Bisnes Perlukan ‘Darah Muda’ untuk Rejuvenasi Syarikat

Bersabar dan Teruskan Momentum

Alhamdulillah masuk tahun ini sudah 16 tahun saya berada dalam dunia bisnes, 10 tahun ‘usahawan kuli’ di PTS dan 6 tahun mengemudi syarikat sendiri. Sepanjang 16 tahun pelbagai pengalaman dan pemerhatian dibuat kapada syarikat sendiri dan orang lain.

Syarikat akan ada satu tahap yang dikategorikan proses PENUAAN. Ia akan berlaku apabila pengemudi syarikat daripada eksekutif, pengurus dan terutamanya CEO atau Pengarah Urusan terlalu lama dalam satu-satu jawatan. Perjawatan atau unit bisnes ini akan menjadi ‘tua’ disebabkan pengemudinya masih mahu bawa CARA PANDANG lama pada jawatannya dan tidak dinamik seiring dengan masa.

#tipinsansuper:Apabila sudah membuat pilihan, kita tetap perlu sedar bahawa pilihan lain masih ada namun pilihan ini adalah yang kita rasakan terbaik buat diri kita sekarang. Sama ada ia pilihan terbaik di mata orang lain ataupun tidak adalah berdasarkan apa yang mereka fikirkan terbaik buat kita, bukan fikiran kita. Jadi apa sahaja kata orang mengenai pilihan kita, biarkan mereka berkata-kata kerana itu adalah pandangan mereka daripada sisi mereka. Apa lebih penting adakah pilihan kita terbaik pada mata pandangan Allah ataupun tidak. Inilah pentingnya apabila membuat pilihan ‘panjat’kan doa kepada-Nya agar Dia memandu kita ke jalan terbaik buat-Nya. Semoga kita buat pilihan terbaik hari ini dalam apa sahaja yang kita mahu lakukan dalam hidup. Amiin

Memusnah Lebih Mudah daripada Membina

Memusnah lebih mudah daripada membina

Satu masa dahulu saya amat menyukai perjuangan ESQ, mengubah antara muka dunia pembangunan diri dengan FENOMENA ESQ165nya. Alhamdulillah hasil daripada ‘tarbiah’ mereka ini, sudah ramai yang menemui SIRATULMUSTAQIM. Kembali kepada fitrah yang dipandu oleh Al-Quran dan Hadis. Namun mereka tetap tidak sempurna, ada yang mengkritik mereka, mencemuh mereka dan lebih hebat mengharamkan mereka. Ini disebabkan oleh beberapa pendekatan dan input dalam modul yang dikata menyimpang daripada syarak. Orang lain hanya melihat kepada keburukan, tetapi tidak melihat kepada kebaikan. Sekarang disebabkan itu, fenomena itu juga sudah hilang. Walaupun masih ada program secara kecil-kecilan namun ia sudah hilang auranya.

Memusnah lebih mudah daripada membina

Pada pandangan saya, daripada dikritik lebih baik dibantu. Perjelaskan apa yang tidak syaraknya dan sama-sama membangunkannya. Apabila dibangunkan dan dibina bersama insyaAllah ia akan jadi lebih baik. Sudah tentu lebih banyak manfaatnya untuk masyarakat dan ummah. Begitulah juga apa yang berlaku pada buku-buku terbitan kami di PTS. Kami juga tidak sempurna, apabila ada yang silap kami amat mengalu-alukan komen membina kerana pada pandangan kami, lebih banyak komen membina semakin sempurna buku-buku terbitan kami.

Saluran komen juga kami buka seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja berminat untuk memberikan pandangan kepada kami dalam memastikan buku-buku terbitan kami benar-benar berkualiti dan patuh syariah. Saya menjemput para pakar yang berminat untuk bersama kami dalam perjuangan ini untuk memberikan pandangan dalam pertemuan secara bersemuka dan berdiskusi. InsyaAllah kita majukan dunia ilmu berpaksikan ketetapan Allah dan Rasul-Nya..