Fauzul Naim Ishak » Motivasi

Takdir Boleh Berubah Selagi Manusia Mahu Berubah
Saya tertarik dengan satu mesej yang tertulis pada kotak mesej ringkas blog ini yang menunggu kemaskini laman web ini. Barulah saya sedar bahawa betapa lamanya saya tidak mengemaskini laman web kesayangan saya ini. Banyak perkara berlaku daripada tarikh akhir saya mengemaskininya (17 April 2010). Sekarang sudah 25 Julai 2010. Sudah lebih 3 bulan saya tidak menulis apa-apa di sini. MasyaAllah, apa sudah jadi?

Pusat Latihan Akademi Penulis

Saya tidak mahu bercerita apa yang sudah berlaku dalam masa 3 bulan ini. Apa yang saya minat untuk tuliskan adalah pengwujudan Pusat Latihan Akademi Penulis (PULAPEN). Ya, ini adalah perkara yang paling mengujakan diri saya sekarang. Malam siang pagi petang inilah yang saya fikir seminggu dua ini. Projek yang pada asalnya saya letakkan sasaran bajetnya RM10,000 sekarang perbelanjaannya sudah mencecah RM17,000. Memang suatu bajet yang besar bagi seorang usahawan kecil sepertimana saya ini.

Idea penubuhan PULAPEN ini sudah lama digagaskan. Sejak saya mengwujudkan pejabat urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. lagi. Namun disebabkan pada ketika itu ia bukanlah agenda utama dalam perancangan pengembangan bisnes saya ia diletakkan dalam perhatian sahaja. Namun perkembangan semasa Akademi Penulis mencetus semula idea ini dan akhirnya sekarang sudah berada pada fasa-fasa akhir pengubahsuaiannya.

PULAPEN dalam proses renovasi

Saya menyewa unit bangunan yang dahulunya diduduki oleh jabatan editorial  PTS. Lot 9-1 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Ia terletak di bawah unit pejabat urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Jadi sekarang ini, bangunan ini seumpama Wisma FNSB buat syarikat saya kerana 2 daripada 3 tingkat bangunan ini syarikat saya sudah ambil alih. Alhamdulillah. Cuma masih lagi menyewa, doakan syarikat saya berkembang hingga mampu mempunyai bangunan sendiri dalam tempoh 3 tahun daripada sekarang. Amiin!!

Impian Menjadi Kenyataan

Bagi saya, pengwujudan PULAPEN ini adalah sebuah impian menjadi kenyataan. Satu masa dahulu saya amat berminat untuk berkecimpung dalam bidang latihan dan motivasi. Saya bermula dengan mengendalikan bengkel-bengkel percuma bagi pihak PTS. Daripada utara ke selatan saya bergerak dengan satu tujuan menambahkan seramai mungkin pengarang di PTS dan manuskrip berkualiti di editorial PTS. Saya ingat lagi kali pertama saya mengendalikan bengkel, dengan tidak ada pengalaman, hanya berbekalkan input bengkel yang dibincangkan bersama Puan Ainon Mohd. (pengerusi Kumpulan PTS sekarang). Alhamdulillah berjaya juga walaupun tidak sesempurna modul bengkel sekarang.

Daripada ketika itulah saya membangunkan modul bengkel yang saya kendalikan sekarang. Berdasarkan pengalaman dalam dunia penerbitan menerbitkan karya-karya bestseller di PTS, berinteraksi dengan pelbagai penerbit dalam dan luar negara, penulis dan kedai buku, modul Bengkel Penulis Super tercipta. Alhamdulillah modul bengkel ini sudah berjaya menghasilkan ramai pengarang di tanahair sekarang.

Mengubah Takdir

Dahulu saya ini tidak dianggap sebagai seorang perunding latihan dan motivasi oleh rakan-rakan perunding latihan dan motivasi lain. Saya hanya dianggap sebagai seorang penerbit buku sahaja. Saya dibawa masuk ke dalam Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) hanyalah sebagai wakil penerbit PTS yang mana kebanyakan pengarangnya adalah di kalangan exco TAMRIN sedia ada. Apabila ada program yang memerlukan penceramah ataupun perunding latihan, nama saya tentu tidak dimasukkan ke dalam senarai. Tambahlah untuk dijemput masuk ke televisyen ataupun radio. Tentu dilihat tidak layak. Siapalah saya di mata para perunding latihan dan motivasi Malaysia.

Namun perkara ini tidak melemahkan semangat saya, saya tetap istiqamah dalam memperjuangkan dunia penulisan dan penerbitan buku dengan cara saya. Saya meletakkan diri saya sebagai seorang jurulatih dunia penulisan buku Malaysia. Atas semangat inilah saya berinovasi, daripada dahulunya mengendalikan bengkel percuma cuba menjalankan bengkel berbayar di jabatan kerajaan. Alhamdulillah berjaya dengan bengkel pertama kendalian syarikat konsultan saya pada ketika itu B Pro Management & Training diadakan di Dewan Bahasa & Pustaka. Ini bagi saya satu kejayaan besar kerana kali pertama saya dibayar untuk menyampaikan bengkel penulisan. Selama ini secara percuma sahaja.

Kemudian saya cuba pula menjalankan bengkel secara terbuka dengan orang awam. Bengkel terbuka pertama saya adalah Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada 17 Januari 2010. Ada yang pesimis mengatakan bengkel ini mungkin gagal. Namun Alhamdulillah ia berjaya dengan cemerlang, kehadiran mencecah 37 orang peserta. Atas iltizam dan tekad, Akademi Penulis sekarang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat perunding latihan dan motivasi lain. Akademi Penulis Sdn. Bhd. sudah menjadi pilihan pertama untuk mengendalikan bengkel penulisan bagi beberapa jabatan kerajaan. Akademi Penulis juga pernah dijemput mengendalikan bengkel penulisan di Brunei Darussalam. Alhamdulillah.

Dan yang lebih menarik, hari ini saya sudah berjaya mengwujudkan pusat latihan saya sendiri. Ini adalah satu kejayaan yang cukup besar buat diri saya. Pusat latihan penulisan swasta pertama di Malaysia. Alhamdulillah, berkat usaha semua staff di Akademi Penulis, doa ibu bapa, isteri, anak-anak, adik, sanak saudara dan para sahabat perkara ini dapat direalisasikan.

Program terbaru: Klinik Penulisan 24 Julai 2010

Takdir Boleh Berubah

Takdir boleh berubah selagi mana manusia mahu berubah. Ini saya amat yakin. Usaha dengan doa dan tawakal, segala hutan belantara penuh binatang buas dapat diterangi. Cuma semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sama ada kita mahu untuk mengubah cara berfikir, cara bekerja, cara berusaha. Sekali jatuh tidak bermakna selama-lamanya kita berada di situ. Tentu ada tangga hikmat yang dapat ditemui.

Sehingga sekarang saya masih belum mahu mengatakan saya sudah berjaya. Masih jauh lagi perjalanan hidup ini selagi Allah memberikan hayat. Namun ini adalah satu pemula kepada kejayaan yang lebih besar. InsyaAllah.

Banyak pula saya menulis malam ini. Mungkin disebabkan suasana kondusif di pejabat sendiri. InsyaAllah saya cuba untuk berkongsi perkara lain dengan semua di lain masa. Doakan saya berjaya dalam perjalanan hidup ini.

Pemimpin dan Pengurus Samakah Ia?
Alhamdulillah, hari ini dapat juga menjengah laman web ini bagi berkongsi info dengan para pelawatnya. Saya baru sahaja pulang daripada menghadiri program bengkel kepimpinan dan pengurusan anjuran Kumpulan PTS. Ia diadakan daripada 11 hingga 13 Januari 2010 di As-Sakinah Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang. Program kendalian seorang jurulatih berpengalaman, Tuan Nazlim Lim Abdullah. Beliau adalah bekas pengurus latihan di syarikat Motorola.

Program ini dihadiri oleh 20 orang individu penting dalam pengurusan Kumpulan PTS yang dikategorikan sebagai barisan pertama dan kedua pengurusan PTS. Gabungan beberapa jabatan, penerbitan, jualan, pemasaran dan pentadbiran.

Bengkel ini membuka minda saya mengenai beberapa perkara. Walaupun banyak buku kepimpinan yang saya baca dan hadam selama ini. Namun membaca dengan mempraktikkan melalui program latihan sebegini amat berbeza. Membaca hanya minda menghadam, latihan jiwa juga turut mengasimilasinya.

Memimpin VS Mengurus

Ramai orang fikir bahawa mengurus dan memimpin adalah dua perkara yang sama. Seorang pengurus disangka boleh menjadi seorang pemimpin. Sebenarnya ia sama tetapi berbeza. Seorang pengurus yang baik tidak semestinya boleh jadi pemimpin yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Mengurus dalam istilah inggerisnya adalah do the right things. Manakala memimpin do things right. Seorang pengurus lebih menfokus kepada memastikan sesuatu proses dalam sesebuah organisasi mengikut prosedur, sistem dan polisi yang ditetapkan oleh pemilik sahamnya. Namun bagu seorang pemimpin menfokus kepada membangunkan manusia dalam organisasinya.

Seorang yang ingin memastikan organisasinya baik harus menjadi seorang pemimpin dan pengurus yang baik. Ini menjadikan organisasi yang dipimpinnya seimbang daripada sudut material dan spiritualnya.

InsyaAllah banyak perkara mengenai ini akan dikongsi dalam web ini. Setiap ciri utama pemimpin dan pengurus yang baik akan saya cuba kongsikan di sini bagi manfaat semua. Semua individu yang hadir dalam bengkel di Janda Baik sudah tidak sabar untuk pulang ke pejabat bagi mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperoleh.

Para pemimpin harapan PTS bergambar bersama jurulatih kursus

Pendapatan Pengarang Buku Lebih Baik Daripada Penyanyi
Hari ini merupakan hari kedua kita bekerja bagi mereka yang bekerja secara rutin bermula hari Isnin. Jejak-jejak langkah kita di dalam tahun 2010 sudah hampir seminggu berlalu. Tentu ada yang berkira-kira apakah ruang yang dapat dijelajahi bagi menjana pendapatan yang lebih.

Ada yang terfikir hendak menjadi seorang usahawan. Namun apakah bisnes yang ingin diceburi? Bisnes pertaniankah? Bisnes onlinekah? Bisnes MLMkah? Bisnes runcitkah? Ada yang hendak menjadi kerjaya baru. Melihat kerjaya yang lebih baik daripada sekarang.

Kerjaya Sebagai Seorang Penulis

Saya mempunyai ramai sahabat yang sudah mula mengorak langkah membina kerjaya dalam bidang penulisan. Menulis buku pertama, siap buku pertama tulis pula buku kedua, ketiga dan seterusnya.

Selepas beberapa lama, mereka sudah mula mempunyai pendapatan daripada royalti mereka. Mula-mula sedikit sahaja, mungkin dalam dua ke tiga ribu tertulis pada cek royalti. Pada ketika ini, mungkin masih belum ‘ghairah’. Namun selepas beberapa lama, angka pada ceknya sudah berubah daripada dahulunya sekadar 4 angka (ribu), sekarang menjadi 5 angka (puluh ribu). Mula terasa kepuasannya.

Jualan Album Menurun

Percaya ataupun tidak, pengarang buku sekarang ini mendapat pendapatan lebih lumayan daripada seorang penyanyi? Pada era sekarang, era dunia tanpa sempadan. Masyarakat mudah mengakses maklumat melalui internet. Audio dan visual seperti lagu, video dan ceramah motivasi sudah berlambak disebarkan melalui internet. Ada yang diberikan secara berbayar dan banyak pula secara percuma (cetak rompak?)

Ini memberikan kesan yang cukup besar kepada industri seni suara. Di barat statistik jualan album jatuh merudum. Album yang mencecah jualan tertinggi sekarang, berbanding dahulu amat berbeza daripada sudut kuantitinya. Perbezaan jualannya mencecah lebih daripada separuh jika dibandingkan sekarang dengan 10 tahun lalu.

Kesan ini juga sudah terkena kepada industri muzik kita Malaysia. Saya dimaklumkan oleh salah seorang rakan yang berkecimpung dalam industri ini. Jumlah album yang boleh mencecah jualan 10,000 ke atas amat sedikit. Hendak dapat jualan 1,000 keping pun susah. Ini yang menyebabkan ramai penerbit muzik sekarang menukar konsep daripada menghasilkan satu album penuh kepada hanya menerbitkan single sahaja.Ia untuk membuat percubaan dalam pasaran di samping menurunkan kos produksinya.

Jualan Buku Naik

Ia berbeza pula dengan buku. Jualan buku daripada tahun ke tahun meningkat naik. Tahun ini sahaja kita melihat perkembangan mendadak jualan buku PTS secara keseluruhan sebanyak 40 peratus. Pada ketika dunia gawat, jualan buku meningkat naik. Saya sengaja mencongak royalti yang bakal diperoleh beberapa pengarang PTS.

Selepas melihat statistik jualan tahunan 2009, saya menjangkakan tahun 2010 ada beberapa pengarang PTS yang akan mendapat jumlah pendapatan royaltinya melebihi RM100 ribu. Ini amat mengagumkan saya. Dahulunya orang melihat penulisan buku tidak seksi. Tidak ada faktor WOWnya. Sekarang berubah. Dunia buku mengandungi emas yang hanya orang tertentu sahaja menemuinya.

Memang menarik untuk menjadi salah satu sumber pendapatan kepada sesiapa sahaja. Ia tergolong dalam pendapatan pasif, bekerja sedikit tetapi pendapatan berpanjangan. Ada juga beberapa individu yang membuat keputusan untuk menjadikan dunia penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ingin Menjadi Pengarang?

Ada yang berminat hendak menjadi pengarang? Menjelajahi dunia penuh misteri yang mempunyai simpanan harta karun besar ini? Saya amat cadangkan kepada sesiapa sahaja untuk menulis. Tulis apa sahaja. Bagi yang berminat dalam dunia kreatif, berkreatid dengan menulis cereka, cerpen ataupun novel. Bagi mereka berfakta dan mempunyai gudang ilmu besar. Tulis buku non fiksyen. Buku motivasi, pengurusan, pendidikan dan pentadbiran.

Apa sahaja boleh ditulis. Simpanan buku kita yang memenuhi rak-rak perpustakaan mini di rumah dan pejabat boleh dijadikan modal mula untuk tujuan itu.

Tidak tahu hendak mulakan? Bagaimana menulis cara yang baik? Teknik terbaik menulis? Gaya persembahan menangkap pembaca? Ini tentu persoalan yang bermain kepada penulis pemula atau baru.

Bagi memudahkan mereka yang ingin mencuba dan berminat untuk menceburi dunia penulisan ini. Saya jemput semua untuk menyertai BENGKEL PENULIS SUPER: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Langkah seribu ini bermaksud sesiapa sahaja yang memasuki bengkel ini tidak hanya bermula dengan langkah pertama ataupun kedua. Ia bermula dengan langkah terkehadapan disebabkan inputnya amat komprehensif berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam industri perbukuan dan penerbitan.

Bengkel ini dikendalikan mereka yang sudah menceburi bidang ini sekian lama. Mengetahui onak duri dunia penulisan dan penerbitan buku. Menebas belukar, membuka ladang dan bercucuk tanam dalam dunia itu. Pengalaman bertahun-tahun itu yang diaplikasikan ke dalam bengkel ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila layari laman web rasminya di www.penulissuper.com. Ia adalah anjuran Akademi Penulis Sdn. Bhd. yang sudah banyak mengendalikan bengkel penulisan seluruh Malaysia malahan hingga ke Brunei Darussalam.

Tarikh tutup bengkel ini adalah pada 20 Januari 2010. Masih ada masa bagi mereka yang berminat. Kejayaan hanya untuk orang yang mengambil ruang dan peluang. Ia sudah ada di depan mata. Bertindak sekarang. Layari http://www.penulissuper.com

Hingga bertemu lagi, salam penulisan dan salam penerbitan.

‘Defragment’ Minda Sebelum Tahun Baru
Tinggal dua hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2010. Pelbagai perkara bermain di dalam minda setiap insan yang bernama manusia bagi menempuh tahun baru ini. Ada yang berkira-kira hendak membuka bisnes sendiri, mencari kerjaya baru, mahu kahwin (untuk yang bujang), menghantar anak ke sekolah baru, azam baru dan pelbagai lagi.

Bagi diri saya, tahun baru adalah cabaran baru. Cabaran kepada diri, cabaran organisasi, cabaran keluarga, cabaran kerjaya, cabaran bisnes dan pelbagai jenis cabaran lagi.

Secara umumnya, tahun 2009 ini adalah satu tahun yang cukup produktif bagi saya dan organisasi tadbiran saya.

Analisis tahun 2009 bagi diri saya, daripada dahulu seorang editor, meniti tangga ke pengurus penerbitan, menjadi pengarah eksekutif PTS Millennia dan sekarang mengurus jabatan penerbitan Kumpulan PTS sebagai pengurus besar penerbitan. Boleh berbangga menjadi antara individu yang pernah mengurus penerbitan buku umum melebihi dua ratus lima puluh buah buku satu tahun di Malaysia. Mula dikenali sebagai jurulatih dunia penulisan dan penerbitan dengan tertubuhnya sayap latihan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. , Akademi Penulis Sdn. Bhd.

Produktif bagi Kumpulan PTS, daripada dahulu hanya menyewa di pejabat orang sekarang sudah beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri. Dahulunya cuma beberapa pekerja, sekarang sudah menghampiri seratus orang. Dahulu cuma menerbit seratus lebih buku, hingga hujung tahun dikira-kira sudah mencecah 258 judul buku diterbitkan.

Produktif bagi Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB), daripada hanya angan-angan sendiri. Bermula di rumah, bekerja berdua dengan isteri sahaja. Mengambil seorang pekerja yang bergerak secara mobile hingga akhirnya sekarang sudah mampu mempunyai satu unit pejabat sendiri walaupun menyewa. Sekarang bilangan pekerja sudah empat orang yang bekerja secara tetap bergerak dalam tiga anak syarikat.

Produktif bagi Akademi Penulis Sdn. Bhd. (anak syarikat FNSB), dahulunya sekadar sebuah blog bercerita pengalaman. Sekarang sudah berubah menjadi sebuah akademi latihan penulisan yang sudah mula dikenali ramai. Menganjurkan lebih kurang dua puluh empat buah bengkel penulisan secara awam dan latihan dalaman untuk organisasi kerajaan serta swasta. Mempunyai seorang penolong pengurus yang menguruskan segala urusan tadbiran program latihan.

Produktif bagi Book Pro Publishing Services (anak syarikat FNSB), bermula dengan pekerja yang merupakan isteri sendiri sekarang sudah mempunyai dua orang pekerja tetap, seorang penolong pengurus dan seorang editor. Dahulu mampu buat hanya satu projek dalam masa tiga bulan, sekarang sudah boleh mencapai dua projek perkhidmatan penerbitan sebulan.

Penubuhan syarikat baru The Next Store yang mengendalikan sepenuhnya kedai-kedai online milik FNSB. Sekarang baru ada satu iaitu e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda. InsyaAllah akan dikembangkan kepada satu lagi dalam tahun 2010.

Muhasabah Diri & Organisasi

Apabila menghadapi tahun baru, seseorang individu perlu mengkaji dan muhasabah pencapaian satu tahun mereka. Adakah mereka mencapai segala yang disasarkan? KPI berjaya dilunasi? Kesemua ini menjadi kayu ukur kita sebagai seorang individu.

Saya sering berpegang bahawa kita perlu mencabar diri kita setiap hari agar menjadi lebih baik daripada semalam. Cabaran boleh wujud dalam pelbagai cara. Cabaran dalam bentuk perkembangan diri, adakah kita masih orang yang sama setiap tahun ataupun dalam kata lain statik. Cabaran dalam bentuk karier, adakah kita masih memegang jawatan dan portfolio sama setiap tahun? Membuat perkara rutin yang sama seperti tahun-tahun lepas? Cabaran dalam bentuk bisnes, adakah syarikat kita masih lagi jualannya sama seperti tahun-tahun lepas? Tidak ada perkembangan daripada sudut jualan, dapatan dan pekerja.

Kesemua ini menjadi kayu ukur kepada diri kita untuk menjana prestasi akan datang.

Mencabar Diri

Ada beberapa rakan rapat bertanya, apakah yang saya lakukan untuk menjana diri saya agar sentiasa ke hadapan? Di sini saya kongsikan salah satu tip pegangan saya sekian lama.

Bagi yang para pembaca sejarah Tariq Bin Ziyad, tentu mengetahui bagaimana beliau memotivasikan anak-anak buahnya untuk berperang dengan musuh. Caranya cukup agresif, drastik dan tidak terfikir oleh akal. Beliau mengarahkan kapal yang membawa mereka ke tempat hendak berperang dibakar. Ini bagi mewujudkan dalam hati setiap ahli dalam pasukannya bahawa tidak ada berpatah balik dalam perjuangan.

Ini juga saya lakukan kepada diri saya dan organisasi. Selalunya saya ‘bakar kapal’ bagi memacu ke hadapan. Cara bagaimana? Ada banyak cara, sebagai contoh dalam keadaan kestabilan syarikat tidak menentu saya sewa sebuah pejabat. Mengambil para pekerja yang perlu dibayar gajinya. Jadi mahu ataupun tidak, syarikat perlu mendapat jualan dan untung bagi memastikan aliran wang tunai masuk bagi membayar semua ini.

Ada banyak lagi cara dan kaedah ‘bakar kapal’ ini.

Defragment Minda

Hari ini saya mengambil ruang untuk bercuti daripada beberapa perkara untuk melakukan beberapa perkara. Tujuan utamanya adalah untuk defragment minda. Mengkaji semula apa yang sudah dicapai satu tahun dan apa ingin disasar tahun hadapan. Tahun hadapan tidak boleh sama sepertimana daripada tahun ini. Ia perlu lebih berkembang dan mengorak langkah ke hadapan.

Mari kita pasang tekad untuk memastikan hari kita lebih baik daripada hari semalam.

Kecil Boleh Jadi Besar
Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga bertugas di pejabat. Keadaan di pejabat editorial Kumpulan PTS yang baru masih bersepah dengan barang-barang yang masih belum dikeluarkan daripada kotak, kerusi di sana, kerusi di sini seperti tidak bertuan (mungkin tuannya masih tidak mengambilnya), meja-meja yang ingin ditukar fungsi sebab semua staff sudah ada meja baru, memang bercelaru sedikit. Saya jangkakan perlu ambil masa sebulan baru kesemua perkara ini kembali ke keadaan asal.

Bangunan ini masih lagi dalam proses renovasi, masih ada beberapa ruang yang belum sudah proses pembaikannya. Tandas tingkat atas masih lagi diubahsuai untuk memenuhi keperluan. Surau masih belum cukup penghadangnya kerana masih belum sampai daripada pembekal. Proses penyambungan wayar telefon dan wayar elektrik diteruskan dan dijangkakan akan siap sepenuhnya 15 Disember 2009.

Terlihat di ruangan saya (saya tidak punyai bilik, hanya diberikan ruangan terbuka yang mempunyai papan penghadang sahaja) masih ada papan putih yang masih belum diangkat dan dilekatkan ke dinding, wayar-wayar tunggu untuk disambungkan, fail-fail kerja yang tetap perlu diuruskan walaupun keributan berlaku.

Walauapapun saya tetap bersyukur kerana selepas 9 tahun, Kumpulan PTS mampu mempunyai 3 unit gudang, kepunyaan sendiri. Tambahan menyewa satu lagi bangunan bersebelahan (sebab inventori melimpah). Ini satu kejayaan yang cukup memuaskan hati. Sebagai salah seorang tenaga penggerak awal Kumpulan PTS, daripada Taman Melawati berpindah ke Kampung Janda Baik, Bentong. Berpindah pula ke Bukit Tinggi, Bentong, ke Wangsa Melawati dan akhirnya berada di bangunan sendiri ini.

Semua ini pengalaman yang amat mendewasakan dan mematangkan fikiran. Alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan atas kurniaan Mu kepda kami semua.

Masalah Kecil Menjadi Besar

Saya baru mendapat laporan daripada pegawai saya di Book Pro Publishing Services (anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.) mengatakan ada satu projek yang bermasalah. Pada mulanya projek ini dipersetujui pihak kami dengan pelanggan untuk kami melakukan proses cetakan dan penjilidan. Namun berlaku masalah komunikasi dalaman staff hingga menyebabkan buku yang sepatutnya dicetak dalam saiz disangka saiz lain. Ini menyebabkan kos percetakan berbeza dengan yang dibuat sebut harga. Kami terpaksa menanggung kerugian cukup besar disebabkan masalah komunikasi terganggu (miscommunication).

Dalam sebuah organisasi semua ahli pasukan seharusnya menjadi seperti satu badan. Apabila satu badan dicubit, badan lain juga merasakan kesakitan. Namun apabila anggota-anggota dalam sistem badan tidak berkomunikasi. Sebagai contoh jika si kaki hendak berjalan ke kiri tetapi sebenarnya otak hendak mengarahkan berjalan ke kanan. Tentu akan menyebabkan konflik besar hingga menyebabkan struktur badan akan sakit. Begitu juga dalam syarikat jika antara satu unit ataupun individu dalam pasukan tidak bercakap dan berkomunikasi baik dengan yang lain maka ia memberikan risiko besar kepada syarikat.

Walaupun kes sebegini adalah terpencil dan kecil pada pandangan sesetengah pihak. Namun ia melibatkan kesan besar kepada kepercayaan dan reputasi syarikat. Saya amat berharap staff terbabit dapat menyelesaikan masalah komunikasi tidak berlaku di masa hadapan. Mungkin perkara ini juga dapat dijadikan panduan di pihak orang lain.

Namun apapun perkara ini sudah berjaya diselesaikan. Tahniah kepada pegawai yang berjaya menyelesaikannya.

Buku-buku Kontrak Kerajaan

Alhamdulillah selepas beberapa bulan menunggu akhirnya keputusan  kontrak pembekalan KEMAS sudah diwartakan. Daripada buku-buku yang dipilih, sebanyak 11 buku terbitan Kumpulan PTS terpilih. Senarai buku terpilih adalah seperti berikut :

Koleksi Puisi Untuk Kanak-kanak, Penerbit PTS ONE SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Kerjaya Dlm Bidang Insurans, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 1,000 naskhah

Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 5,000 naskhah

Panduan Kognitif Kanak-Kanak Pra Sekolah, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Panduan Kurikulum Prasekolah, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Panduan Pemakanan Pra Sekolah, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Panduan Pendidikan Pra Sekolah, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Panduan Untuk Pengusaha Tadika, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Pendidikan Khas Utk Kanak-kanak Istimewa, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Pendidikan Sains Prasekolah, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Permainan, Lagu & Puisi Kanak-Kanak, Penerbit PTS PRO PUBLISHING SDN. BHD., Jumlah 6,000 naskhah

Apabila dilihat kepada judul-judul terpilih, kita boleh analisa bahawa judul-judul ini tidak boleh bersaing di pasaran umum. Hendak dapat jualan 1,000 naskhah setahun di pasaran terbuka cukup susah. Namun inilah buku-buku yang dikategorikan sebagai ratu kontrak. Apabila musim kontrak sahaja, buku-buku sebeginilah yang terpilih sebagai antara calon berpotensi menduduki takhta kontrak kerajaan. Kelihatan seperti kecil tetapi sebenarnya besar.

Hendak tahu cirinya?

Staff Baru, Darah Baru, Idea Segar

Dalam tempoh kurang dua bulan, kurang lebih 6 orang staff baru editorial mendaftar diri. Inipun sebenarnya masih terdapat banyak kekosongan jawatan yang perlu diisi. InsyaAllah dalam minggu hadapan akan ada satu lagi sesi temuduga bakal dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Staff baru masuk dengan semangat baru dan idea baru. Masing-masing mempunyai cara berfikir dan aspirasi sendiri. Kita di Kumpulan PTS amat mengharapkan idea segar daripada mereka ini. Ada yang datang dengan reputasi dan kredibiliti baik daripada tempat kerja lama. Ada yang se’Segar Nailofar’ (Karya Zaid Akhtar yang sequelnya akan terbit di PTS Litera Utama) masuk ke PTS. Graduan baru keluar dari ‘kilang’ (IPT).

PTS sudah membesar dan harapannya terus membesar. Harapnya kemasukan baru ini menjadikan PTS lebih besar

MITOS 1 DUNIA BUKU MALAYSIA : Orang Malaysia Tidak Baca Buku
Artikel 8 Februari 2007, Dikemaskini 12 Oktober 2009

Alhamdulillah Akademi Penulis berjaya menganjurkan Seminar Penulisan Buku Popular 2009 di Auditorium, Kulliyah Architecture & Environmental Design, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini adalah yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak Akademi Penulis. Yang pertama dianjurkan dengan kerjasama pihak luar. Program ini adalah dengan kerjasama Unite Event dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Para peserta Seminar Penulisan Buku Popular 2009 bersama dengan para penganjur program dan jurulatih

Seramai 29 orang peserta yang menyertai program ini walaupun individu mendaftar diri seramai 49 orang. Namun kehadiran peserta yang hadir adalah daripada kalangan mereka yang hebat dalam bidang mereka. Seumpama perjumpaan ahli facebook (FB), rakan-rakan yang sering dilihat status mereka di FB muncul dalam seminar ini. Terima kasih Tuan Din Deraman, Tuan Zahari Sharit, Tuan Hasrin dan ramai lagi.

Ada juga mereka yang memang sudah berkecimpung lama dalam bidang penulisan. Cik Zabrina Abu  Bakar, pengarang yang karyanya pernah menduduki carta top 10 MPH berminggu-minggu, En. Haslin Hasan, pengarang buku Venton, Cik Husna, penolong editor Telaga Biru dan Puan Rosma, wakil Penerbit UUM.

Ada yang datang jauh daripada Kedah, Cikgu Maudah, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Nabil dan rakan-rakan. Ada sahabat seTAMRIN, Tuan Hazali dari Waiz Malaysia. Juga kepada peserta-peserta yang tidak saya sebut dalam artikel ini saya mengucapkan terima kasih atas sokongan semua.

Kepada rakan kerjasama Unite Event dan MPPIUAM, terima kasih atas kerjasama diberikan. Semoga kerjasama ini berpanjangan hingga ke masa hadapan.

Kepada Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis. Terima kasih atas kerjasama dan input terbaik untuk peserta.

Kepada ahli pasukan Akademi Penulis dan Fauzul Na’im Sdn. Bhd., tahniah atas penganjuran program ini. Terutamanya kepada pengarah projek, saudara Abdul Qahhar Mohd Noor yang juga penolong pengurus Akademi Penulis Sdn. Bhd. Teruskan usaha, jangan lupa siapkan laporan penuh post mortem program.

Kemaskini Artikel Lampau

Pulang sahaja daripada seminar, saya meneliti semula artikel-artikel dalam laman web saya. Artikel-artikel ini adalah koleksi daripada tahun 2007 hingga sekarang. Saya memulakan penulisan dalam blog atas nama Akademi Penulis di www.akademipenulis.com. Ya, Akademi Penulis sebenarnya adalah laman blog saya. Selepas beberapa lama, saya merasakan bahawa Akademi Penulis tidak boleh menjadi sekadar blog. Ia perlu menjadi sebuah akademi sebenar dan disebabkan itu saya menubuhkan Akademi Penulis Sdn. Bhd. yang menganjurkan program-program latihan penulisan saya sekarang.

Kemudian URL diubah kepada www.mentorpenulis.com dan berterusan ditambah. Akhirnya sekarang diubah kepada www.fauzulnaim.com.my. www.fauzulnaim.com saya jadikan laman web korporat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Banyak rupanya yang saya sudah tulis di sini. Saya merasakan ada keperluan untuk mengemaskini dan revisi kembali tulisan-tulisan itu. Jadi mulai hari ini, para pelawat laman web ini akan mendapat isi yang lama bernafas baru.

Mitos-mitos

Apabila kita menyebut mitos ataupun lagenda. Terus di kepala kita terbayang cerita-cerita dongeng dahulukala. Cerita Sang Kelembai yang boleh menukarkan orang kepada batu dengan hanya menegurnya. Hinggakan ia dikaitkan dengan beberapa penemuan batu berupa binatang, orang dan kapal.

Cerita Si Tanggang yang bertukar menjadi batu kerana menderhaka kepada ibu bapanya. Dikatakan kapalnya masih boleh dilihat sekali sekala di sebuah negeri di utara tanahair.

Hang Tuah yang mewarnai sejarah Melayu dengan keperkasaanya. Seorang yang terlampau taat kepada raja hingga sanggup melepaskan kekasih yang dicintai atas dasar itu. Sehingga sekarang ramai masi tertanya-tanya adakah dia itu memang wujud ataupun sekadar mitos. Kisahnya hebat cuma tidak berkubur. Ada yang mengatakan dia ini asal-usulnya daripada negeri Kedah sebab tidak ada negeri lain yang menggunakan HANG dalam nama. Di Kedah, HANG bermaksud awak. Ada cuba mengaitkannya dengan keturunan dari China sebab nama puteri China yang diserahkan kepada raja Melaka bernama Hang Li Po. Jadi mungkin nama Hang Tuah sebenarnya HANG TOO AH. Namun kata-katanya masih terpahat di Muzium Negara

Takkan Melayu hilang Di Dunia

Mitos-mitos Dunia Perbukuan dan Penulisan

Apabila menyebut dunia buku, banyak pandangan negatif dilontarkan. Pandangan itu bukan masyarakat umum sahaja mengatakan malahan pembuat dasar, menteri dan perdana menteri mengatakannya. Orang Malaysia tidak baca buku, orang Malaysia tidak minat buku dan banyak lagi lontaran fitnah kepada dunia buku.

Mengapa saya mengatakan fitnah? Semua itu dibuat tidak berdasarkan fakta sebenar. Hanya bersandarkan suatu analisis dangkal langsung dikeluarkan pernyataan. Hari ini saya hendak mengulas mengenai mitos-mitos ini. Jadi mana-mana individu yang berminat hendak berdiskusi mengenainya di sini saya amat mengalu-alukannya.

Mitos 1 : Orang Malaysia Tidak Baca Buku

Saya memetik satu artikel di Utusan Melayu 6 Februari 2009.

PULAU PINANG 6 Feb.  2009 “ Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersedia menerbit dan membekalkan buku secara terus ke semua perpustakaan awam bagi menyediakan ruang kepada penulis-penulis tempatan untuk terus menghasilkan karya mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu membolehkan golongan penulis yang kini sedang melalui zaman sukar terus berkarya ekoran kemerosotan industri buku.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai menggalakkan mereka terus menghasilkan penulisan masing-masing agar kebolehan dan kewibawaan mereka tidak dipersia-siakan.

Kita harus ingat bahawa masyarakat Malaysia bukanlah masyarakat membaca dan ia amat berbeza dengan sikap masyarakat Barat yang amat minat membaca, malah kajian menunjukkan purata orang kita hanya membaca dua muka buku sahaja setiap hari,katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang khabar selepas melawat tapak sebuah rumah lama di Jalan Hutton di sini hari ini bagi dipertimbangkan untuk dipulihara oleh kerajaan.

Menurut Rais melalui pendekatan itu, Perpustakaan Negara Malaysia akan membeli terus buku-buku yang dicadangkan pihaknya mengikut nisbah tertentu berdasarkan keperluan mereka.

Katanya, industri buku di Malaysia tidak berupaya untuk bertahan sebaliknya akan “dimatikan” sendiri oleh sikap rakyat negara ini.

Saya melihat kenyataan akhbar oleh Dato’ Seri Rais Yatim adalah suatu perkara yang serius. Benarkah begitu rakyat Malaysia tidak membaca? Perkara ini adalah suatu igauan dunia perbukuan, ramai orang hatta kerajaan percaya kepada perkara ini. Baiklah tentu ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya menggunakan perkataan mitos di atas. Mitos ini adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan fakta tidak sahih ataupun boleh dipertikaikan. Apabila bertanya kembali kepada pihak Dato’ Seri, sebenarnya daripada manakah kenyataan bahawa rakyat Malaysia membaca dua muka surat satu tahun itu? Adakah survey dan penyelidikan dibuat itu menyeluruh? Adakah penerbit dan pekedai buku terlibat di dalam kajian yang dibuat?

Berdasarkan pengalaman saya menjadi penerbit buku selama 9 tahun, saya belum pernah didatangi oleh mana-mana penyelidik bertanyakan statistik jualan buku di syarikat saya. Belum pernah ada mana-mana organisasi menghubungi saya bagi melihat senario jualan buku PTS. Ini yang menjadi persoalan benarkah fakta tersebut?

Kita melihat dengan lebih terbuka, Alaf 21 Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar novel terkenal di Malaysia. Satu masa ada novelnya mencecah jualan lebih daripada 100,000 naskhah bagi satu judul setahun. Saya dengar (En. Norden jika anda melawat laman ini mungkin boleh betulkan saya) cetakan pertama minima pada ketika itu adalah 30,000 naskhah per judul. Adakah sebuah syarikat begitu akan mencetak dan melabur wang yang besar apabila benar ada fakta orang tidak membaca buku di Malaysia? Adakah mereka ini dimasukkan ke dalam statistik kajian?

Kita melihat pula senario di MPH, pihak saya mendapat berita mengatakan bahawa populasi buku berbahasa Melayu di keseluruhan rangkaian kedai buku MPH adalah  sebanyak 20% dan selebihnya adalah karya luar. Namun begitu yang mengujakan adalah populasi 20% itu memberikan sumbangan jualan kepada kumpulan MPH sebanyak 40% setahun. Adakah MPH dimasukkan ke dalam statistik kajian?

PTS sebagai kajian kes terakhir, pihak kami mula bertapak di dunia penerbitan bermula tahun 2000. Jualan permulaan amat sedikit pada masa itu kurang daripada RM100K. Namun begitu dalam masa tidak sampai 10 tahun pihak kami memperoleh jualan melebihi RM12 juta setahun. Adakah perkara berlaku jika rakyat Malaysia tidak membaca? PTS memang tidak masuk dalam statistik kajian tersebut.

Di sini saya bukan ingin mempertikaikan fakta tersebut, namun begitu ia sedikit sebanyak melemahkan semangat pengarang bagi menghasilkan karya. Jadi seharusnya kita perlu membuat kajian menyeluruh di semua bahagian sebelum sesuatu fakta dikeluarkan.

Saya ingin mengubah mentaliti pengarang dalam hal ini. Pernah pihak PTS berjumpa dengan Popular Bookstore tidak berapa lama dahulu. Pihak kami memohon agar di Popular ada rak buku khusus buat buku berbahasa Melayu. Kemudian pihak berkata kepada kami :

Kalau Popular bagi dekat PTS satu rak buku, rasa-rasa PTS boleh isikah?

Apakah maksud tersirat kepada soalan tersebut? Soalan ini menunjukkan sebenarnya bukan isu orang tak baca buku. Namun begitu buku untuk dibaca tidak ada dalam pasaran.  Bagaimana orang mahu baca buku apabila buku yang ingin dibaca tidak ada dalam pasaran. Buku ingin dibaca ini bergantung kepada latar belakang pembaca tersebut. Jurutera mahu buku untuk dia, doktor hendak buku untuk dia, pengurus hendak buku untuk dia, ibu bapa hendak buku untuk dia, remaja hendak buku untuk dia, ANDA pun tentu hendak buku untuk ANDA! Betul ataupun tidak? Ada ataupun tidak buku bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kita? Itu sebenarnya persoalan di sini.

Pada masa Popular bertanya soalan tersebut kepada PTS, kami masih kecil dan tidak mempunyai banyak judul. Sekarang jika ditanya soalan tersebut, pihak kami memang boleh isi.

Bangau Oh Bangau

Isu ini umpama cerita bangau oh bangau.

Pembaca oh! Pembaca, mengapa engkau tidak membaca buku?

Pembaca menjawab,

Bukan tidak mahu baca, pekedai tidak beri buku yang aku hendak baca?

Jadi kita bertanya kepada pekedai.

Pekedai  oh! Pekedai, mengapa tiada buku hendak dibaca?

Pekedai menjawab

Bukan kami tidak mahu beri buku untuk dibaca, penerbit tidak bekalkan kepada kami.

Kita bertanya pula kepada penerbit.

Penerbit oh! Penerbit, mana buku untuk dijual di kedai?

Penerbit menjawab,

Bukan kami tidak mahu beri buku bagi dibaca, penulis tidak mengarang karya bestseller untuk kami terbit.

Jadi kita bertanya pula kepada penulis,

PENULIS OH! PENULIS! Mana buku bestseller untuk diterbitkan?

Siapa yang harus menjawab soalan itu?

Tip Menjadi Penulis Bestseller 2 : Percaya & Beriman
Dalam satu pertemuan anjuran Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) lalu, ada satu pesanan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang cukup saya ingat.

Dato' Dr. Mohd Fadzilah, seorang motivator, seorang sahabat, seorang mentor. Kami pernah digandingkan dalam satu buku terbitan PTS

Semua trainer dan motivator lelaki, jangan kencing berdiri. Itu adalah cara beruang kencing.

Pesanan ini amat besarnya kesan kepada diri saya sekarang. Mengapa? Apabila kita ingin menjadikan orang lain baik, kita sendiri perlu berubah dan percaya dengan perubahan itu.

Apabila seorang motivator sendiri melakukan keburukan, maka akan buruklah orang yang dimotivasikannya.

Penulis Harus Percaya dan Beriman Dengan Tulisannya

Pengarang adalah agen perubahan. Dalam siri-siri bengkel yang saya kendalikan selalu saya tekankan kepada para peserta mengenai perkara ini. Jika pengarang tidak mahu jadi agen perubahan, jangan menulis!

Sebagai agen perubahan kita memberikan input-input positif, kaedah-kaedah praktikal dan inspirasi-inspirasi kepada para pembaca kita. Apabila kita juga harus percaya dan beriman kepada apa yang kita.

Sebagai contoh, apabila kita penulis dalam bidang motivasi kejayaan. Kita berikan segala teori dan praktikal untuk menjadi berjaya dalam hidup, kerjaya, pelajaran dan berkeluarga. Kita juga seharusnya beriman dengan apa yang kita tulis itu. Kita perlu mempraktikkannya. Namun jika sebaliknya, apa yang akan berlaku? Apabila pembaca mengetahui sebenarnya kita sebagai penulis pun tidak melakukan apa yang kita tulis, tentu mereka hilang kepercayaan kepada kita.

“ Wahai orang-orang yang beriman mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan ? Amat besarlah kemurkaan Allah kepada mereka yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan”

-Surah As-Soff : 2

Pengarang Jangan Beri Ajaran Sesat

Sekarang satu fenomena yang kurang sihat dalam dunia motivasi. Satu gerakan khurafat yang mengajar orang mengenai rahsia kejayaan berdasarkan tarikh lahir. Ini jelas satu perkara yang dilarang oleh Islam. Percaya dengan tarikh-tarikh lahir ini sama sahaja dengan bertenung nasib atau percaya kepada ramalan ahli nujum.

”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

-al-Maidah : 90

Saya mendengar satu kisah bahawa ada seorang sahabat yang amat percaya kepada perkara ini. Hinggakan apabila anak beliau dilahirkan, beliau langsung mengira tarikh lahir anaknya mengikut formula rahsia tarikh lahir. Berdasarkan kiraan ini, nombor pemalar yang keluar adalah sama dengan nombor pemalar seorang bekas pemimpin negara yang dia tidak suka. Langsung ia menjadi bimbang dan tidak keruan.

Anak yang bersih dan suci itu pun menjadi mangsa. Baru hendak mula kehidupannya sudah ada ‘dosa’ terpalit padanya kerana kepercayaan yang pelik-pelik ini. Ini adalah kesan apabila seorang individu khurafat dan munafik, memberikan ilmu kepada orang lain. Ia menyebabkan orang lain percaya dan menjadi khurafat juga.

Seorang pengarang perlu muhasabah penulisan yang dibuat. Adakah ia membawa pembaca dekat dengan Allah ataupun menjauhi Allah. Semua ini akan ditanya di akhirat kelak. Semoga Allah memberikan rahmat dan panduannya.

Penerbit Gema Insani, Indonesia di Pejabat PTS

Semalam saya dihadiri seorang penerbit terkenal dari Indonesia. Beliau ada pengarah syarikat Gema Insani, Bapak Iwan Setiawan. Saya mengenali beliau semasa saya menyampaikan ceramah dalam mesyuarat agong Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) Cawangan Jakarta. Saya dijemput oleh pihak IKAPI sana  untuk berkongsi pengalaman penerbitan di Malaysia.

Alhamdulillah perkenalan saya dengan Bapak Iwan membawa kepada terjalinnya hubungan bisnes yang baik dengan beliau. Ada beberapa karya yang diterbitkan oleh Gema Insani dalam proses terjemahan dan penerbitan di PTS. Ada beberapa di PTS Islamika Sdn. Bhd. dan ada di PTS Millennia Sdn. Bhd..

Pertemuan semalam memarakkan lagi persahabatan dua penerbit dan dua negara berjiran. Banyak lagi projek yang bakal digarap oleh kedua-dua pihak hasil perbincangan semalam. Turut bersama dalam perbincangan semalam adalah En. Arief Hakim Sani, pengarah urusan Kumpulan PTS, En. Faris Hasbullah, pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd., En. Ikram Wazir, pemangku pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. dan En. Imran Azmi, editor kanan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Pengajaran Dari Padang

Keadaan di Padang amat menyayatkan. Ini dimaklumkan oleh Bapak Iwan. Salah sebuah toko buku Gramedia yang ada di Padang runtuh dan hancur. Pasukan sukarelawan dari kalangan penerbit Indonesia turut ke sana untuk membantu mangsa gempa

Kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia harus menjadi iktibar kepada kita

Apa yang menarik dimaklumkan oleh Bapak Iwan adalah mengenai kejadian gempa berlaku pada jam 17:16 WIB (5.16 petang Waktu Indonesia Barat). Apabila dilihat dalam al-Quran ayat 17:16 (surah Al-Israa’ ayat 16) mengatakan bahawa

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.

-Al-Israa’ : 16

Ini satu pengajaran kepada orang mukmin dan muslim. Mungkin ia benar ataupun satu kebetulan. Namun sebagai seorang muslim dan mukmin, kita harus mengambil ini sebagai iktibar. Allah boleh memberikan apa sahaja amanat pada bila-bila masa.

Satu lagi gempa susulan berlaku pada jam 17:58 (jam 5.58 petang Waktu Indonesia Barat). Apabila dikaji ayat surah Israa’ ayat 58

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”.

-Al-Israa’:58

Semoga Allah memberikan keselamatan kepada kita semua. Negara kita mengatakan bahawa kita negara Islam. Namun banyak hukum dan suruhan Allah tidak dilaksanakan. Bukan kerana tidak boleh tetapi tidak mahu. Antara alasannya adalah hukum Allah tidak relevan untuk masyarakat berbilang bangsa 1 Malaysia.

Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada bencanaMu. Jangan kerana pemimpin kami dan masyarakatnya yang zalim dan tidak mahu melaksanakan undang-undangMu kamu kenakan bala kepada kami Ya Allah. Lindungilah kami daripada azabMu ya Allah. Amiin

Cukupkah Angin Belonku?
Semalam bermula jam 12 hinggalah ke malam kami sekeluarga menziarahi beberapa orang sahabat handai. Rumah pertama adalah rumah Y.B Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Cukup meriah majlis rumah terbuka beliau. Ini adalah kali kedua saya ke majlis seumpamanya. Soalan pertama ditanya oleh Y.B Dato Dr. Hassan, mana lagi yang lain? Puan Ainon dan Prof. Abdullah tak datang. Saya menyatakan sayalah wakil untuk keseluruhannya.

Dato' Dr. Hassan Mohd Ali melayan para tetamu

Rumah kedua adalah rumah YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, perunding motivasi pelajar terkenal. Jalanraya daripada rumah Dato’ Dr. Hassan ke rumah Dr. Tengku Asmadi keadaannya sesak teruk. Melalui MRR2 tidak pernah sebegini teruk, namun mungkin semuanya berkunjung menziarahi rumah terbuka sepertimana saya maka inilah jadinya. Tempoh yang sepatutnya setengah jam menjadi sejam lebih. Anak yang dalam kereta berkicauan bertanya bila hendak sampai.

Anak-anak dengan badut di majlis rumah terbuka Dr. Tengku Asmadi

Bukan kerana apa, saya memaklumkan bahawa rumah terbuka Dr. Tengku Asmadi disekalikan dengan sambutan majlis hari jadi Tengku Puteri Qaisara, anak kedua Dr. Tengku. Ada persembahan badut dan belon. Itulah yang menyebabkan mereka berkicauan bila hendak sampai, bila hendak sampai. Alhamdulillah kami sampai serentak dengan badut jemputan. Maka mereka tidak terlepaslah peluang bermesraan dengan badut dan mendapatkan belon yang banyak.

Dr. Tengku Asmadi menyanyikan lagu selamat hari jadi bersama anak-anaknya dan hadirin

Berkesempatan bertemu dengan sahabat lama yang tidak bertemu Dato’ Nazim Johan, orang kuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di rumah Dr. Tengku. Bersembang panjang dan beliau meminta saya singgah-singgah ke pejabatnya di Keramat Ujung. InsyaAllah Dato’ ada kesempatan sampailah saya.

Wajah Isyraf yang serupa badut selepas makan kek

Majlis ketiga adalah rumah terbuka Mohd Aswadi AKA Rambai, artis grafik PTS. Rumahnya terletak di Apartmen Cheras Perdana. Agak keliru kerana panduan yang diberikan melalui email berbeza dengan jalan sebenar. Namun Alhamdulillah sampai juga kami ke destinasi dengan selamat. Anak saya kedua, Muhammad Isyraf sudah lena keletihan di dalam kereta. Jadi bonda ditinggalkan bersamanya di kereta sementara kami ke rumah Aswadi.

Pulang sahaja sudah dekat 7.30 malam. Semuanya keletihan. Langsung ke pejabat urusan FNSB dan bermalam di sana. (Barang-barang sudah dibawa awal kerana sudah menjangkakan lewat malam baru selesai).

Belon-belon Kehidupan

Kita ini mempunyai apa yang dikatakan sebagai gas kehidupan. Kapasitinya berbeza antara satu individu dan individu yang lain. Apa sahaja aktiviti hidup seperti bisnes, keluarga, melancong, bersukan dan kerja boleh diumpamakan sebagai belon-belon kehidupan. Kejayaan seseorang dalam aktiviti hidup bergantung kepada berapa banyak kita menggunakan gas kehidupan kita dalam belon-belon kehidupan ini.

Gambar hiasan

Kapasiti gas kehidupan kita terhad. Oleh itu tidak semua belon ini boleh diisi penuh. Apabila satu penuh maka tentu ada yang lain kempis. Sebagai contoh apabila kita banyak menfokuskan kepada bisnes, maka gasnya dipenuhkan di situ. Ini menyebabkan belon keluarga, belon melancong dan lain-lain mengempis. Ini menyebabkan masa kita dengan keluarga berkurangan, tidak dapat pergi melancong dan banyak aktiviti lain tidak dapat dilakukan.

Begitu juga sebaliknya. Jadi kita harus melihat kapasiti gas kehidupan kita dan belon mana yang kita hendak penuhkan? Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana saya mengendalikan aktiviti hidup saya dan mengisi  belon-belon hidup ini. Menguruskan syarikat penerbitan buku antara yang terbesar di Malaysia, mempunyai syarikat sendiri dengan 3 anak syarikat, meluang masa dengan keluarga dan aktiviti lain.

Sukar sebenarnya hendak menjawab perkara. Apa yang boleh saya katakan adalah berbalik kepada bagaimana kita mahu diri kita jadi. Takdir adalah di tangan kita walaupun Allah yang menentukan. Usaha perlu dilakukan. Prinsip hidup saya, hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan hari besok lebih baik daripada hari ini. Jika saya tidak menjadi lebih baik daripada semalam saya adalah manusia yang gagal. Sentiasa cabar potensi diri kita. InsyaAllah kapasiti gas kita akan bertambah, lebih banyak belon-belon hidup dapat diisi.

PTS Sudah Membesar, Alhamdulillah
9 tahun dahulu, apabila menyebut nama PTS ramai yang mengatakan siapakah PTS? Apakah PTS? Apabila bertemu dengan para pensyarah untuk menawarkan kerjasama, ramai yang tidak percaya. Bolehkah PTS menerbitkan dan memasarkan karya mereka? Mampukah PTS mencetak karya mereka?

Para staff PTS berada di hadapan pejabat urusan PTS yang baru. PTS membeli 2 lot kilang ini dengan harga RM 2.4 juta. 2 lot kilang lagi dalam proses pembelian. 1 khusus untuk editorial dan satu lagi untuk tujuan pembesaran

Alhamdulillah tahun ini, tahun ke 9. Orang sudah mula mengenal produk PTS. Orang sudah memuji dan meminati produk hasilan PTS. Pergi sahaja ke kedai buku, sering terdengar suara bertanya di manakah boleh saya dapati karya PTS.

Dahulunya hendak mencari pekerja untuk memenuhi kekosongan jawatan amat susah. PTS bukanlah pilihan utama para pekerja penerbitan. Sekarang resume yang masih berduyun-duyun. Dimaklumkan setiap jawatan yang ditawarkan, lebih 30 resume daripada para pekerja penerbitan yang berpengalaman diperoleh.

Alhamdulillah. Teruskan kehebatan ini, kepada ahli keluarga PTS. Jangan mudah leka dengan kejayaan, pacukan usaha untuk lebih berjaya.

Fokus Adalah Kaedah Pemasaran Yang Baik Untuk Para Penulis
Alhamdulillah dua hari ini saya berada di rumah dengan suasana yang cukup tenang. Tidak pernah saya berasa setenang ini dalam tahun 2009 ini. Hari yang tenang tanpa sebarang program yang perlu dikendalikan. Dalam ketenangan ini saya berkesempatan melayari beberapa blog menarik dan membaca buku yang sudah sekian lama dibeli tetapi tidak dibaca. Tidak dibaca kerana tidak bertemu kesempatan yang membolehkan saya membacanya. Wah! Nampak macam sibuk sangat pula ayat ini. Tapi memang betul, saya merasakan bulan Januari 2009 amat singkat, dan bulan Februari ini pun terasa seperti sama sahaja dengan bulan Januari.

En. Fauzul menyampaikan sijil kepada Tuan Haji Khalid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional, KPM yang menjadi peserta kursus kendalian beliau

Walauapapun keadaannya, ia satu kesibukan yang menyeronokkan. Saya layari beberapa laman blog milik peserta kursus dan bengkel penulisan yang pernah saya kendalikan. Alhamdulillah kebanyakannya memberikan maklum balas yang cukup positif. Ada yang teruja, ada yang gembira, ada yang terharu, ada yang tak tidur malam selepas bengkel kerana semangat berkobar-kobar dan pelbagai lagi. Harapan saya, kesan ini berpanjangan hingga berjaya menerbitkan karya mereka yang pertama. Ini yang saya katakan sebagai sibuk dan penat yang menyeronokkan.

Seronok kerana melihat kesan daripada hasil usaha yang dibuat. Inilah kepuasan seorang jurulatih pembangunan diri. Melihat keluaran (output) daripada modul latihan yang disediakan memberikan seribu satu kepuasan tidak tergambar.

Mencipta Jenama Yang Baik

Semalam saya keluar berjalan-jalan dengan isteri di pasar minggu Bandar Bentong. Setiap hujung minggu, pada hari Ahad, pasar minggu adalah tumpuan utama masyarakat Bentong. Pelbagai produk kampung dan runcit dijual di sini. Daripada barang ulaman hinggalah barangan pakaian ada di sini. Saya jarang-jarang dapat kesempatan melawatnya.

Masa luang dua hari ini diambil bagi melihat-lihat sambil membeli barang keperluan rumah. Apa yang saya ingin dikongsikan di sini adalah apa yang berlaku di sana. Dalam berjalan-jalan dan melihat-lihat, saya tertarik dengan beberapa gerai yang amat fokus. Mereka ini menjual barangan yang sama sahaja tetapi pelbagai. Ini menjadikan mereka amat lain daripada yang lain.

Sebagai contoh salah satu gerai yang menarik minat saya dan menyebabkan saya mengeluarkan bagi membeli di sana. Gerai menjual pakaian berilustrasi kartun. Gerai tersebut tidak menjual pakaian lain selain daripada jenis itu. Ada baju tidur dan ada baju pakai hari-hari. Gerainya itu berjaya menarik minat ramai orang disebabkan fokusnya itu. Saya dan isteri membeli 4 pasang baju untuk ‘hero-hero’ saya di rumah.

Ini amat bertepatan dengan buku yang saya baca sekarang.

Saya membaca satu buku yang pada pandangan saya amat baik untuk semua pengarang. Kesempatan dua hari penuh tenang ini dihabiskan dengan membaca buku bertajuk “Killer Brand”. Killer Brand ini ditulis oleh seorang pakar penjenamaan. Beliau berpengalaman memberikan khidmat nasihat kepada beberapa syarikat gergasi dunia. Buku yang penuh dengan hikmah dan hasil dapatan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun.

Antara yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah kuasa kita berfokus. Fokus amat penting dalam menjenamakan diri kita dalam menempatkannya dalam pasaran.

Sebagai seorang pengarang, fokus diperlukan bagi memastikan bahan yang dihasilkan berkualiti tinggi. Lebih lama pengarang menfokuskan kepada topik penulisan tersebut lebih matang gaya persembahan penulisannya. Di samping itu juga, fokus menjadikan diri seseorang pengarang ‘berbeza’ berbanding dengan orang lain.

Fokus ini juga menjadi salah satu kunci dalam menjadikan seorang pengarang berjaya. Kita boleh senaraikan beberapa pengarang yang amat fokus dan berjaya dalam bidang tulisan mereka. Azizi Ali (kewangan peribadi), Chef Li (bisnes), Dr. Tengku Asmadi (motivasi pelajar), Dr. Danial Zainal Abidin (Al-Quran & sains, tahniah Dr. kerana mendapat menantu baru semalam) dan ramai lagi. Kesemua ini menjadi berjaya kerana mereka fokus dalam penulisan.

Ia berbeza dengan para pengarang yang ingin menulis dalam pelbagai bidang. Mereka menjadi pakar kepada semua bidang hingga menjadikan mereka menjadi pakar kepada tiada benda. Ini menyebabkan buku tulisan mereka kurang peminat. Banyak lagi input menarik dalam buku yang saya sebut ini, InsyaAllah ada masa saya kongsikan lagi.

Ada dua bengkel penulisan intensif yang saya akan kendalikan dalam bulan ini. Pertama besok, Bengkel Penulisan Intensif Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia di Melaka dan kedua, Bengkel Latihan Penulisan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya minggu hadapan. Teruja betul apabila dapat memberikan input yang baik kepada lebih ramai orang. Doakan saya berjaya.