Fauzul Naim Ishak » ceramah
Model Kerjasama Penerbitan Indonesia-Malaysia
En. Fauzul menjawab pertanyaan di Rapat Umum IKAPI
Pada 28 Oktober 2008 yang lalu saya dijemput oleh Ikatan Penerbit Indonesia IKAPI Cawangan Jakarta bagi menyampaikan ceramah kepada lebih daripada 150 ahli persatuan penerbit terbesar Indonesia itu. Ia bersempena dengan Rapat Umum (Mesyuarat Agong) IKAPI Cawangan Jakarta untuk tahun 2008.
Buat pengetahuan semua, Ikatan Penerbit Indonesia mempunyai seramai 750 ahli terdiri daripada para pengusaha penerbitan buku Indonesia. Dari penerbit yang kecil sehinggalah yang besar seperti Gramedia, Mizan Publishing Group dan Agromedia. IKAPI Cawangan Jakarta mempunyai keahlian seramai 450 penerbit buku dan merupakan cawangan IKAPI terbesar di Indonesia. IKAPI Jakarta adalah cawangan yang menganjurkan 2 pesta buku terbesar iaitu Pesta Buku Islam (bulan Mac setiap tahun) dan Pesta Buku Jakarta (bulan Jun setiap tahun).
Pada hari itu saya berhadapan dengan semua pemilik dan pengusaha syarikat penerbitan Indonesia yang berpusat di Jakarta. Satu ruang yang pada pandangan saya rezeki Tuhan. Sebelum ini ruang yang sebesar ini agak sukar diperoleh oleh mana-mana penerbit dari Malaysia. Bertemu dan berceramah kepada kebanyakan syarikat gergasi penerbitan Indonesia adalah peluang yang jarang. Alhamdulillah saya diberikan peluang itu.
Topik yang diminta dari saya adalah Peta & Peluang Bisnes Perbukuan di Malaysia. Para penerbit di Indonesia ingin mengetahui apakah ruang yang ada untuk mengembangkan sayap bisnes perbukuan mereka di Malaysia. Dalam pembentangan tersebut saya mencadangkan beberapa model bisnes yang boleh digarap di antara penerbit di Indonesia dengan Malaysia.
Bisnes model yang saya cadangkan adalah seperti berikut :
a) Menjual secara terus buku mereka ke Malaysia
Bisnes model ini sudah diamalkan sekian lama. Sudah banyak buku Indonesia yang memasuki pasaran Malaysia secara langsung. Namun begitu berdasarkan pengamatan dan penyelidikan saya, model ini ada cacatnya. Buku-buku Indonesia tidak boleh dijual dengan banyak kerana beberapa faktor.
Buku tersebut ditulis dalam bahasa Indonesia, generasi baru Malaysia agak sukar untuk memahami bahasa Indonesia sebagai medium pembacaan. Mungkin ada yang mengatakan mengapa filem Indonesia boleh laris di sini? Ia berbeza, medium visual dengan pembacaan amat berbeza. Membaca perlu pemahaman lebih berbanding menonton.
Buku Indonesia juga berjenama penerbit Indonesia, sukar buku sebegini memasuki kontrak kerajaan. Di bawah arahan baru, buku-buku terbitan sahaja yang layak untuk dipilih untuk memasuki kontrak kerajaan. Ini satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh buku-buku ini.
Satu lagi yang besar adalah pengaliran wang ke luar negara. Pada pandangan saya, sebolehnya kita di Malaysia mahu pengaliran wang dikurangkan ke luar negara bagi membantu ekonomi Malaysia.
b) Pelesenan karya
Kaedah ini adalah satu kaedah yang sudah diamalkan di syarikat saya PTS Millennia Sdn Bhd. Buku-buku terpilih dalam bahasa Indonesia dipilih. Kemudian ia dibawa masuk ke Malaysia dengan melesenkannya. Dalam kaedah ini, yang dilesen adalah hak cipta versi Indonesia. Ia diterjemah bersesuaian dengan kehendak tempatan iaitu dalam bahasa Melayu. Jenama yang digunakan adalah jenama penerbit Malaysia.
Ini menyebabkan buku lebih mudah dibaca dan dibeli. Pengalaman PTS Millennia, kebanyakan buku yang sebegini laris sepertimana ia karya Malaysia. Alhamdulillah ada beberapa judul yang dipilih untuk pembekalan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Setiap judul dibeli 1089 naskhah. Itu tidak termasuk jualan secara runcit. Kaedah ini adalah yang terbaik.
c) Kerjasama penerbitan dengan penerbit di Malaysia
Model ini adalah model yang terbaru dan setakat pengetahuan saya tidak ramai yang mengamalkannya. PTS sudah memulakan model ini dengan menubuhkan PTS Litera Utama Sdn Bhd hasil kerjasama dengan penerbit dari Indonesia. Ia adalah syarikat kerjasama perkongsian saham.
Kerjasama sebegini amat besar kesannya. Kedua-dua negara mempunyai sumber luas menghasilkan karya berkualiti. Apabila sesuatu topik dikenalpasti berpotensi, syarikat kerjasama ini boleh membuat perolehan manuskrip di kedua-dua negara. Rakyat Indonesia 240 juta dan Malaysia 28 juta. Syarikat ini mempunyai sumber perolehan sebanyak 268 juta orang. Hebat memang hebat.
Alhamdulillah banyak maklum balas positif dari ceramah yang disampaikan. Sesi soal jawab cukup hebat dengan pelbagai soalan dilontarkan kepada saya. Dari persoalan pengedaran hinggalah pulangan dalam bentuk wang. Ada beberapa penerbit sudah memberikan saya kad nama untuk membolehkan mereka membuat temu janji di masa hadapan. Satu kesan positif.
Saya pulang ke Malaysia pada 30 Oktober 2008 dengan sekotak besar buku-buku penerbit Indonesia yang dititipkan mereka. Di bawah saya kongsikan gambar sepanjang program di sana buat tontonan semua.
Adakah Salah Silibus Ataupun Silap Mahasiswa? (Edisi Kemaskini)
[SinglePic not found]Seminggu ini menghadiri jemputan beberapa pihak untuk memberikan input mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku. Saya dijemput oleh beberapa fakulti di institusi pengajian tinggi awam.
Projek Besar Fokus Sekarang
Mungkin sesiapa yang masuk ke laman ini beberapa ketika ini tertanya-tanya apakah yang saya sedang buat sekarang? Sudah lama tidak mengemaskini artikel di sini.
Buat pengetahuan semua, saya bersama pasukan saya bersama-sama membangunkan satu projek yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008 ini (tarikh akhirnya adalah 1 Oktober 2008). Ini adalah projek yang sekarang menjadi keghairahan saya. Tidak dapat digambarkan perasaan pada ketika ini, kadangkala menggeletar tangan, kadangkala meremang bulu roma apabila memikirkan mengenai projek ini.
Ia adalah salah satu daripada perancangan saya dalam 15 tahun dan 3 fasa hidup saya ini. Nantikan kemunculan dan pelancarannya tidak lama lagi.
Mahasiswa Antara Silibus & Industri
Tempoh hari saya berpeluang berinteraksi dan memberikan input di hadapan 51 orang mahasiswa di peringkat diploma dan ijazah di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan (IPTA) di ibu kota Selangor Darul Ehsan. Ia adalah anjuran sekumpulan mahasiswa pengkhususan penerbitan di IPT berkenaan. Namun begitu tidak diperincikan maklumat mengenai setiap yang hadir. Secara maklumat umum yang diperoleh kesemua mahasiswa yang menjadi peserta dalam bengkel saya mempunyai pengetahuan dalam bidang penerbitan.
Saya mengadakan beberapa aktiviti berupa soalan kuiz bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka mengenai dunia penerbitan buku. Apa yang bermain di fikiran saya adalah mereka ini adalah mahasiswa dalam bidang penerbitan tentu  mengetahui sedikit sebanyak perkara mengenai penerbitan. Kuiz ini saya wujudkan dengan menawarkan hadiah kepada sesiapa yang boleh menjawab soalan-soalan saya itu. Hadiah dalam bentuk makanan daripada hamper yang disediakan oleh penganjur dan tambahan cenderamata yang diberikan kepada saya sebagai tanda terima kasih.
Dalam sesi semalam saya mengutarakan beberapa soalan mengenai dunia penerbitan kepada mereka. Apakah mereka terpaksa ataupun memilih untuk memasuki bidang ini? Apakah pandangan mereka mengenai dunia penulisan dan penerbitan? Apakah perbezaan di antara pencetak dan penerbit? Kesemua mereka diberikan 5 helai kertas bagi menjawab persoalan ini. Selepas beberapa minit, saya mengutip semula jawapan tersebut dan menilai setiap satu jawapan diberikan. Apa yang saya peroleh agak mengecewakan. Ada yang menjawab dengan baik tetapi kebanyakannya menyesakkan jiwa.
Satu perkara yang lagi menyesakkan saya apabila saya bertanyakan soalan mengenai apakah itu ISBN dan CIP, dua perkara paling asas dan penting dalam penghasilan sesebuah buku. Tidak ada yang boleh memberikan jawapan tepat kepada soalan tersebut. Ada seorang sahaja yang berani bangun tetapi jawapannya tidak tepat (saya difahamkan selepas artikel ini ditulis bahawa beliau adalah mahasiswa dalam bidang teknikal dan bukan mahasiswa sastera, saya menerima pandangan itu dengan hati terbuka). Saya melihat situasi ini dalam beberapa perspektif , iaitu :
a) Adakah mereka ini benar belajar mengenai penerbitan?
Berdasarkan pemahaman saya kebanyakan daripada mereka ini sudah ada pengkhususan dalam bidang penerbitan. Ada kebarangkalian ada di antara mereka masih belum mempelajari subjek ini kerana ada di antara mereka masih di peringkat diploma di salah sebuah cawangan IPTA tersebut di sebelah selatan. Cuma setakat yang saya periksa di peringkat awal ceramah saya agar mereka yang mengambil diploma mengangkat tangan. Jumlah yang mengangkat tangan hanyalah 10 peratus dan selebihnya saya yakin dan percaya berada di peringkat sarjana muda dari fakulti terbabit di IPTA tersebut. Mungkin juga mereka mahasiswa dalam bidang lain tetapi berminat ataupun dipaksa menghadiri program ini.
b) Adakah mereka ini diberi silibus yang tidak cukup? Ataupun silibus dalam bahagian itu masih lagi tidak disentuh dalam tahun-tahun pengajian mereka ?
Ada kemungkinan mereka ini masih berada di peringkat awal pengajian yang mana silibusnya tidak menyentuh langsung mengenai ISBN dan CIP ini? Namun begitu ada mahasiswa yang berada dalam kumpulan peserta ini pernah mengikuti proses praktikal di syarikat saya. Apabila sudah membuat praktikal, maksudnya ada di antara mereka ini sebenarnya sudah berada di tahun akhir pengajian.
c) Adakah mereka ini sebenarnya generasi mahasiswa yang tidak mempunyai keghairahan dalam bidang penerbitan?
Ini ada kemungkinan kerana semasa pertanyaan kali pertama saya tanyakan adakah mereka dipaksa memasuki bidang itu. Ada yang yang mengaku, tetapi cuma sebahagian sahaja. Mahasiswa yang lain sepatutnya tidak tergolong dalam golongan terpaksa. Mungkin juga mahasiswa kumpulan ini jenis mahasiswa yang tidak hirau apapun. Para pensyarah perlu mengambil tindakan agresif dalam perkara ini.
d) Mungkin mereka ini dipaksa untuk menjawab soalan kuiz saya?
Saya tidak merasakan begitu kerana saya menawarkan hadiah untuk menjawab persoalan tersebut. Bagi soalan-soalan lain mereka berani keluar menjawab, tetapi soalan ini mereka tidak menjawabnya.
Apa Yang Merisaukan Saya ?
Saya risau betul apabila perkara ini terjadi. Jika benarlah mereka ini mahasiswa dalam bidang penerbitan. Apakah ini generasi yang bakal menggantikan para penerbit dalam industri? Sekumpulan mahasiswa harapan dunia penerbitan  buku tetapi perkara-perkara asas pun tidak tahu. Perkara ini pun saya pernah bertanyakan kepada para graduan institusi yang sama, sekarang bekerja di syarikat saya dan ada beberapa mahasiswa membuat praktikal di PTS. Mereka sendiripun tidak tahu dari mana asal usulnya ISBN dan bagaimana hendak memohon CIP. Letih dan memang meletihkan.
Saya tidak tahu salahnya di mana? Adakah pada silibus, tenaga pengajar ataupun mahasiswa itu sendiri? Maaf terlebih dahulu kepada para pensyarah yang mengajar subjek ini. Jika benarlah mereka ini mahasiswa penerbitan maka sesuatu perlu dilakukan. Saya melihat seharusnya mereka ini adalah kumpulan yang sepatutnya menjadi galang ganti para penerbit sekarang. Mereka ini diharapkan dapat mengalihkan teknologi penerbitan dalam kampus kepada industri tetapi perkara-perkara sebegini tidak tahu.
Siapakah Pengganti Kami?
Industri dan teknologi penerbitan di Malaysia semakin berkembang pesat. Jualan buku meningkat dengan kadar yang cukup baik dalam masa beberapa tahun ini. Namun begitu golongan pelapis yang sedia ada masih terkebelakang dari sudut pengetahuannya. Ini saya tidak bertanya perkara berkaitan gaya penerbitan yang dipelajari, siapakah penerbit yang diketahui, genre mengikut fokus bidang dan sebagainya. Dua perkara asas pun tidak tahu.
Ia umpama seorang mahasiswa kejuruteraan letrik yang tidak tahu apakah sebenarnya itu letrik. Tidak tahu bagaimana wujudnya litar letrik dan mana asal usulnya. Saya amat berharap pihak yang berwajib dalam perkara ini mengambil tindakan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Jika perlukan orang industri untuk memberikan input, pihak saya amat bersedia untuk membantu. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan generasi ini tidak menjadi orang yang sama saja dengan orang lain apabila memasuki dunia penerbitan, belajar dari sifar.
NOTA : Saya mengemaskini artikel ini selepas mendapat maklum balas daripada mereka yang berkenaan dan para sahabat dalam industri penerbitan. Artikel ini bukanlah sebagai satu kaedah menjatuhkan sesiapa. Ia adalah pandangan peribadi saya sebagai pemerhati dan pengamal penerbitan. Saya agak emosi apabila bercakap apa saja mengenai penerbitan buku kerana ia sudah menjadi darah daging saya selama 7 tahun dalam industri. Jadi tidak mungkin saya ingin menjatuhkan industri saya sendiri.
Apa yang saya berikan atas dasar tanggungjawab memberikan pandangan. Mungkin ada yang mengatakan perlu memberikan pandangan terus kepada pihak yang berkenaan dan tidak perlu menulis dalam blog. Usaha sebegini pernah dilakukan sebelum ini dalam isu lain tetapi tidak ada yang bertindak. Ini adalah blog peribadi yang saya buat untuk menyatakan apa yang saya fikir dan rasa.
Jika ada yang tidak percaya, saya ada bukti jawapan kepada soalan-soalan lain dalam bentuk tulisan dengan saya. Sesiapa yang membacanya pasti bersetuju dengan pandangan saya ini. Nasihat saya kepada mahasiswa terbabit agar menambahkan lagi ilmu mereka dalam bidang penerbitan. Ini penting agar mereka tidak menjadi generasi terbelakang daripada teknologi. Dunia penerbitan amat dinamik, apabila generasi akan datang dalam bidang penerbitan ini tidak berusaha mengejarnya maka akan tertinggal.
En. Fauzul Berceramah di Fakulti Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Julai 2008
Saya dijemput menjadi penceramah bagi Ceramah Penerbitan & Penulisan Buku di Fakulti Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan butiran berikut :
Tarikh : 30 Julai 2008
Masa : 10 pagi hingga 11.30 petang
Tempat : Fakulti Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ceramah khusus buat para pensyarah fakulti.
Jurulatih Di Ceramah Hak Cipta, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Jurulatih Akademi Penulis Karya Bestseller merangkap konsultan kanan MQ Human Development bakal mengendalikan ceramah yang bertajuk “Hak Cipta & Hak Penulis” mengikut perincian berikut :
Tarikh : 18 April 2008
Masa : 10 hingga 12 tengah hari
Tempat : Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Jurulatih Menjadi Panelis Forum Hak Cipta, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 Hari Ini
Pada hari ini, pihak Jurulatih Akademi Penulis Karya Bestseller, En Fauzul Na’im Ishak diminta bersama menjadi ahli panel Forum Hak Cipta di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Beliau akan bersama Prof. Dr. Hamedi Adnan menyampaikan perkongsian ilmu mengenai pelesenan hak cipta karya ke luar negara. Acara berlangsung mengikut butiran berikut :
Tarikh : 8 April 2008
Masa : 1 hingga 2 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 2, PWTC