Fauzul Naim Ishak » bestseller

Tip Menjadi Penulis Bestseller 1 : Penyelidikan, Penyelidikan, Penyelidikan
Alhamdulillah, Allah memberikan kita ruang untuk bernafas sehari lagi di dalam dunia ini. Ada ramai orang yang saya temui sepanjang aidilfitri. Ada yang menceritakan kisah sedih, gembira, menghibakan dan ada yang memecahkan perut. Semua ini adalah asam garam kehidupan. Kesemuanya boleh dijadikan bahan penulisan bagi yang berminat.

Tip Penulis Bestseller

Sejak beberapa minggu lalu, saya sering berkongsi tip menjadi penulis bestseller melalui laman facebook saya. Ramai yang memberikan maklum balas baik terhadap tip-tip tersebut. Namun ia agak sukar diteliti semula kerana berada dalam bentuk status facebook. Jadi mulai hari ini saya akan mula mendokumentasikannya ke dalam laman blog saya bagi memudahkan semua orang mengakses kepadanya.

Dari Mana Hendak Bermula

Ramai yang berminat untuk menulis, namun begitu ramai yang tidak tahu hendak bermula di mana. Adakah perlu mula daripada pangkal ataupun hujung? Daripada mencari laptop, mencari buku rujukan ataupun daripada mencari penerbit?

Tidak kira daripada mana kita semua bermula, ia adalah betul dan benar untuk diri kita. Tidak boleh meniru cara orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Pilih mana yang menjadi fitrah kita.

Penyelidikan, penyelidikan, penyelidikan

Penyelidikan adalah perkara yang paling penting dalam memulakan penulisan. Ia boleh dimulakan dengan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber utama. Antara yang paling mudah adalah kedai buku.

Di kedai buku besar Malaysia kita boleh lihat senaraian buku terlaris mengikut minggu, bulan dan mengikut tahun. Daripada senaraian ini kita boleh mendapat maklumat mengenai trend pembaca, buku terlaris mengikut bidang pilihan kita dan andaian terlaris masa hadapan.

Berkawan dengan pengarang lain juga menggalakkan perbincangan penulisan yang baik

Selain daripada kedai buku kita boleh memperoleh senaraian ini daripada laman-laman web berkaitan buku. Samaada ia adalah kedai buku online ataupun blog ulasan buku.

Saya sering merujuk kepada beberapa senaraian untuk melihat perkembangan semasa dunia buku. Antaranya adalah Amazon.com, New York Times Bestseller, MPHOnline, Popular Online dan Barnes & Nobles.

Senaraian ini memberikan info kepada saya untuk melihat gelagat membaca semasa dunia. Adakah senaraian ini menggambarkan trend di Malaysia? Mungkin ya mungkin tidak. Namun apa yang boleh saya katakan. Senaraian antarabangsa memberikan gambaran buku terlaris Malaysia. Mengapa? Malaysia boleh dikatakan agak terkebelakang dari sudut trend pembacaan berbanding trend dunia.

Pernah saya bertanya dengan penerbit Indonesia mengenai trend. Satu masa dahulu Malaysia dibumbui dengan buku-buku berbentuk novel cinta. Perkara ini pernah saya nyatakan kepada penerbit Indonesia. Jawapannya,

Ya Pak, di Indonesia karya roman ini sudah menjadi trend di sini 10 tahun yang lalu.

Ia menggambarkan pada ketika saya bercerita mengenai novel cinta, Indonesia sudah melepasi era itu 10 tahun yang lepas. Ini baru Indonesia, jiran terdekat kita. Tambahlah trend antarabangsa lain.

Kaji Karya Orang Lain

Saya sering berulang alik Malaysia-Indonesia. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan ke Jakarta untuk beberapa tujuan bisnes. Apa yang saya buat di sana? Selain daripada negosiasi bisnes, saya sering melihat dan mengkaji kaedah penulisan pengarang sana. Terutamanya yang dikategorikan sebagai bestseller.

Melihat perspektif, gaya persembahan, gaya bahasa, bumbu-bumbu penulisan, pendekatan-pendekatan dan pelbagai lagi. Melihat karya orang bukan untuk meniru, kita mengadaptasi yang sesuai dengan kita. Kita boleh menyelidik formula yang digunakan dalam penulisan dan diaplikasikan ke dalam penulisan kita.

Soalan daripada FaceBook

Ada satu soalan daripada FaceBook saya yang ingin dikongsikan di sini.

Ada seorg penulis motivator dalam halaman sesawangnya mengatakan setiap bukunya terjual antara 50,000 – 150,000 naskhah. Haruskah buku-buku itu kita kaji tuan?

Jawapan yang saya berikan

Tuan , apabila disebut sebagai bestseller. Kita perlu ambil beberapa pandangan.

Pandangan kedai buku – Lihat senarai bestseller minggu dan bulanan. Saya sarankan ke megastore buku sepertimana MPH Mid Valley, MPH One Utama dan Kinokuniya. Apa yang terpapar di senarai itu menunjukkan jualan dalam kedai. Senarai bestseller ini harus dikaji kerana ia menunjukkan trend pembaca.

Pandangan orang ramai – Mungkin susah untuk membuat kaji selidik langsung kepada pembaca. Cara mudah telitikan laman-laman blog yang sering mengulas buku. Selalunya pandangan mereka ini telus. Apabila mereka mengulas pasti ada sesuatu yang menarik berkenaan buku ini.… Baca Seterusnya

Pandangan penerbit- Ini barulah apa yang dikatakan oleh pihak Tuan tadi. Mungkin ia benar, mungkin sekadar spekulasi dan mungkin sekadar gimik. Namun begitu tidak rugi kita mengkajinya.

Pandangan global – Buku-buku yang menjadi bestseller di luar negara terutamanya di Amazon, New York Times Bestseller dan beberapa senaraian dunia yang lain harus diteliti oleh pengarang.

Pandangan lain – pengarang boleh berkreatif mencari sumber lain.

Saya Memilih Untuk Menulis – Azizi Ali
Lama juga saya tidak mengemaskini laman web tercinta ini. Bukan kerana terlupa, bukan kerana malas, bukan kerana letih. Ia sukar hendak diceritakan. Apa yang boleh saya katakan, ada perkara besar yang akan berlaku. Ia sudah mula dikerjakan dan dalam perjalanan menuju ke matlamatnya. Apa yang boleh saya katakan 10 Oktober adalah satu tarikh yang saya boleh umumkan apa yang saya lakukan sekarang ini.

Bagi yang tidak mahu terlepas, boleh daftarkan diri di ruangan newsletter MentorPenulis.Com dan dapatkan 5P : Formula Penulis Bestseller di sebelah kanan laman web. Mudah sahaja, masukkan Nama Anda, E-mel Anda dan No. Telefon Bimbit. Pasti maklumat terkini menjadi milik Anda.

Tempoh hari saya mendapat peluang duduk bersama salah seorang penulis bestseller Malaysia dalam bidang kewangan peribadi. Beliau adalah antara orang Melayu pertama yang memasuki ruang penulisan subjek ini. Disebabkan itu beliau jugalah antara individu Melayu yang masyarakat Cina dengar cakapnya dalam bidang ini.

Buku pertamanya Millionaires From Jupiter menjadi bestseller sehingga terjual beratus ribu (berdasarkan maklumat yang diperoleh). Buku ini juga lah yang beliau kata adalah buku tulisan beliau yang paling berjaya. Individu yang saya maksudkan adalah saudara Azizi Ali.

Sebut sahaja nama beliau tentu semua terdetik dan tahu siapa dia. Seorang juruterbang yang masih terbang, seorang perunding motivasi kewangan peribadi, seorang penulis prolifik dan seorang penerbit buku. Truewealth Sdn Bhd adalah syarikat penerbitan yang menerbitkan karya-karya tulisan beliau sendiri, Irfan Khairi, Irwan Dahnil dan beberapa nama besar yang lain.

Banyak perkara yang dibincangkan. Beliau amat tidak lokek bercerita mengenai rahsia kejayaan beliau dalam bidang penulisan. Input beliau ini juga adalah salah satu ramuan dalam projek besar saya itu. Nantikan kehadirannya 10 Oktober 2008.

Walauapapun saya ingin kongsikan satu tip menarik daripada beliau. Saya bertanya bagaimanakah beliau membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan penulisan sehingga boleh menulis banyak buku dalam masa singkat.

Beliau mengatakan bahawa semua ini adalah pilihannya. Apabila memilih beliau tidak sepatutnya merasakan tiada masa. Pilihan terletak di tangan kita. Apabila kita memilih untuk membuat sesuatu perkara, ia tentu adalah perkara yang menyeronokkan kita. Jadi tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dibuat.

Nasihat beliau kepada penulis lain, buat pilihan untuk menulis. Kehidupan sebagai penulisa adalah suatu kehidupan yang penuh keistimewaan. Pengarang dipandang tinggi oleh masyarakat. Apabila kita membantu orang ke arah kebaikan, kita sendiri berasa puas.

Tidak cukup dengan maklumat ini? Nantikan kesemua tip lain dalam projek saya. Di bawah saya kongsikan koleksi gambar bersama Azizi Ali. Yang lebih menarik ia menggunakan kamera digital SLR baru saya. Dibeli untuk keghairahan hidup yang baru.

Bersama Azizi Ali

Salah Laluan Ataupun Salah Produk?
Sepanjang PBAKL 2008, antara isu yang paling hangat diperkatakan di kalangan pempamer adalah nasib pempamer di Dewan Tun Razak 2. Setiap hari sejak bermulanya PBAKL 2008, ada sahaja keluhan para pempamer di sana yang mengatakan dewan agak lengang berbanding dengan ruang pameran yang lain seperti di Dewan Tun Razak 3, 4 dan Ruang Legar Putra PWTC.

Isu ini hingga membawa kepada keluarnya satu petisyen daripada para pempamer TR2 kepada pihak JK pengelola PBAKL. Ada juga pempamer dari TR2 menyerang para JK tertinggi pengelola PBAKL. Semua ini berlaku di hadapan mata saya sendiri. Pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar dikeluarkan oleh mereka.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah ramai pengunjung tidak mahu ke sana kerana keletihan apabila sudah memasuki TR3, TR4 dan Legar Putra. Namun begitu peliknya, ia tidak berlaku kepada PTS. Jualan di gerai PTS walaupun berada di TR2 amat baik. Catatan hari biasa (tidak cuti) boleh mencecah jualan RM10 ribu ke RM20 ribu sehari. Catatan paling tinggi adalah pada hujung minggu hingga melebihi RM70 ribu. Gerai PTS tidak pernah lengang ada sahaja pengunjung yang mengerumuni buku-buku terbitannya.

Saya yang berada di kaunter sekretariat PBAKL 2008 (saya adalah JK pengelola PBAKL 2008) seringkali mendapat pertanyaan di manakah gerai PTS? Ruang mana? Kami memang mencari PTS dan banyak lagi pertnyataan lain.

Benarkah isu laluan? Ataupun isu produk? Berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, ada beberapa faktor yang membawa kepada jawapan persoalan ini. Saya boleh simpulkan faktor utama menyumbang kepada perkara ini adalah :

a) Masalah Laluan

Ini tidak boleh dinafikan, kedudukan TR2 yang berada di seberang sungai agak jauh kepada pengunjung biasa. Saya definisikan pengunjung biasa sebagai pengunjung yang datang untuk melihat-lihat atau dalam istilah biasa membeli belah jendela (window shopping, ini terjemahan biasa saya jumpa dalam buku-buku terjemahan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk menterjemahkan buku dari luar. Antara terjemahan yang menggelakkan saya beberapa hari adalah cash cow diterjemah kepada lembu tunai).

Ini boleh dilihat apabila pihak saya perlu mengendalikan pertukaran aliran laluan daripada mula daripada TR3 kepada TR2. Banyak rungutan dan keluhan didengari. Duta-duta PBAKL yang  berada di bawah arahan saya sering dimaki pengunjung terutamanya apabila kami memaksa pengunjung ke TR2 terlebih dahulu.

Para pencinta buku tidak mempunyai masalah ini. Mereka lebih teruja dan bersemangat walaupun TR2 ini agak jauh. Berpusu-pusu mereka ini ke sana.

b) Faktor Produk & Jenama

Kajian kes yang saya ambil adalah PTS. Walaupun PTS berada jauh di TR2, para peminat buku tetap ke sana kerana ingin memperoleh produk terbitan PTS. Ini mungkin kerana jenama PTS amat sinonim dengan produk menarik, pelbagai dan memenuhi citarasa pembaca. PTS tidak bermasalah dalam menghadapi situasi ini.

Berbeza dengan para penggerai lain, gerai PTS tidak pernah sunyi daripada kunjungan masyarakat. Gerai-gerai di tepinya sunyi tanpa pengunjung. Ada yang saya dengar jualan hariannya hanya sekitar RM100 sehari sahaja.

Saya berkesempatan bersembang dengan Pak A. Samad Said, Sasterawan Negara & Saudara Helmi Samad, Pengarah Urusan Penerbit Wira Bukit yang menerbitkan karya Pak Samad. Jualan di gerai mereka amat baik. Ada beberapa judul di gerai mereka habis stok. Ini satu perkara yang amat baik walaupun gerai mereka turut berada di TR2.

c) Promosi & Publisiti

Pempamer yang mempunyai usaha untuk mempromosi produk mereka mendapat perhatian yang lebih. Ada pempamer membawa penulis terbaik mereka, selebriti pelaris dan banyak lagi bagi menarik pelanggan dan pengunjung ke gerai mereka. PTS tidak pernah lekang daripada menganjurkan sesi bersama pengarang setiap hari. Para pengarangnya memberikan komitmen sepenuhnya untuk berada di gerai bagi bersama-sama dengan PTS dalam mempromosikan produk buku mereka.

Pak A.Samad Said juga tidak pernah tidak berada di gerai Wira Bukit setiap hari. Ia menjadi tarikan kepada pembeli untuk membeli seterusnya mendapatkan tandantangan beliau.

Para pempamer di TR2 yang mempunyai nilai ini, jualannya lebih baik daripada yang lain.

Satu analisis mudah daripada pemerhati PBAKL 2008. Mungkin lepas ini ada lagi analisis daripada PBAKL 2008.

NOTA : Gambar di atas daripada motivasimindamu.blogspot.com. Foto di bawah adalah koleksi PTS

[Gallery not found]

Saya Menulis Satu Judul Buku Satu Hari
Saya bertemu dengan beberapa orang rakan penerbit dan penulis penulis di Pesta Buku Islam Jakarta 2008 baru-baru ini. Mereka ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai dunia penerbitan mereka di sana. Apabila melihat kepada rangkaian judul dan jumlah buku yang besar, kita dapat menjangkakan bahawa komuniti pengarang di sana adalah jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia. Ada beberapa kelompok pengarang yang bekerjasama bagi memastikan karya-karya terbitan Indonesia berkualiti tinggi. Antara yang boleh disebut adalah Forum Lingkar Pena. Yang menarik lagi di sana wujud agensi-agensi swasta yang ditubuhkan sebagai konsultan kepada para penulis.

Salah satu yang saya baru tahu adalah agensi milik saudara Ali Muakhir, bekas pengurus di Dar Mizan, salah satu anak syarikat Mizan Publishing House. Ali adalah sahabat lama yang pertama kali saya temui beliau pada Pesta Buku Indonesia pada tahun 2004 (cop passport saya yang pertama dari Jakarta pada November 2004). Beliaulah orang yang  menyambut kami pada lawatan pertama kami di sana. Selepas bertemu di Jakarta, kami bertemu lagi di Bandung semasa kami melawat pejabat Mizan Bandung. Hinggalah akhirnya saya mendengar khabar bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan keluar daripada Dar Mizan. Satu kejutan.

Ali Muakhir adalah seorang pengarang dan genius penerbitan buku yang sukar ditemui. Beliau berjaya menghasilkan beberapa konsep buku yang menjadi bestseller di Indonesia. Kesemuanya di bawah terbitan Dar Mizan. Antara siri yang menjadi idaman remaja pada ketika itu adalah siri NOMIK Olin dan Siri NORI (Novel Remaja Islami). Konsep-konsep buku yang cukup menakjubkan.  Satu kerugian kepada Mizan apabila beliau keluar.

Saya bertanya dengan beliau mengapa? Beliau dengan senyum menjawab “Saya sudah capek (letih)”. Dengan tambahan beberapa alasan, saya boleh menanggap sebabnya dan tidak perlulah diceritakan di sini.

Sekarang di bawah agensi miliknya, beliau bekerjasama dengan 12 penerbit Indonesia. Genre kanak-kanak dan remaja adalah kepakarannya. Sekarang beliau juga menulis secara sepenuh masa. Apabila saya bertanya berapa judul yang ditulisnya dalam beberapa lama ini. Beliau berkata

Saya menulis satu judul buku satu hari. Jika buku kanak-kanak boleh sampai 15 judul satu hari.

Hebat! Memang hebat. Jika di Malaysia, beliau ini sudah boleh menandingi pengarang-pengarang prolifik. Boleh kalah En. Jeniri Amir (jangan marah ya En. Jeniri  ) penerima anugerah pengarang Prolifik PNM 2007. Sekarang saudara Ali membantu pengarang-pengarang yang baru agar dapat menghasilkan karya berkualiti. Daripada beliau saya mendapat tahu bahawa beliau jugalah yang banyak membantu Habiburrahman el-Shirazy dalam menghasilkan karya fenomena Ayat-ayat Cinta. Semoga Malaysia dapat menghasilkan penulis sehebat beliau. Amiin!!