu makanan adalah isu terbesar orang Islam apabila di negara orang. Bagi orang yang pertama kali ke Frankfurt ini agak bimbang untuk mencari kawasan halal di sini. Ramai merasakan tentu sukar dan apa yang berlaku kebanyakannya membawa makanan segera dari Malaysia.

Saya bercerita kerana saya pun begitu tahun lepas semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Frankfurt. Ahli rombongan kami pada ketika itu masing-masing membawa penuh beg dengan makanan segera. Ada maggi, rendang segera, coklat dan banyak lagi. :). Saya membeli maggi dalam cawan dan bawa banyak dalam beg. Anak-anak saya yang memang kaki makan maggi bertanya-tanya bolehkah mahu ambil satu seorang.

Apabila berada di Frankfurt apa yang difikirkan tidak seperti disangka. Di sini mudah untuk memperoleh makanan halal. Di hotel tempat kami menginap menyediakan sarapan pagi halal. Alhamdulillah. Makan tengah hari selalunya kami makan di Pavilion Malaysia. Ada makanan segera ataupun jika waktu sesuai ada yang menyediakan makanan Malaysia.

Pagi ini baru sahaja menikmati makan halal di ruang makan hotel. Makan banyak sedikit kerana takut tidak sempat makan tengah hari kerana jadual padat petang ini. Mungkin malam baru dapat bertemu makanan.

Makanan untuk sarapan pagi disediakan di Hotel Lowen

Sudah bersiap untuk keluar. 🙂

Bacalah dengan nama Tuhanmu.
.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *