Tip Re-Code 25 November 2011: Mati Motivasi Terhebat

Lama saya tidak mengemaskini laman web ini, atas beberapa “bangau” yang menyebabkan saya tidak berkesempatan melakukannya. Alhmdulillah kehidupan berjalan sepertimana diharapkan. Perancangan-perancangan yang diatur di syarikat saya FINE Academy, perancangan keluarga dan perancangan hidup berada berjalan lancar.

Apabila mengkaji mengenai hidup, kita akan mula mengenal erti mati. Betapa bahagianya kita berada di dalam dunia kehidupan ini. Namun sebenarnya ia adalah sementara. Yang lebih kekal adalah dunia kematian. Ia abadi hingga selama-lamanya. Apa yang kita buat semasa hidup tidak lama berada bersama kita. Wang kita, kereta kita, harta kita, anak isteri kita dan kerjaya kita hanyalah pinjaman sementara. Satu masa nanti pemiliknya mengambil kesemua ini daripada kita sama ada kita mahu ataupun tidak. Yang lebih abadi adalah segala pelaburan untuk mati. Amal kita, pahala kita, ibadah kita dan segala kebaikan kita itu adalah lebih abadi. Namun yang menariknya sejauh mana kita benar-benar melabur untuk dunia kematian ini? Adakah benar-benar kita bersedia untuk ke sana?

Ada yang mungkin melabur untuk menjadikannya sebuah ‘percutian’ hebat. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dan niat kerana Allah. Apabila mereka berbuat begitu ia adalah ibadah. Kerjanya ikhlas, efektif dan efisien. Segalanya adalah yang terbaik kerana bukan hanya memikirkan hasilnya di dunia tetapi memikirkan redha dan barakah kepada rezeki yang diperoleh. Persekitarannya dijaga sepertimana mereka menyayangi diri mereka. Sudah tentu segala disuruh Allah itu dibuat dan mana dilarang ditegah.

Ada yang melabur untuk menjadikannya persediaan memenjarakan diri di akhirat. Mereka meletakkan diri ke dalam kandang pesalah. Bersedia menerima hukuman berat di padang mahsyar kelak. Bekerja ala kadar, hubungan sesama insan tidak dijaga. Maksiat dan bukan seperti sama sahaja. Hidup di dunia adalah sementara, kata mereka. Jadi perlulah enjoy. Di tempat kerja pun sama. Tidak ada rasa ikhlas untuk membangunkan organisasi. Alasannya sekadar makan gaji.

Walaubagaimanapun sama ada kita bersedia ataupun tidak, ia akan tiba. Mati itu adalah suatu yang pasti. Mendiang Steve Jobs pernah berkata dalam satu ucapan beliau

No one wants to die. Even people who want to go to heaven don’t want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very likely the single best invention of Life. It is Life’s change agent. It clears out the old to make way for the new. Right now the new is you, but someday not too long from now, you will gradually become the old and be cleared away.

Sorry to be so dramatic, but it is quite true. Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma — which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of others’ opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”

Kata-kata seorang manusia hebat ini patut kita hayati bersama. Dalam hidup, apabila kita menghayati mati sebenarnya kita akan lebih kenal erti hidup. Kadangkala kita ini sebenarnya ada potensi yang maha hebat. Namun disebabkan kita hanya berfikir untuk menjadi biasa-biasa, maka ia terpendam di dalam diri sahaja. Apabila kita berfikir kita ini akan mati. Maka kita berfikir “nothing to loose“. Maka kita tidak ada rasa curiga untuk bergerak ke depan kerana di dunia sementara. Gagal dan berjaya adalah proses pembelajaran, yang mana tuaian sebenar adalah alam akhirat.

Tidak perlu kita menjadi orang lain hanya kerana kita mahu menjadi seorang yang dianggap popular. Kita adalah kita, tidak mungkin menjadi orang lain. Serlahkanlah kehebatan, kerana kita semua insan terpilih. Sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan dengan segala potensi yang ada pada diri kita. Sempadannya hanya minda dan hati.

Bacalah dengan nama Tuhanmu..

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *