Tip Re-Code 3 Oktober 2011: LAYAK Berjaya dengan Menukar Cara Berfikir

Satu masa dahulu saya ini pernah mengalami inferiority complex. Di kelilingi oleh rakan-rakan yang sudah berjaya dalam bidangĀ  pembangunan diri. Ada yang rakan yang sudah berpuluh tahun seperti Dr. Tengku Asmadi, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Ada yang baru namun sudah terkenal dan menjadi muka televisyen seperti Samsudin Kadir, Ahmad Fadzli Yusof dan Osman Affan. Ada yang sudah menjadi pilihan korporat seperti Mohd Rizal Hassan. Kesemua mereka ini menjadikan saya terlampau kecil dalam dunia motivasi.

Namun ia berubah apabila saya juga mengubah cara saya berfikir. Saya mengatakan pada diri saya, saya ada apa yang mereka tidak ada. Keunikan pada diri saya, gaya saya, kejayaan saya dan kelebihan saya tidak ada pada orang lain. Maka saya perlu BERUBAH! Memilih untuk BERUBAH.

Saya langsung bertekad untuk membangunkan modul latihan pembangunan potensi diri saya sendiri. Sebelum ini saya dikenali sebagai jurulatih bidang penulisan. Ini atas kredibiliti saya sebagai seorang penerbit dan penulis buku. Saya sudah mengendalikan lebih daripada 200 bengkel penulisan seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Dunia motivasi dan pembangunan diri adalah dunia yang amat baru.

Alhamdulillah selepas beberapa lama, saya berjaya membangunkan modul Re-Code! Transformasi Insan Super. Tak cukup dengan itu saya juga belajar mendalami DiSC, satu kaedah memprofil manusia mengikut tingkah laku. Alhamdulillah saya ditauliahkan menjadi penganalisa Profil DiSC oleh Hann Consulting Asia. Ia ‘disuntik’ ke dalam program Re-Code saya.

Pada ketika itu saya berfikir pula siapalah yang berminat untuk mengambil saya menjadi jurulatih pembangunan diri mereka. LAYAKkah aku?

Saya ubah cara berfikir itu dan terus membuat promosi. Turun bertemu dengan pelanggan yang menjadi prospek saya. Berinteraksi, mengirimkan dan membentang proposal. Alhamdulillah, saya dipilih untuk mengendalikan 51 program Re-Code DiSC di seluruh Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia. Itu tidak termasuk dengan program-program penulisan di tempat yang tidak pernah saya kendalikan seperti di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Kota Kinabalu, Sabah. Program penuh hingga ke Disember 2011. Ini menyebabkan saya perlu memohon cuti tanpa gaji daripada PTS untuk memenuhi undangan program ini.

Semua itu dengan menukar cara berfikir. Apabila kita menukar cara berfikir maka kita akan menaikkan KELAYAKAN kita dalam apa yang kita fikir. LAYAK hanya akan datang apabila kita berfikir kita layak. LAYAK untuk kaya, LAYAK untuk memperoleh jodoh, LAYAK untuk bahagia, LAYAK untuk hebat

Tukar cara berfikir sekarang, InsyaAllah kita akan mengubah hidup kita dan yakin percayalah kita LAYAK untuk berjaya. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Hasil daripada saya menukar cara berfikir untuk LAYAK berjaya dalam bidang motivasi. Jadual program penuh hingga Disember 2011

.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *