Fauzul Naim Ishak » aidilfitri
Apa Selepas Hari Raya?
Alhamdulillah kita sudah menyambut hari kemenangan, hari kurniaan Allah kepada mereka yang berpuasa iaitu hari raya Aidilfitri. Hari yang mungkin membawa kegembiraan kepada kebanyakan orang, namun begitu ia hari kesedihan bagi sesetengah orang.
Bagi yang soleh, Ramadan adalah bulan yang sentiasa dirindui. Dirindui kerana keberkatannya, hikmahnya, rahmatnya. Mereka sentiasa berdoa agar mereka dapat bertemu dengan Ramadan tahun akan datang.
Kita pula bagaimana? Selepas 29 hari berpuasa (tahun ini hanya ada 29 hari dalam bulan Ramadan). Apa selepasnya? Adakah ibadah Ramadan dapat diteruskan untuk bulan selepasnya? Adakah kita sudah mulakan puasa Syawal enam hari?
Bagi saya sebelum, semasa dan selepas Ramadan masih tetap saya. Masih lagi seorang individu yang penuh dengan masa sibuk. Apabila melihat kalendar aktiviti bulan oktober, november dan disember. Saya menggeleng kepala, senyum pun ada. Susah juga mencari ruang kosong dalam hari-hari kalendar ini. Isteri pernah bertanya, “Abang, bilakah kita boleh pergi bercuti tanpa program yang abang perlu sertai?” Saya tersenyum sahaja kepadanya.
Bermulanya hari Isnin buka pejabat, sudah mula sibuk dengan beberapa perkara. Post mortem promosi Ramadan, Aidilfitri dan Merdeka sudah memenuhi jadual. Petang ini ada sesi ribut minda (brainstorming) untuk produksi suku tahun keempat tahun 2009. Semua ketua unit perlu membentangkan program penerbitan mereka hingga hujung tahun dan jangkaan produksi suku tahun pertama 2010.
Saya pula masih menyiapkan laporan penuh post mortem program promosi lalu. Selepas itu mula memenuhi jadual jemputan bengkel penulisan. Sudah ada 5 dalam senarai. Ada beberapa lagi masih dalam proses negosiasi. Alhamdulillah, saya masih menjadi insan yang lebih baik daripada hari sebelumnya. Sibuk maksudnya perkembangan. Orang yang tidak sibuk harus periksa semula diri. Sama ada beliau lebih baik daripada hari sebelumnya.
Semangat Ramadan harus diteruskan, ibadah sebelumnya harus diistiqamahkan ke hadapan. Semangat Badar Al-Kubra perlu dihayati. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua.
Ini adalah artikel pasca Ramadan pertama. Harapnya laman ini tidak usang lagi. Amiin. Di bawah adalah travelog Aidilfitri yang saya buatkan khusus untuk keluarga saya. Kami kodkan keluarga kami sebagai MailJah bersempena gabungan nama Tok Wan dan Maktok. Bagi yang ingin tahu lanjut, layari laman web http://www.mailjah.com
<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/5f7a1hT3DcI" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/5f7a1hT3DcI"></embed></object>
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Lagi dua hari kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Apabila menjelang hari raya. Bandar Bentong jangan cakaplah. Penuh sesak dengan kereta-kereta ke Kelantan khususnya dan pantai timur amnya yang melaluinya. Bentong sebuah bandar transit tumpuan ramai. Namun begitu yang agak pelik, ia kurang membangun sepertimana bandar-bandar transit yang lain. Tak tahulah siapa yang salah. Samada pihak berkuasa tempatan ataupun kerajaan negeri. Walau apapun itulah bandar di mana saya tinggal.
Ramadan tahun ini banyak perkara yang berlaku. Merancang bisnes baru, bisnes baru masuk, buku baru keluar dan yang paling menyedihkan pemergian bapa saudara sepupu kepada emak saya. Beliau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau koma 18 hari. Anak isteri beliau terselamat. Seorang pakar bedah tulang, pernah terlibat dalam beberapa pembedahan penting Malaysia dan dalam proses mendapatkan visa untuk ke United Kingdom menyambung ke peringkat Doktor Falsafah. Tragedi yang cukup malang dan satu kehilangan besar kepada negara dan kehilangan besar kepada keluarga.
Inilah yang saya pesan kepada sesiapa yang ditemui. Jangan sangka kita masih muda, ajal tidak memanggil. Bapa saudara sepupu saya itu baru berusia 37 tahun, apabila melihat usianya dikatakan masih jauh lagi perjalanannya. Namun begitu Allah mempunyai perancangan yang tersendiri.
Saya bagi pihak diri dan keluarga bersempena dengan hari raya Aidilfitri yang hampir tiba ingin menyusun jari sepuluh, memohon maaf kepada semua pengunjung laman web saya ini. Jika ada tersalah silap dalam penulisan saya, harap dapat dimaafkan.
InsyaAllah selepas hari raya ini banyak perkara lagi yang ingin dikongsikan. Satu lagi jangan lupa lawati laman web
www.JanaWangDenganMenulis.Com
Di sana saya sediakan program pembangunan penulis khusus buat Anda semua. Berhati-hati di jalanraya, saya berharap tidak mendapat berita bahawa ada para sahabat yang ‘syahid’ selepas beraya.
Dodol Oh Dodol
Bulan Ramadhan ini amat menyibukkan. Saya sangkakan boleh mengisi ruang Ramadhan dengan banyak perancangan syarikat sahaja. Selalunya temujanji, mesyuarat dan aktiviti lain berkurangan. Namun begitu pada tahun ini ia berbeza. Hari-hari dalam Ramadhan bulan ini berlalu dengan cepat. Ada sahaja perkara yang dibuat. Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang baik. Setiap hari menjadi lebih baik dari hari semalam.
Pejabat PTS sudah pun bercuti, kami buka kembali 6 Oktober 2008. Saya sendiri bercuti sehingga 7 Oktober 2008. Bandar Bentong, sudah mula sesak. Bukan mula, tetapi memang sesak. Semua warga Kuala Lumpur berasal dari Kelantan berpusu-pusu meninggalkan bandaraya menuju kampung halaman. Masing-masing mengambil cuti lebih awal untuk membuat persiapan Aidilfitri.
Saya? Saya baru pulang dari FELDA Lurah Bilut, rumah datuk saudara saya yang tinggal di sana. Buat apa? Kacau dodol. Ini memang sudah menjadi tradisi keluarga kami di Bentong. Sehari ataupun dua hari sebelum raya, berhimpun ramai-ramai sanak saudara terdekat di sini. Program kacau dodol Aidilfitri. Letih memang meletihkan, tetapi memang puas hati. Dodol yang terhasil lebih sedap, lebih lemak dan lebih menyelerakan.
Tidak percaya?
Boleh tatapi gambar langkah demi langkah penghasilan dodol di bawah ini. Ini boleh buku berkenaan kaedah pembuatan dodol
[Gallery not found]
Saya juga sangat teruja untuk melancarkan Program Pembangunan Penulis saya sendiri. Sasaran pelancaran pada 15 Oktober 2008. Gerak kerja sudah hampir selesai. Laman web pun sudah dinaikkan dengan sedikit info. Sesiapa yang berminat bolehlah ke
www.JanaWangDenganMenulis.Com
Ini program yang cukup komprehensif buat para penulis. Lawati dan hayati. Saya hendak berehat sekejap, malam ini semuanya keletihan. Tidak daya hendak memasak. Jadi berbuka di luar beramai-ramai.