Tahukah Anda? Bagaimana Tabiat Terbentuk?

Ramai menyebut kita perlu membentuk dan membina tabiat positif setiap hari dan membuang tabiat lama yang buruk.

Persoalan, bagaimana tabiat terbentuk?

Tabiat adalah satu proses tersusun yang berlaku dalam hidup kita.

Ia meliputi 3 langkah

PERTAMA: PEMULA

Setiap satu tabiat sama ada baik mahupun buruk. Kita ambil satu contoh yang ekstrim. Tabiat merokok.
Selalunya ia bermula daripada zaman remaja di mana disebabkan oleh pengaruh kawan, sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah malahan mungkin di zaman pekerjaan.
Apabila bertemu kawan, kita diperkenalkan apa namanya rokok.

Inilah PEMULA

KEDUA: RUTIN

Apabila sudah bertemu kawan berulang kali, di setiap pertemuan kawan kita menyuakan kita rokok, kita pun setiap kali jumpa kawan kita merokok.
Ini namanya RUTIN

KETIGA: FAEDAH

Apabila sudah bertemu rakan kita merokok berulang kali kita merasa sedap juga merokok ini, dan ia menjadi satu FAEDAH buat kita. Dan lebih menarik, apabila merokok kita mudah mendapat kawan.
Pergi ke satu sudut, pegang rokok. Nampak orang lain juga pegang rokok dan kita pun meminta bantuan untuk menyucuh rokok kita. Terus kita jadi kawan dengannya.
Ini namanya FAEDAH.

Jadi apabila sudah lengkap kitaran 3 langkah ini, ia menjadi TABIAT buat kita.

Fikirkan, ada ataupun tidak TABIAT yang kita ada sekarang, sama ada melatah, menguap apabila dalam kelas, berhenti beli ‘jajan’ di stesen minyak apabila melaluinya di lebuhraya. Semua itu melibatkan 3 langkah ini.

Leave a Comment