Fauzul Naim Ishak » editor

KEKOSONGAN JAWATAN : Editor Freelance
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi freelance di PTS.

Skop Tugas:

Menyunting manuskrip.

Menyusun atur huruf (layout).

Calon-calon yang berminat perlulah mempunyai kriteria seperti berikut:

Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang.

Mempunyai peralatan komputer sendiri serta mahir menggunakannya.

Mempunyai kemudahan akses internet dan aktif menggunakannya.

Minat membaca, menulis dan membuat kajian.

Sanggup menghadiri latihan di PTS dalam tempoh yang ditetapkan.

Mampu bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman menggunakan perisian InDesign, Photoshop dan Illustrator.

Sekiranya berminat, sila e-melkan resume kepada Puan Nurulhilyati Abdul Halim di nurul@pts.com.my.

Apabila Editor Dianggap Robot
Hari-hari 2008 berlalu dengan begitu cepat sekali. Sekarang sudah bulan Julai, melepasi separuh tahun 2008. Adakah azam yang berdegar-degar digagaskan pada awal tahun sudah terlaksana separuh ataupun mungkin suku? Ataupun tiada langsung?

Alhamdulillah tahun 2008 ini adalah tahun yang cukup menarik bagi saya. Dari awal tahun sibuk dengan produksi buku menghadapi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL 2008), menjadi S/U JK Publisiti PBAKL 2008, menerbitkan novel pertama PTS yang menjadi top 10 MPH, menjadi Pengerusi JK Publisiti dan Promosi Pesta Buku Selangor 2008 dan beberapa hari lepas mendapat panggilan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia mengkhabarkan saya dipilih mereka menjadi salah seorang penggerak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Ditambah dengan jemputan ceramah yang semakin mencurah-curah, Alhamdulillah rezeki Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.

Pagi tadi saya berbicara dengan salah seorang editor di Kumpulan PTS. Beliau menceritakan karenah seorang pengarang yang bagi saya melayan editor ini seumpama robot yang tidak mempunyai perasaan. Si pengarang seringkali menelefon editor ini meminta karyanya diterbitkan secepat mungkin.

Jadual Penerbitan

Di sini saya ingin bercerita bahawa jadual penerbitan 2008 diatur seawal disember 2007. Setiap bulan para pengurus dan editor meneliti kesesuaian setiap buku yang ingin diterbitkan dengan masa terbitan. Buku disusun mengikut berdasarkan musim buku yang sesuai. Ada sesetengah buku jadual penerbitan yang sesuai dengannya adalah pada bulan Mac, ada bulan April, ada bulan Disember dan sebagainya. ia melihat kepada suasana dan acara.

Sebagai contoh buku-buku dedikasi guru sesuai diterbitkan pada bulan Mei bersesuaian dengan hari guru. Buku agama pada bulan Ramadhan, buku memasak dan perhiasan pengantin waktu cuti sekolah dan begitulah seterusnya.

Ada sesetengah manuskrip yang dihantar pada bulan Januari, mungkin hanya diterbitkan pada bulan Disember. Ada juga manuskrip yang dihantar pada bulan Februari, bulan Mac sudah ada dalam pasaran. Semuanya ada perkiraannya.

Berbalik kepada editor tadi, si editor sudah menyiapkan pruf penulis dan dikirimkan kepada pengarang bagi membuat pruf. Selepas beberapa hari, pruf tersebut masih belum dipulangkan kembali. Si editor tadi pun menelefon pengarang itu bagi membuat pertanyaan dan maklum balas mengenai pruf itu. Si pengarang dengan nada yang cukup menyakitkan hati berkata

“Saya sibuk dengan pelbagai program sekarang, tak sempat hendak membuat pruf. Alaaa! Kalau saya buat pruf dan kirimkan balik kepada awak, 6 bulan lagi belum tentu boleh diterbitkan. Betul tak?”

Si pengarang ini sudah mempunyai buku yang sudah terbit di PTS. Tentu beliau faham bahawa apabila pruf dibuat, itu adalah fasa terakhir sebelum buku itu dihantar bagi dicetak dan terbit dalam pasaran. Selalunya selepas pruf dikirimkan kembali, editor membuat pembetulan dan terus menyiapkan proses pra cetak. Seterusnya ia dikirimkan ke pencetak bagi dicetak. Tidak perlu tunggu 6 bulan, dalam masa kurang dari 3 minggu ia siap.

Para pengarang (segelintir) seringkali melihat penerbit ini umpama mesin dan robot. Apabila manuskrip dihantar, pengarang mengharapkan ia terus disiapkan. Realitinya bukan begitu, individu dianggap mesin dan robot ini sebenarnya adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Mereka tahu rasa letih, kecewa, penat dan sebagainya. Saya yakin dan percaya bahawa para editor berusaha sedaya upaya memberikan khidmat terbaik kepada pengarang. Ada yang kadangkala berbulan bermatahari berbintang menyiapkan dengan penuh komitmen manuskrip pengarang. Apabila siap dan boleh dijual, editor sudah tidak dipandang. Apabila buku jadi bestseller, semuanya atas usaha mereka tanpa melihat tungkus lumus editor.

Hubungan Baik

Hubungan baik antara penulis dan editor adalah hubungan simbiotik yang penuh erat. Apabila si editor diberikan penghargaan yang baik, insyaAllah buku pengarang pasti baik. Berbeza dengan editor yang diherdik pengarang, lagi beratlah beliau hendak membantu menjadikan karya pengarang tersebut jadi baik. Editor bukan mahukan wang ringgit ataupun hadiah. Mereka ini cukup sekadar mendapat penghargaan dengan mendapat maklum balas yang bersopan dan tenang dari pengarang. Lebih seronok beliau bekerja dengan pengarang, lebih baik hasilnya.

Saya teringat cerita sahabat seuniversiti dan sepersatuan semasa di UM, Faisal Tehrani. Beliau cukup menjaga hubungan baik dengan para editor majalah. Hinggakan sebelum itu para editor majalah tidak layan pun karya beliau. Namun begitu disebabkan berkat kesabaran dan usaha menjaga hubungan baik, para editor majalah sekarang rasa tak selesa tidak menulis mengenai Faisal. Karya Faisal sering dijadikan karya utama dalam majalah mereka. Inilah keajaiban hubungan editor dan pengarang.

Mungkin ada yang mengatakan jangan terlalu emosional dalam hal ini. Bagi saya ia layak untuk diemosikan. Saya tidak mahu sampai satu tahap disebabkan tiada orang menegur, ia memburukkan keadaan di masa hadapan. Maaf jika ada yang terasa. Saya memuji ada sesetengah pakar yang tidak pernah menyusahkan editornya. Si editor apabila mendapat karya pengarang si pakar tersebut berasa amat gembira dan bangga. Mereka menjaga dengan sepenuh hati karya pengarang ini agar karya itu terjamin kualitinya. Apabila hendak dikirimkan kepada pencetak, berulang kali dilihat kembali karya tersebut agar ia tidak wujud kesilapan. Si pakar ini bukan buat apapun, cukup sekadar telefon dan bertanya khabar seminggu sekali.

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.