Fauzul Naim Ishak » berkreatif

Tip Penulis Bestseller 3 : Berkreatif, Berinovasi & Mencari Peluang
Hari ini hari terakhir saya berpuasa Syawal. InsyaAllah besok saya berhari raya selari dengan rumah terbuka PTS. Tahun ini suasananya agak berbeza. PTS sudah mempunyai pejabat urusan di bangunan sendiri yang bagus dan sempurna. Sudah ada 3 buah dan dalam perancangan hendak menambah sebuah lagi di kawasan yang sama. Pasukan editorial di Wangsa Melawati akan dipindahkan ke bangunan baru ini. InsyaAllah sasarannya November 2009.

Teringat 9 tahun lepas, betapa goyahnya PTS pada ketika itu. Daripada sebuah pejabat yang sempurna di Taman Melawati berpindah ke  Janda Baik. Beroperasi di rumah milik pengerusi Kumpulan PTS. Daripada pekerja melebihi 10 orang, hanya tinggal 4 orang.

Pada ketika itulah saya pun baru memulakan tapak di dalam dunia penerbitan buku. Ayah dan bonda saya berkali-kali bertanya mengenai tekad saya pada ketika itu. Seorang mahasiswa kejuruteraan ingin memasuki dunia yang amat berbeza. Dunia yang bezanya seperti bumi dan langit. Jurutera bermain dengan mesin, penerbit menyelami dunia manusiawi. Memang berbeza.

Namun sekali sudah bertekad dan beriltizam, saya tidak akan berubah. Alhamdulillah selepas 9 tahun ia membuahkan kejayaan. Walaupun ia bukan kejayaan saya seorang, namun saya sudah menjadi sebahagian daripada kejayaan itu. Ia satu kepuasan yang tidak dapat tergambar dengan kata-kata. Cubalah, baru kita semua akan merasainya. Melihat orang memegang buku terbitan PTS di kedai-kedai buku membuat saya tersenyum sendiri.

Dahulu apabila kita menyebut nama PTS, orang bertanya siapa PTS? PTS itu apa? Sekarang para peminat buku, sudah mengenali rapat mengenai PTS. Mereka mengetahui apa yang bestseller dan terlaris. Buku apa yang sedap untuk diratah daripada kulit ke kulit. Pegangan PTS sekian lama membuahkan hasilnya sekarang.

Buat kerja baik InsyaAllah Allah akan membantu

Berkreatif & Berinovasi

Semalam saya baru sahaja ditunjukkan kulit buku terbaru terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.. PTS Litera Utama adalah salah sebuah anak syarikat Kumpulan PTS yang menerbitkan karya-karya fiksyen dewasa yang mana sasaran utamanya kaum wanita. Namun ada juga karyanya dibaca oleh semua golongan.

Sebelum ini (sebelum saya menjadi pengurus besar), PTS Litera Utama hanya menerbitkan karya terjemahan antarabangsa. Saya membesarkan fokusnya selepas menjadi pengurus besar penerbitan Kumpulan PTS. Daripada hanya menerbitkan karya antarabangsa dalam bahasa Melayu kepada menjadi power house PTS dalam dunia fiksyen wanita. Alhamdulillah sekarang produk terbitannya sudah mula dikenali dan produknya semakin hari semakin menarik.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah karya yang diadaptasi oleh Dayang Digital Sdn. Bhd. untuk dijadikan filem. Sebuah naskhah hikayat lama Johor dibawa ke layar perak dan dilancarkan dalam bulan ini. Pada ketika yang sama, naskhah itu diadaptasi oleh Tuan Abdul Latip Talib, pengarang bestseller sejarah Islam PTS. Di bawah ini saya sertakan trailer filem yang bakal dilancarkan pada 22 Oktober 2009.

Di sini jangan pula ada yang salah faham. PTS tidak ada sebarang pelaburan dalam penerbitan filem. Ia adalah sepenuhnya terbitan Dayang Digital. PTS hanya mengambil ruang dan peluang penerbitan filemnya bagi dijadikan salah satu kaedah memperkenalkan novelnya.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/60Rblbd1vq4" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/60Rblbd1vq4"></embed></object>

Pada mesyuarat pengurusan lalu, judul ini dibentangkan oleh Puan Asma Fadila Habib, ketua unit PTS Litera Utama untuk dicadangkan penerbitannya. Dinyatakan beliau bahawa penerbitan buku ini selari dengan penerbitan filemnya. Pada waktu itu saya mencadangkan agar dilakukan kolaborasi erat antara PTS dan penerbit filemnya bagi melakukan satu program pelancaran serentak. Turut dicadangkan agar kulit bukunya diambil daripada poster filem ini.

Atas usaha gigih ketua unit dan ahli pasukannya, idea itu direalisasikan. Kulit bukunya sudah ditunjukkan semalam kepada saya. Saya kongsikan untuk tatapan semua di bawah. Ini salah satu cara pengarang hendak berkreatif dan berinovasi. Mengambil peluang pada waktu ia datang adalah satu keunikan dalam berkarya. Peluang sebegini bukan selalu datang, jika ia datang jangan lepaskannya.

Kulit novel Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang mengambil artworknya daripada poster filem yang bakal ditayangkan bulan ini.

Peluang Pasaran

Catatan tidak rasmi kehadiran pengunjung PBAKL 2009 adalah 1.8 juta orang. Penat selamat beberapa bulan para Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akhirnya terbayar dengan sambutan menggalakkan daripada pencinta buku. Tahun ini adalah tahun ketiga saya terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Pengelola PBAKL dan diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi JK Kecil Publisiti & Promosi PBAKL 2009.

Buat pengetahuan semua, berdasarkan kaji selidik dan maklum balas daripada para penggerai yang menyertai PBAKL 2009. Kebanyakannya memberikan maklum balas yang cukup positif. Masing-masing melaporkan bahawa jumlah pembelian buku meningkat dengan cukup drastik. Di Kumpulan PTS berlaku kenaikan 60% hasil jualan tunai berbanding tahun lepas.

Gelagat pengunjung PBAKL 2009 yang amat 'lapar' buku

Dunia Buku Kalis Gawat

Tahun lepas gerai PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hanya mendapat RM 200 ribu hasil jualan tunai. Tahun ini ia meningkat kepada RM 501 ribu. Ini satu peningkatan yang cukup mengkagumkan. Yang lebih menarik, jualan buku selama 3 bulan pertama ini amat menggalakkan. Pada akhir tahun lepas, dilaporkan keadaan ekonomi Malaysia menjadi agak lambat dan menyusut. Rata-rata industri melaporkan  penurunan jumlah pendapatan dan ada industri seperti industri elektronik terjejas teruk. Banyak kilang terutamanya di kawasan perindustrian utama seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Johor dilaporkan terpaksa mengecilkan saiz pekerjanya. Ini disebabkan oleh tidak mampu menghadapi keadaan gawat yang amat sukar ini.

Gerai PTS yang tak pernah surut pengunjungnya sepanjang PBAKL 2009

Keadaan ini amat membimbangkan industri buku pada ketika itu, banyak pandangan mengatakan bahawa industri buku juga akan merasai keperitannya. Ramai pengusaha buku mengambil tindakan awal dengan juga mengecilkan saiz pekerjanya. Namun begitu di PTS, kami tetap ingin bertahan dan percaya bahawa industri buku boleh bertahan. Alhamdulillah jualan 3 bulan pertama tahun 2009 amat baik. Pihak PTS berjaya mencapai sasaran jualan yang digagaskan untuk suku tahun pertama. Meningkat berbanding tahun lepas.

Ini membuktikan bahawa dunia buku adalah kalis dan mesra gawat. Lagi gawat, lagi ramai membeli buku. Pada pandangan saya ini adalah satu peluang untuk mana-mana individu ataupun organisasi menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku ini. Adakah Anda berani mengambil peluang ini?