Tip Re-Code 28 September 2011: Tomakninah! Pecahkan Pola Untuk Mengubah Negatif Kepada Positif

Sebuah pasukan bola sepak terkenal dunia memastikan semua pemainnya berada dalam keadaan fizikal yang optimum untuk menghadapi perlawanan-perlawanan penting dengan pasukan lawan. Latihan demi latihan dilakukan setiap hari bagi memastikan stamina tidak menurun dan minda pemainnya sentiasa fokus.

Namun begitu pada setiap kali sebelum perlawanan penting para pemainnya diberikan ruang bercuti 4 hari ke 5 hari sebelum pertandingan penting untuk berehat dan melapangkan minda. Kadangkala mereka di bawa melancong terlebih dahulu dengan suasana meriah dan ceria. Terlepas daripada stress di padang bola. Mengapakah pengurus mereka melakukan begitu? Tidakkah nanti para pemainnya akan kehilangan rentak dan fokus untuk perlawanan nanti?

Inilah yang dikatakan memecahkan pola. Jika si pengurus berterusan menyuruh para pemainnya untuk berlatih-berlatih dan terus berlatih. Ini akan menimbulkan stress yang tinggi. Stress minda dan fizikal. Ia akan turun ke hati dan menjejaskan perasaan setiap pemain. Apabila berlaku begitu akan wujud getaran-getaran negatif yang berterusan.

Berdasarkan Hukum Tarikan:

Hukum Tarikan akan bertindak balas dengan apa saja jenis getaran sama ada negatif dan positif. Tindak balas yang diberikan akan digandakan.

Jadi apa yang dilakukan oleh pengurus itu adalah memecahkan pola getaran negatif itu. Dalam Islam ini yang dikatakan sebagai Tomakninah.

Konsep Tomakninah ini kita boleh temui dalam solat. Bagi setiap pergerakan yang kita lakukan dalam solat diselang selikan dengan Tomakninah. Tujuan Tomakninah adalah untuk kita sedar akan setiap perlakuan. Apa yang kita baca, apa yang kita akan lakukan seterusnya, ingat kepada Allah. Semua ini penting untuk menjaga kekhusyukan dalam solat. Menambahkan keakraban kita dengan Allah.

Setiap individu ada perkara yang mereka kejar dalam gerak kerja harian. Kadangkala disebabkan kita terlampau fokus dalam kerja itu, kita tersekat dalam satu pola yang berterusan. Tidak kira ia sebuah pola yang mengeluarkan getaran positif ataupun negatif. Untuk memecahkan pola-pola negatif seseorang itu perlu Tomakninah, berhenti sejenak untuk berfikir.

Kesatuan lebih terlihat apabila semua individu mengubah pola negatif mereka

Ini dimantapkan lagi dengan nasihat Nabi Muhammad yang mana mengatakan bahawa apabila kita marah dalam keadaan duduk, kita disuruh berdiri. Apabila marah dalam keadaan berhenti, berjalan. Kesemua ini adalah untuk mengganggu pola itu.

Tomakninah, berhenti sebentar. InsyaAllah kita mampu meRe-Code minda kita bagi mengalihkan apa yang negatif kepada positif. Bacalah dengan nama Tuhanmu..

2 Comments

  1. Sugel on 02/10/2011 at 5:35 AM

    Tapi ICT juga menjadi tantangan sekali bagi bangsa Indonesia karena ICT juga mempunya nilai positif dan negatifnya semua tergantung dari diri manusia masing-masing terkadang ICT hanya digunakan untuk nilai negatifnya saja contohnya seperti video porno ataupun hal-hal yang tidak bermopral sehingga ICT digunakan terhadap hal-hal yang tidak benar oleh karena itu ICT tidak bisa dinilai dari sisi positifnya saja tetapi ICT juga menjadi tantangan bagi kita dari sisi negatif juga. kita harus bisa memilah dan memilih positif dan negatifnya bagi kehidupan kita.

    • Fauzul Naim Ishak on 03/10/2011 at 7:16 AM

      Benar sekali apa yang Bapak katakan. Setiap satu perkara di dunia ada yang positif dan negatif. Ia bergantung kepada PILIHAN yang dibuat penggunanya. Apabila kita memilih menjadikannya positif, yang negatif dahulunya akan kelihatan positif. Begitu juga sebaliknya. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Leave a Comment