Fauzul Naim Ishak » Utama

Tip Penulis Bestseller 3 : Berkreatif, Berinovasi & Mencari Peluang
Hari ini hari terakhir saya berpuasa Syawal. InsyaAllah besok saya berhari raya selari dengan rumah terbuka PTS. Tahun ini suasananya agak berbeza. PTS sudah mempunyai pejabat urusan di bangunan sendiri yang bagus dan sempurna. Sudah ada 3 buah dan dalam perancangan hendak menambah sebuah lagi di kawasan yang sama. Pasukan editorial di Wangsa Melawati akan dipindahkan ke bangunan baru ini. InsyaAllah sasarannya November 2009.

Teringat 9 tahun lepas, betapa goyahnya PTS pada ketika itu. Daripada sebuah pejabat yang sempurna di Taman Melawati berpindah ke  Janda Baik. Beroperasi di rumah milik pengerusi Kumpulan PTS. Daripada pekerja melebihi 10 orang, hanya tinggal 4 orang.

Pada ketika itulah saya pun baru memulakan tapak di dalam dunia penerbitan buku. Ayah dan bonda saya berkali-kali bertanya mengenai tekad saya pada ketika itu. Seorang mahasiswa kejuruteraan ingin memasuki dunia yang amat berbeza. Dunia yang bezanya seperti bumi dan langit. Jurutera bermain dengan mesin, penerbit menyelami dunia manusiawi. Memang berbeza.

Namun sekali sudah bertekad dan beriltizam, saya tidak akan berubah. Alhamdulillah selepas 9 tahun ia membuahkan kejayaan. Walaupun ia bukan kejayaan saya seorang, namun saya sudah menjadi sebahagian daripada kejayaan itu. Ia satu kepuasan yang tidak dapat tergambar dengan kata-kata. Cubalah, baru kita semua akan merasainya. Melihat orang memegang buku terbitan PTS di kedai-kedai buku membuat saya tersenyum sendiri.

Dahulu apabila kita menyebut nama PTS, orang bertanya siapa PTS? PTS itu apa? Sekarang para peminat buku, sudah mengenali rapat mengenai PTS. Mereka mengetahui apa yang bestseller dan terlaris. Buku apa yang sedap untuk diratah daripada kulit ke kulit. Pegangan PTS sekian lama membuahkan hasilnya sekarang.

Buat kerja baik InsyaAllah Allah akan membantu

Berkreatif & Berinovasi

Semalam saya baru sahaja ditunjukkan kulit buku terbaru terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.. PTS Litera Utama adalah salah sebuah anak syarikat Kumpulan PTS yang menerbitkan karya-karya fiksyen dewasa yang mana sasaran utamanya kaum wanita. Namun ada juga karyanya dibaca oleh semua golongan.

Sebelum ini (sebelum saya menjadi pengurus besar), PTS Litera Utama hanya menerbitkan karya terjemahan antarabangsa. Saya membesarkan fokusnya selepas menjadi pengurus besar penerbitan Kumpulan PTS. Daripada hanya menerbitkan karya antarabangsa dalam bahasa Melayu kepada menjadi power house PTS dalam dunia fiksyen wanita. Alhamdulillah sekarang produk terbitannya sudah mula dikenali dan produknya semakin hari semakin menarik.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah karya yang diadaptasi oleh Dayang Digital Sdn. Bhd. untuk dijadikan filem. Sebuah naskhah hikayat lama Johor dibawa ke layar perak dan dilancarkan dalam bulan ini. Pada ketika yang sama, naskhah itu diadaptasi oleh Tuan Abdul Latip Talib, pengarang bestseller sejarah Islam PTS. Di bawah ini saya sertakan trailer filem yang bakal dilancarkan pada 22 Oktober 2009.

Di sini jangan pula ada yang salah faham. PTS tidak ada sebarang pelaburan dalam penerbitan filem. Ia adalah sepenuhnya terbitan Dayang Digital. PTS hanya mengambil ruang dan peluang penerbitan filemnya bagi dijadikan salah satu kaedah memperkenalkan novelnya.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/60Rblbd1vq4" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/60Rblbd1vq4"></embed></object>

Pada mesyuarat pengurusan lalu, judul ini dibentangkan oleh Puan Asma Fadila Habib, ketua unit PTS Litera Utama untuk dicadangkan penerbitannya. Dinyatakan beliau bahawa penerbitan buku ini selari dengan penerbitan filemnya. Pada waktu itu saya mencadangkan agar dilakukan kolaborasi erat antara PTS dan penerbit filemnya bagi melakukan satu program pelancaran serentak. Turut dicadangkan agar kulit bukunya diambil daripada poster filem ini.

Atas usaha gigih ketua unit dan ahli pasukannya, idea itu direalisasikan. Kulit bukunya sudah ditunjukkan semalam kepada saya. Saya kongsikan untuk tatapan semua di bawah. Ini salah satu cara pengarang hendak berkreatif dan berinovasi. Mengambil peluang pada waktu ia datang adalah satu keunikan dalam berkarya. Peluang sebegini bukan selalu datang, jika ia datang jangan lepaskannya.

Kulit novel Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang mengambil artworknya daripada poster filem yang bakal ditayangkan bulan ini.

Peluang Pasaran

Catatan tidak rasmi kehadiran pengunjung PBAKL 2009 adalah 1.8 juta orang. Penat selamat beberapa bulan para Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akhirnya terbayar dengan sambutan menggalakkan daripada pencinta buku. Tahun ini adalah tahun ketiga saya terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Pengelola PBAKL dan diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi JK Kecil Publisiti & Promosi PBAKL 2009.

Buat pengetahuan semua, berdasarkan kaji selidik dan maklum balas daripada para penggerai yang menyertai PBAKL 2009. Kebanyakannya memberikan maklum balas yang cukup positif. Masing-masing melaporkan bahawa jumlah pembelian buku meningkat dengan cukup drastik. Di Kumpulan PTS berlaku kenaikan 60% hasil jualan tunai berbanding tahun lepas.

Gelagat pengunjung PBAKL 2009 yang amat 'lapar' buku

Dunia Buku Kalis Gawat

Tahun lepas gerai PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hanya mendapat RM 200 ribu hasil jualan tunai. Tahun ini ia meningkat kepada RM 501 ribu. Ini satu peningkatan yang cukup mengkagumkan. Yang lebih menarik, jualan buku selama 3 bulan pertama ini amat menggalakkan. Pada akhir tahun lepas, dilaporkan keadaan ekonomi Malaysia menjadi agak lambat dan menyusut. Rata-rata industri melaporkan  penurunan jumlah pendapatan dan ada industri seperti industri elektronik terjejas teruk. Banyak kilang terutamanya di kawasan perindustrian utama seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Johor dilaporkan terpaksa mengecilkan saiz pekerjanya. Ini disebabkan oleh tidak mampu menghadapi keadaan gawat yang amat sukar ini.

Gerai PTS yang tak pernah surut pengunjungnya sepanjang PBAKL 2009

Keadaan ini amat membimbangkan industri buku pada ketika itu, banyak pandangan mengatakan bahawa industri buku juga akan merasai keperitannya. Ramai pengusaha buku mengambil tindakan awal dengan juga mengecilkan saiz pekerjanya. Namun begitu di PTS, kami tetap ingin bertahan dan percaya bahawa industri buku boleh bertahan. Alhamdulillah jualan 3 bulan pertama tahun 2009 amat baik. Pihak PTS berjaya mencapai sasaran jualan yang digagaskan untuk suku tahun pertama. Meningkat berbanding tahun lepas.

Ini membuktikan bahawa dunia buku adalah kalis dan mesra gawat. Lagi gawat, lagi ramai membeli buku. Pada pandangan saya ini adalah satu peluang untuk mana-mana individu ataupun organisasi menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku ini. Adakah Anda berani mengambil peluang ini?

Terima Kasih Tuan Sayed Munawwar!!
Hari ini adalah hari keempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Gerak kerja hampir setahun akhirnya bertemu titik penghujung dan hasilnya adalah apa yang ada sepanjang 17 hingga 26 April 2009. Saya sepertimana tahun-tahun sebelum ini (2007 hingga 2008) meneruskan gerak kerja publisiti & promosi Pesta Buku. Cuma agak berbeza kerana tahun ini saya sendiri berfungsi sebagai pengerusinya. Sebelum ini menjadi orang AJK sahaja.

Alhamdulillah, hasil gerak kerja publisiti tahun ini menampakkan hasilnya. Walaupun dalam keadaan agak gawat tetapi sambutannya amat menggalakkan. Hari pertama hari yang bukan hujung minggu ada gerai yang mencatatkan jualan berkali ganda daripada jualan hari pertama tahun sebelum ini. Hari kedua orang bersesak hingga saya mendapat pelbagai komen melalui facebook dan dalam blog mengenainya. Ada yang hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Satu fenomena yang harus dibanggakan. Dunia buku semakin bersinar. Orang Malaysia minat buku.

Di Luar Lingkungan

Pagi tadi saya mendapat tahu daripada sahabat baik saya Tuan Sayed Munawwar bahawa malam ini beliau bersiaran dengan tetamu undangannya Puan Ainon Mohd., Pengerusi Kumpulan PTS, En. Khair Ngadiron, CEO ITNMB dan Puan Nisah Haron, peguam dan penulis buku terkenal. Topik perbincangannya adalah mengenai dunia ilmu. Saya juga terserempak dengan En. Khair dan mengucapkan selamat berjaya dalam forum malam ini. Bukan apa, berdepan dengan dua orang pejuang dunia ilmu dan beliau adalah satu-satunya wakil kerajaan. En. Khair senyum dan ketawa besar apabila saya berkata demikian.

Saya memang angkat tabik kepada beliau, sepanjang mengambil alih ITNMB sudah banyak perubahan dibuat. ITNMB berubah daripada sekadar projek bahan lawak industri buku kepada sebuah syarikat GLC yang mula dikagumi. Di bawah pentadbiran beliau banyak kejayaan dikecap ITNMB. Antaranya adalah antara organisasi pertama penerbitan Malaysia yang berjaya membuat pelancaran buku di Frankfurt Bookfair. Tabik Tuan.

Petang tadi sebelum saya berangkat pulang, saya mendapat satu mesej daripada Tuan Sayed Munawwar

Saksikan DLL malam ini, nama tuan akan disebut 9.30 pm live – SMunawar

Pelik juga saya membaca isi SMS ini. Masakan nama saya akan disebut oleh beliau dalam televisyen sedangkan tidak dijemput sebagai ahli panel. Langsung daripada PWTC terus pulang dengan membawa para duta PBAKL yang menumpang kereta. Singgah sebentar di Stesen Petronas sebelum tol bagi bersolat Maghrib dan terus menuju rumah selepas menghantar beberapa duta PBAKL ke rumah mereka.

Bermula sahaja siaran Di Luar Lingkungan saya tersentak apabila terpampang laman blog ini di kaca televisyen dengan membawa tulisan saya mengenai fitnah dunia buku. (Baca artikel berikut HENTI FITNAH DUNIA BUKU!!). Wah! Artikel blog ini menjadi antara topik perbincangan. Satu perkara mengejutkan. Terima kasih Tuan Sayed Munawwar.

Walauapapun perbincangan yang diangkat pada malam ini amat baik dan penting. Satu perbincangan yang patut ditonton dan didengar oleh pembuat dasar dalam kerajaan. Satu topik yang membuak rasa dalam diri saya selama ini. Puan Ainon Mohd dengan berhujah tenang, Puan Nisah penuh berhemah dan En. Khair penuh berhikmah. Satu diskusi tidak berpihak, yang ada menaikkan ilmu sebagai gagasan utama. Tahniah Di Luar Lingkungan. Tahniah pada ahli panel dan sekali lagi Terima Kasih Tuan Sayed Munawwar

Jemput ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, ada 6 hari lagi. Mari meramaikannya.

Selesai Bengkel Penulisan Kementerian Pelajaran, Hari Ini Bengkel Kementerian Kesihatan Pula
En. Fauzul & En. Zamri tekun meneliti penulisan peserta

Alhamdulillah minggu lepas, saya bersama para perunding di Akademi Penulis selesai mengendalikan Kursus Latihan Intensif Penulisan bagi Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel 4 hari 3 malam tersebut diadakan di Hotel MITC Ancasa, Melaka.

Ia dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai BPTV, pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik dari seluruh Malaysia. Yang lebih menarik, ia juga disertai oleh Pengarah BPTV, Dato’ Yusoff Haron.

Bengkel ini adalah kesinambungan kepada bengkel pertama yang diadakan di Hotel Goldcourse, Klang. Sasaran bengkel kedua ini adalah bagi menghasilkan draf penulisan lengkap bagi buku rujukan BPTV yang bertajuk Pendidikan Teknik & Vokasional : Citra Kecemerlangan. Ini adalah projek terulung dalam sejarah BPTV dan merupakan satu dokumentasi sejarah yang seharusnya ada di perpustakaan setiap sekolah Malaysia.

Perbincangan kumpulan penulis dikendalikan fasilitator

Saya turut dibantu oleh dua orang fasilitator yang diundang khusus bagi membantu dalam mengendalikan  bengkel ini. Mereka adalah penulis prolifik & perunding penulisan, saudara Zamri Mohamad dan editor kanan PTS Millennia yang juga seorang penulis, saudara Muhammad Ikram Wazir.

Iltizam dan komitmen semua peserta yang hadir cukup tinggi. Saya amat teruja dengan tekad dan istiqamah mereka untuk merealisasikan gagasan ilham pengarah BPTV. Alhamdulillah semalam saya sudah menyerahkan draf hasil tulisan tersebut kepada pihak BPTV. Minggu hadapan sekali lagi pihak kami akan duduk dan berbincang mengenainya sekali lagi.

Bengkel Kementerian Kesihatan

Gambar kenangan para peserta dan para fasilitator

Hari ini, bermula satu lagi bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis. Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia diadakan di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. Sekarang ini saya berada di Kota Warisan tidak berapa jauh daripada sana.

Bengkel ini dihadiri oleh para pegawai dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bengkel ini adalah bengkel pertama dalam penghasilan dokumentasi gerak kerja tahunan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. InsyaAllah dalam bulan Mac satu lagi bengkel diadakan  bagi tujuan menyiapkan draf penulisan pula.

Doakan kami berjaya dalam bengkel ini. Amiin!

Fokus Adalah Kaedah Pemasaran Yang Baik Untuk Para Penulis
Alhamdulillah dua hari ini saya berada di rumah dengan suasana yang cukup tenang. Tidak pernah saya berasa setenang ini dalam tahun 2009 ini. Hari yang tenang tanpa sebarang program yang perlu dikendalikan. Dalam ketenangan ini saya berkesempatan melayari beberapa blog menarik dan membaca buku yang sudah sekian lama dibeli tetapi tidak dibaca. Tidak dibaca kerana tidak bertemu kesempatan yang membolehkan saya membacanya. Wah! Nampak macam sibuk sangat pula ayat ini. Tapi memang betul, saya merasakan bulan Januari 2009 amat singkat, dan bulan Februari ini pun terasa seperti sama sahaja dengan bulan Januari.

En. Fauzul menyampaikan sijil kepada Tuan Haji Khalid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional, KPM yang menjadi peserta kursus kendalian beliau

Walauapapun keadaannya, ia satu kesibukan yang menyeronokkan. Saya layari beberapa laman blog milik peserta kursus dan bengkel penulisan yang pernah saya kendalikan. Alhamdulillah kebanyakannya memberikan maklum balas yang cukup positif. Ada yang teruja, ada yang gembira, ada yang terharu, ada yang tak tidur malam selepas bengkel kerana semangat berkobar-kobar dan pelbagai lagi. Harapan saya, kesan ini berpanjangan hingga berjaya menerbitkan karya mereka yang pertama. Ini yang saya katakan sebagai sibuk dan penat yang menyeronokkan.

Seronok kerana melihat kesan daripada hasil usaha yang dibuat. Inilah kepuasan seorang jurulatih pembangunan diri. Melihat keluaran (output) daripada modul latihan yang disediakan memberikan seribu satu kepuasan tidak tergambar.

Mencipta Jenama Yang Baik

Semalam saya keluar berjalan-jalan dengan isteri di pasar minggu Bandar Bentong. Setiap hujung minggu, pada hari Ahad, pasar minggu adalah tumpuan utama masyarakat Bentong. Pelbagai produk kampung dan runcit dijual di sini. Daripada barang ulaman hinggalah barangan pakaian ada di sini. Saya jarang-jarang dapat kesempatan melawatnya.

Masa luang dua hari ini diambil bagi melihat-lihat sambil membeli barang keperluan rumah. Apa yang saya ingin dikongsikan di sini adalah apa yang berlaku di sana. Dalam berjalan-jalan dan melihat-lihat, saya tertarik dengan beberapa gerai yang amat fokus. Mereka ini menjual barangan yang sama sahaja tetapi pelbagai. Ini menjadikan mereka amat lain daripada yang lain.

Sebagai contoh salah satu gerai yang menarik minat saya dan menyebabkan saya mengeluarkan bagi membeli di sana. Gerai menjual pakaian berilustrasi kartun. Gerai tersebut tidak menjual pakaian lain selain daripada jenis itu. Ada baju tidur dan ada baju pakai hari-hari. Gerainya itu berjaya menarik minat ramai orang disebabkan fokusnya itu. Saya dan isteri membeli 4 pasang baju untuk ‘hero-hero’ saya di rumah.

Ini amat bertepatan dengan buku yang saya baca sekarang.

Saya membaca satu buku yang pada pandangan saya amat baik untuk semua pengarang. Kesempatan dua hari penuh tenang ini dihabiskan dengan membaca buku bertajuk “Killer Brand”. Killer Brand ini ditulis oleh seorang pakar penjenamaan. Beliau berpengalaman memberikan khidmat nasihat kepada beberapa syarikat gergasi dunia. Buku yang penuh dengan hikmah dan hasil dapatan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun.

Antara yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah kuasa kita berfokus. Fokus amat penting dalam menjenamakan diri kita dalam menempatkannya dalam pasaran.

Sebagai seorang pengarang, fokus diperlukan bagi memastikan bahan yang dihasilkan berkualiti tinggi. Lebih lama pengarang menfokuskan kepada topik penulisan tersebut lebih matang gaya persembahan penulisannya. Di samping itu juga, fokus menjadikan diri seseorang pengarang ‘berbeza’ berbanding dengan orang lain.

Fokus ini juga menjadi salah satu kunci dalam menjadikan seorang pengarang berjaya. Kita boleh senaraikan beberapa pengarang yang amat fokus dan berjaya dalam bidang tulisan mereka. Azizi Ali (kewangan peribadi), Chef Li (bisnes), Dr. Tengku Asmadi (motivasi pelajar), Dr. Danial Zainal Abidin (Al-Quran & sains, tahniah Dr. kerana mendapat menantu baru semalam) dan ramai lagi. Kesemua ini menjadi berjaya kerana mereka fokus dalam penulisan.

Ia berbeza dengan para pengarang yang ingin menulis dalam pelbagai bidang. Mereka menjadi pakar kepada semua bidang hingga menjadikan mereka menjadi pakar kepada tiada benda. Ini menyebabkan buku tulisan mereka kurang peminat. Banyak lagi input menarik dalam buku yang saya sebut ini, InsyaAllah ada masa saya kongsikan lagi.

Ada dua bengkel penulisan intensif yang saya akan kendalikan dalam bulan ini. Pertama besok, Bengkel Penulisan Intensif Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia di Melaka dan kedua, Bengkel Latihan Penulisan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya minggu hadapan. Teruja betul apabila dapat memberikan input yang baik kepada lebih ramai orang. Doakan saya berjaya.

Antara Muka Dunia Penulisan Yang Mula Berubah
Alhamdulillah malam ini ada sedikit ruang bagi membolehkan saya menitipkan sedikit tulisan di sini. Dalam masa dua minggu saya mengendalikan 2 bengkel, satu di Hotel Vistana Kuala Lumpur dan satu lagi di Hotel Gold Course Klang. Satu anjuran syarikat saya Fauzul Na’im Sdn. Bhd. secara bersendirian dan satu lagi dengan kerjasama organisasi kerajaan.

Suasana Seminar Jana Wang Dengan Menulis di Hotel Vistana Kuala Lumpur

Saya melihat dua bengkel ini sebagai antara contoh perubahan kepada antara muka dunia penulisan Malaysia. Sudah ramai individu dan organisasi melihat dunia penulisan daripada perspektif yang lebih global. Tidak hanya melihat ia sebagai dunia yang bukan eksklusif kepada sesetengah pihak sahaja.

Dahulu orang melihat dunia penulisan berkisar kepada persoalan sastera berat. Tulis disamakan dengan sastera hingga orang melihat jika hendak menulis ia memerlukan kepakaran dan kecerdasan bahasa yang tinggi. Ini menjadikan dunia penulisan suatu dunia eksklusif. Hanya mereka yang mempunyai latar sastera sahaja terjun dalam penulisan dan meminggirkan mereka bermaklumat global.

Ini memberikan perspektif salah yang menjadikan dunia penulisan Malaysia mengecil. Namun begitu sekarang ia mula berubah. Lebih ramai profesional mula melangkah masuk ke dalamnya. Doktor perubatan, doktor falsafah, jurutera, pendidik dan banyak lagi sudah mula berminat menceburinya. Falasi salah yang mengatakan jika aku tidak pandai berbahasa sastera aku tidak boleh menulis diketepikan.

En. Afandi & Tuan Hodi, guru cemerlang Sekolah Menengah Teknik. Antara peserta bengkel di Hotel Goldcourse Klang

Penulisan sudah kembali sepertimana zaman kebangkitan perjuangan Melayu dengan tokoh Syed Syeikh Al-Hadi, Jamaludin Al Afghani dan Burhanuddin Al-Helmy yang menggunakan penulisan sebagai medium penyampai rasa, perjuangan dan sebagainya. Dunia penulisan Malaysia mula meriah dengan karya yang pelbagai. Penulis menjelajah dengan agresif segala sudut dunia ilmu. Mungkin ada yang mengatakan ia sudah lama berlaku, tetapi saya boleh katakan sejak 5 tahun kebelakangan ini ia lebih meriah.

Kedai buku juga mula membuka pintu kepada lebih karya Malaysia dengan menyediakan seksyen Melayu dengan lebih besar. Ingat lagi dahulu apabila PTS meminta disediakan rak khas untuk buku Melayu kepada kedai buku, mereka membalas “Jika kami berikan kamu rak buku, kamu boleh isikah?”. Sekarang soalan tidak mungkin ditanya kerana jika disediakan rak, kita sudah pasti boleh menyediakan buku-bukunya. Yang lebih menarik apabila lebih ramai melihat dunia penulisan dan buku Malaysia sebagai lubuk menambahkan sumber kewangan.

Sudah ramai yang bersedia melaburkan wang untuk menyertai bengkel berkualiti untuk mendapatkan input terbaru dunia penulisan. Sudah banyak pelabur luar ingin menerjah masuk untuk membuka toko buku baru di sini. Yang terbaru adalah toko buku Gramedia Indonesia. Sudah ada organisasi kerajaan yang ingin melabur dalam dunia penulisan sebagai ruang menyebar perjuang organisasi mereka.

Kesemua ini memberikan impak positif kepada dunia penulisan dan perbukuan Malaysia. Harapan saya, dunia penulisan dan perbukuan Malaysia boleh menjadi setaraf dengan dunia penulisan negara maju lain. Impian mewujudkan BOOK CAPITAL boleh dicapai dan lebih banyak buku Malaysia dapat dieksport keluar dalam bentuk pelesenan.

Marilah kita doakan supaya jihad ilmu dengan penulisan ini berterusan dan terus berkembang hingga ke akhir zaman. Amiin!

Dahulu MentorPenulis.Com Sekarang FauzulNaim.Com.My
Hari ini dengan bangganya saya mengumumkan bahawa MentorPenulis.Com dialihkan kepada FauzulNaim.Com.My. Selepas melapangkan minda dengan berkhulwah dengan Janda Baik selama beberapa hari dalam perkhemahan keluarga. Tanpa talian telefon (ramai yang menelefon tapi tak dapat tembus, bukan sengaja sebab HP termasuk dalam air dan rosak), tanpa komputer riba dan tanpa ingatan kepada sebarang bisnes.

Sebelum ini saya wujudkan beberapa laman web untuk blog diri. Daripada AkademiPenulis.Com (dijadikan laman web pembangunan penulis), kemudian wujud FauzulNaim.Com (dijadikan laman web korporat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.), terbina pula MentorPenulis.Com (masih tidak ada apa-apa pembangunan) dan sekarang FauzulNaim.Com.My.

Laman MentorPenulis.Com yang sudah diubah kepada FauzulNaim.Com.My

Ini sebagai apresiasi kepada diri sendiri dan meraikan kejayaan bisnes yang ada. Mungkin belum ada orang yang sengaja menjadikan laman .Com.My sebagai laman blog peribadi, biarlah saya memulakan tradisi ini. Laman aktiviti latihan pembangunan penulis dan galeri dialihkan terus ke laman AkademiPenulis.Com (sila layari www.akademipenulis.com).

Banyak perkembangan baik, Alhamdulillah terima kasih kepada Allah kerana memberikan rezeki ini. InsyaAllah saya akan berusaha untuk memberikan lebih banyak input terbaik di sini dengan perkembangan terbaru ini. Doakan saya berjaya dan terus berjaya. Terima kasih atas sokongan semua.

Fauzul Di Media (The Nut Graph) : No ban, but Al-Arqam book seized
Diambil daripada media alternatif The Nut Graph

By Zedeck Siew

zedecksiew@thenutgraph.com

PETALING JAYA, 18 Dec 2008: Copies of a book examining the Al-Arqam sect were confiscated by Home Ministry officials on four different occasions, beginning May 2006. Yet, until today, the status of the book remains unclear.

According to PTS Publications general manager Fauzul Na’im Ishak, whose company publishes the title, there has been no official decision by the government to ban the book.

“Nothing. It’s left hanging,” Fauzul told The Nut Graph.

Gambar yang dipetik dari The Nuttgraph

Rahsia Arqam was first taken from Popular Bookstore’s Centre Point, Kota Kinabalu branch on 24 May 2006. This seizure was part of an inspection conducted by officials from the Home Ministry’s Sabah branch, who later raided Bumikitsa bookstore and confiscated more copies.

Copies of the title were also seized from Popular Bookstore, Cheras by the Home Ministry branch in the Federal Territory.

The latest seizure of Rahsia Arqam was from Pustaka Saujana bookstore, Temerloh, by officials from the Home Ministry’s Pahang branch. It was part of an inspection conducted on 26 May 2008. Three copies were taken.

On all four occasions, Rahsia Arqam was confiscated on the grounds that its contents were suspected of being in violation of Section 7 of the Printing Presses and Publications Act (PPPA) 1984, which concerns undesirable publications. Copies were confiscated for study purposes.

Section 18(b) of PPPA allows for any authorised official to temporarily seize books deemed unacceptable, even if a title has not yet been banned by the ministry.

Fauzul said PTS had to contact individual state branches directly for more information regarding the book’s status.

“I called officers in Home Ministry headquarters, but they did not know [about the seizures],” Fauzul said. He speculated that the manner in which Rahsia Arqam was confiscated was due to lack of co-ordination between Home Ministry branches.

Fauzul believed that the seizures have damaged the book’s reputation — and, therefore, its sales.

“It is still halal,” he asserted. Without a decision by the Home Minister, Rahsia Arqam is technically not contraband.

“In this case, because they [the officials] see the word ‘Arqam’, they take it, without looking at what it actually says,” Fauzul said.

“Now people have a negative perception,” he continued. “Bookstores are afraid of selling it.”

The title’s availability is now limited and PTS is not planning another print run.

Fauzul believed that a fairer way of investigating such matters would be for ministry officials to contact publishers directly. “We can provide clarification, and explain the book’s contents.”

According to Fauzul, Rahsia Arqam, which was first published in 2005, was intended to provide an objective perspective of the banned Islamic sect. “It is very academic,” he affirmed.

The book’s author, Ann Wan Seng, is secretary-general of the Malaysian Chinese Muslim Association, and was a former lecturer at Universiti Malaya’s Department of Anthropology and Sociology.

In a parallel incident, copies of Dr Farish Noor’s From Majapahit to Putrajaya were seized from leading Kuala Lumpur bookstore Kinokuniya in August 2008. Ostensibly taken for a clear violation, its contents are currently under study by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Home Ministry Selangor acting director, Zainal Osman, told The Nut Graph that his branch typically carried out inspections three times a week. “We go to all sorts of places where books are sold,” he explained.

If a title was suspected of containing unacceptable content, a limited number of copies (usually three or four) would be confiscated for study.

“However, if there is a clear violation, we will confiscate [the entire stock],” Zainal said.

Zainal clarified that inspections were sporadic because of staff and resource constraints, and are carried out by individual Home Ministry branches autonomously.

“If it is routine work, not a hot issue, we don’t notify Putrajaya,” he said.

Dari Tingkat 22, Hotel Goldcourse, Klang
Saya sekarang berada di tingkat 22, Hotel Goldcourse, Klang. Berada di sini bagi mengendalikan Bengkel Latihan Penulisan Ilmiah anjuran bersama Bahagian Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia dan syarikat saya Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Ini adalah salah satu projek yang diperoleh di bawah syarikat baru saya ini.

En. Fauzul bersalaman dengan Dato' Yusof Haron, Pengarah BPTV, KPM

Alhamdulillah tahun ini rezeki bertambah dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu. Ini satu rahmat daripada Allah. Dalam kesusahan pasti ada kesenangan. Ini janji Allah. Saya teringat nasihat daripada saudara Ramlee Awang Murshid, pengarang novel terkenal Alaf 21 Sdn. Bhd. dalam pertemuan yang lalu. Apabila saya bertanya apakah rahsia beliau mendapat idea penulisan buku. Mudah sahaja kata beliau iaitu doa dan zakat.

Mungkin ada yang agak skeptik apabila kita cuba mengaitkan apa sahaja dengan rahmat Allah. Pada pandangan peribadi saya, apa yang dikatakan oleh saudara Ramlee itu suatu pendekatan terbaik. Saya sendiri mengalaminya sekarang. Apabila kita semakin dekat dengan Allah banyak perkara ajaib kita tidak jangka berlaku.

Membina Sejarah

Kami berkampung di sini adalah di bawah projek penghasilan buku dokumentasi sejarah Bahagian Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia hasil cetusan Dato’ Yusoff Haron, Pengarah BPTV yang juga mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ini adalah projek membina sejarah kerana ia yang pertama dalam sejarah BPTV.

Projek yang saya boleh katakan agak kritikal dari sudut masa. Ia projek intensif bagi menyiapkan buku dalam tempoh kurang 3 bulan. Syarikat saya dilantik sebagai perunding untuk latihan dan perkhidmatan penerbitannya.

Seramai 32 orang pegawai dari kalangan guru, guru cemerlang dan pengetua dipilih bagi menyertainya. Ini satu gerak kerja yang mencabar. Walaubagaimanapun ia satu usaha yang amat baik. Sebelum ini para pelajar sekolah menengah teknik/vokasional dipandang sebagai kelas kedua. Tidak setaraf dengan sekolah elit dan berasrama penuh. Ramai yang berpandangan sekolah kemahiran itu tidak prestij. Ini satu kesilapan besar.

En. Fauzul bergambar bersama para peserta Bengkel Latihan Penulisan Ilmiah BPTV. KPM

Kita boleh lihat mereka yang keluar dari sekolah menengah teknik/vokasional adalah mereka yang merupakan tenaga mahir. Mereka ini tidak menjadi meminta-minta untuk menagih kerja kerana mereka sendiri boleh mereka kerja mereka sendiri. Mereka ini juga yang boleh menghasilkan lebih banyak kerja.

Apa yang dilakukan di Hotel Goldcourse ini satu usaha bagi membuka minda masyarakat. Melihat daripada perspektif berbeza. Buat pengetahuan semua, pada tahun ini jumlah permintaan untuk masuk ke sekolah menengah teknik/vokasional adalah sebanyak 258,000. Tempat yang ada hanya 30,000. Hebat bukan.

Baiklah, saya hendak turun bagi mengendalikan bengkel di bawah. Hingga bertemu lagi.

Kejayaan Dan Terus Berjaya
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sudah jadi dengan MentorPenulis.Com. Sudah sekian lama tidak ada artikel baru. Apa yang sedang saya lakukan? Sihatkah? Berhenti dari PTS kah? dan banyak lagi telahan dan tanggapan yang dibuat kepada saya. Apa yang saya boleh katakan, saya masih lagi hidup, masih lagi di PTS tercinta, masih lagi sihat walafiat, masih terus berjuang di atas muka bumi.

Cuma yang berbeza adalah kesibukan harian. Semakin hari semakin sibuk. Saya boleh katakan tahun 2009 ini adalah tahun yang sibuk lagi menyibukkan. Namun begitu ia dikategorikan sebagai sibuk yang baik. Banyak perkara yang berlaku. Mungkin di sini saya ingin perincikan satu persatu.

Kumpulan PTS

En. Fauzul menjawab pertanyaan di Rapat Umum IKAPI

Bermula daripada 25 Disember hinggalah ke besok adalah hari penuh stress. Mengapa? Stress dengan ribut minda (Brainstorming). Semua unit dalam Kumpulan PTS saya arahkan agar membuat analisa pencapaian tahun 2008 dan membuat sasaran perancangan tahun 2009. Buat pengetahuan semua, sehingga bulan 31 Disember 2008, jualan PTS sepanjang tahun adalah RM 11.5 juta. Kurang sedikit daripada sasaran sebenar RM 12 juta. Berdasarkan laporan yang diperoleh daripada bahagian Sales PTS, ia disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah jumlah inventori yang tidak cukup, kelewatan buku cetak ulang, kelewatan pengeluaran buku baru dan beberapa faktor lagi.

Tahun 2009, saya diberikan tugas besar oleh pihak pengurusan untuk meletakkan sasaran jualan tahunan RM15 juta. Disebabkan itulah saya setiap hari ribut minda dengan setiap unit. Sehari satu unit. Di tengah-tengah ribut minda ini juga berlaku beberapa perkara. Temu janji dengan pelanggan besar, bertemu dengan pemilik kedai buku baru (Tahun ini Toko Buku Gramedia, rangkaian kedai buku terbesar di Indonesia akan membuka 4 kedai di Malaysia) dan banyak lagi.

Kesemua ini mengikis masa-masa luang saya di pejabat. Hingga ada staff kata hendak jumpa saya satu jam dalam pejabat pun sudah jika tidak ada sesi ribut minda.

Penubuhan Syarikat Baru

Pada tahun ini juga adalah tahun saya merasa amat berbangga. Syarikat idaman saya tertubuh juga akhirnya. Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) ditubuhkan pada 24 Disember 2008 dan beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2009 dengan staff awal seramai 2 orang. Fokus utama syarikat ini adalah latihan dan perundingan, perkhidmatan penerbitan dan jualan & pengedaran. Alhamdulillah selepas beberapa tahun bergerak dengan status perniagaan perkongsia akhirnya sekarang berjaya juga menubuhkan syarikat sendirian berhad sendiri.

Operasi FNSB bergerak dengan cukup lancar dengan mendapat beberapa projek kerajaan antaranya adalah latihan penulisan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang (5 bengkel sepanjang tahun 2009), projek penghasilan buku Bahagian Teknikal & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia (2 bengkel dan perkhidmatan penerbitan) dan banyak lagi projek lain yang sudah dan bakal dinegosiasikan. (Boleh rujuk laman korporat FNSB di http://www.fauzulnaim.com untuk maklumat lanjut).

Projek perkhidmatan penerbitan di bawah PenerbitBuku.Com (http://www.penerbitbuku.com) juga semakin rancak. Apabila dikira-kira satu bulan sudah mencecah 3 ke 4 projek yang berjalan. Projek datang daripada institusi pengajian tinggi awam, organisasi kerajaan dan orang perseorangan. Alhamdulillah sekarang sudah ada 1 orang staff sepenuh masa yang mengambil alih kerja saya di sana.

Di samping itu juga saya dalam proses membuat persiapan terakhir Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang diadakan pada 17 hb. Januari 2009 di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Pendaftaran masih lagi dibuka kerana masih ada lagi yang ingin mendaftar diri di saat akhir. Perancangan asal saya hanya buka untuk 35 orang. Namun begitu atas permintaan yang cukup menggalakkan saya menambah kepada 45 orang. (Boleh rujuk laman web Jana Wang Dengan Menulis di http://www.janawangdenganmenulis.com). Segala peralatan dan persiapan sudah lengkap cuma ada beberapa bahagian kecil lagi perlu diselesaikan.

Tambah pula saya perlu mengendalikan dua bengkel berturut-turut iaitu 17 hb. Januari 2009, Seminar Jana Wang Dengan Menulis di Hotel Vistana, Kuala Lumpur dan satu lagi bengkel untuk Bahagian Teknikal & Vokasional, KPM 19 hingga 22 Januari 2009 di Hotel Gold Course, Klang. Memang menarik.

Jika dikira-kira, masa saya dalam tahun 2009 ini semakin singkat. Ini yang antara sebab utama mengapa laman web ini sudah lama tidak dikemaskini. Walaubagaimanapun saya tetap berusaha untuk berkongsi segala info terkini dunia penulisan di sini. Doakan saya sihat dan terus bergerak lancar dalam tahun 2009 ini. Kejayaan yang gemilang dan terus berjaya.

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy
Tempoh hari sepatutnya saya menghadiri bengkel penulisan novel Islami kendalian saudara Habiburrahman El-Shirazy, pengarang novel bestseller Indonesia Ayat-ayat Cinta di Hotel Residence, Kajang. Namun begitu di saat akhir terdapat perubahan perancangan kerana saya terpaksa ke Jakarta bagi lawatan bisnes di Pesta Buku Indonesia. Oleh sebab itu saya menghantarkan dua orang editor PTS yang menguruskan penerbitan novel Islami di sana.

Mereka membuat sedikit catatan yang menarik dan dikirimkan kepada saya sebagai laporan kehadiran bengkel. Terima kasih kepada mereka kerana di sini saya dapat kongsikan sedikit sebanyak input diperoleh daripada bengkel tersebut.

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Pengarang Bestseller

Saudara Habiburrahman memberikan 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat. 5 ciri tersebut adalah :

a) Niat yang Kuat

Seseorang penulis seharusnya meletakkan satu niat yang kuat dan kukuh dalam hati sanubari mereka sebelum dan semasa berkarya. Niat ini seharusnya positif bagi menjadikan segala tulisan dibuat menyumbang kepada masyarakat. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Niat yang baik membawa penghasilan baik dan dirahmati Allah. Yang buruk dikeji dan dibalas dengan balasan buruk di akhirat kelak

b) Keberanian untuk Menulis

Seseorang pengarang harus bersedia untuk karyanya dibaca oleh orang lain. Apabila begitu mereka perlu terbuka menerima pandangan pelbagai pihak mengenai karyanya. Sesuatu karya yang ditulis tidak akan mungkin boleh jadi paling sempurna kerana kita ini manusia. Hamba Allah. Maklum balas pasaran dan pembaca akan dapat mematangkan penulisan seseorang pengarang itu.

c) Idealisme yang Diperjuangkan dan Kekuatan Jiwa

Seorang pengarang perlu ada perjuangan dalam penulisan. Mereka perlu meletakkan perjuangan sebagai sebab utama dalam penulisan. Perjuangan yang murni dan suci. Penulis tanpa perjuangan, tulisannya tidak dari hati. Kata-kata digunakan tidak meresap masuk ke dalam jiwa pembaca.

d) Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Menulis yang Baik

Teknik dan ilmu kepengarangan amat penting dalam menjadikan seseorang penulis itu matan dalam menulis. Ilmu ini dapat ditimba dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan dunia penulisan.

e) Akhlak yang Mulia

Akhlak adalah cermin diri. Ia adalah perkara paling besar perlu ada pada manusia. Penulis berakhlak baik berbanding dengan tidak amat besar bezanya dari sudut penulisan. Akhlak amat tergambar dalam penulisan kesemua pengarang. Pengarang yang baik menulis dengan penuh berhikmah dan kata-kata berilmu.

Sedikit perkongsian buat semua. Terima kasih kepada saudari Ashikin dan Nor Hafizah yang sudi berkongsi ilmu ini dengan saya.