TRAINER SUPER: Kursus Train The Trainer | Kursus TOT

Adakah Anda seorang trainer, penceramah, pendakwah ataupun individu yang ingin mengetahui kaedah menyediakan sebuah program menarik dan memberikan impak tinggi kepada para pesertanya? Membentang dan menyampaikan sebuah program yang memberikan kesan positif dan mendalam kepada para pesertanya? Anda Ingin membangunkan sebuah program yang menjadi jenama kepada diri Anda dan setiasa diingati dalam pasaran latihan dan pembangunan kemahiran? Sertai Train The Trainers: Menjadi seorang TRAINER SUPER.

Trainer atau jurulatih bengkel membawa peranan besar dalam memastikan berlaku pengalihan kemahiran, pengalihan teknologi dan pengalihan maklumat daripada dirinya kepada peserta yang berada di dalam programnya. Sebuah program yang baik adalah program yang impak berpanjangan kepada para peserta program.

Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan menjelajahi dan menggunakan pelbagai alat yang digunakan oleh trainer professional dalam program mereka. Alat ini dengan menggabungkan kebolehan dan bakat yang ada pada Anda sebagai seorang trainer dengan Seni & Sains Seorang Fasilitator Pembelajaran (The Art & Science Of Professional Learning Facilitator).

Program pembangunan TRAINER SUPER yang holistik ini akan meliputi 3 bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Trainer/Pembentang (The Presenter)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada pembangunan diri Anda sebagai seorang trainer. Ia meliputi minda, badan dan roh seorang seorang TRAINER SUPER

Bahagian 2: Modul Latihan & Pembentangan (The Presentation)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada bagaimana sesuatu modul yang dibina dapat dipasakkan ke dalam minda peserta program. Ia meliputi pembangunan modul, aktiviti dan permainan dalam program.

Bahagian 3: Penjenamaan & Bisnes Latihan (The Branding & Business of Presenting)

Program yang baik perlu diberikan jenama yang baik bagi memastikan ia mudah dipasarkan kepada para pelanggannya. Pada bahagian ini Anda akan diperkenalkan kaedah penjenamaan, alat-alat pemasaran dan bagaimana untuk memastikan bisnes latihan Anda berjalan sepertimana yang dikehendaki.

Durasi Program

Kursus train the trainer ini dapat dijalankan untuk tempoh 3 hari

Sijil Pengiktirafan

Di bawah sistem latihan ini, para peserta ini akan menerima sijil MASTERY apabila mereka menunjukkan kemahiran dan kepakaran yang dipelajari pada bengkel 3 hari ini. Mereka diminta membenarkan Master Trainer berada dalam bengkel atau kursus kendalian mereka bagi tujuan coaching dan audit.

Sijil MASTERY akan diberikan apabila penilaian dibuat memenuhi standard yag ditetapkan.

trainthetrainerrukuntetangga

trainthetrainerrukuntetangga2

kursustrainersuper

kursustrainersuper2

kursustrainersuper3

Testimonial Peserta Lalu

“Energi trainer yang baik, konsisten dari awal sampai akhir training.”Farah Wahida, Supervisor, PUSPEL

“Lebih banyak permainan dalam pembelajaran.” Siti Dania Bt Amiruddin, Eksekutif, SYABAS

“Semua ilmu yang diberikan. Terima kasih. Panggil, datangkan, gegarkan ilmu & suasana ‘Trainer Super’.”Solihin Bin Saidi, Eksekutif, Customer Svc. Dept. 

”Ia banyak membantu menyakinkan saya untuk membuat persembahan / taklimat kelak. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan amalkan untuk jadi trainer yang baik.”Megat Mohd Wiswan B. Mgt Mazlan, Eksekutif, SYABAS. 

“Kemesraan tenaga pengajar, jujur dalam memberi komen yang membina. Latihan yang mempunyai susunan dan struktur yang sangat baik dan mudah difahami.”Mohamad Faridz bin Mohamad Nasir, Eksekutif, SYABAS.

“Mempunyai modul yang bagus. Banyak aktiviti yang menarik dant tidak membosankan. Penceramah yang pandai berkomunikasi dan pandai menarik perhatian. Banyak praktikal.”- Fartini Hanapi, Eksekutif, SYABAS. 

“Modul yang bagus dengan banyak praktikal.” Farizah Mohd Ikbal, Eksekutif, SYABAS.

“Ceria dan segar.”Zaman, Pengurus, SYABAS. 

“Antara program yang dicari untuk meningkatkan kemahiran diri.”Amirul Azfar bin Adnan, Eksekutif, SYABAS. 

“Memberi saya keyakinan diri dan keberanian untuk maju kehadapan.”Abdul Latip Mustapa, Penolong Pengurus Besar, SYABAS.

“Potensi diri boleh diketahui. Mendapat teguran kearah menjadi trainer yang baik. ‘Superb’.” – Mohammad Nasir bin Ramli, Pengurus, SYABAS.

“Bahan, maklumat yang sangat ilmiah. Penyampaian yang sangat berkesan.”Mohd Rainie bin Ishak, Penolong pengurus, SYABAS.

“Banyak benda penting sebagai pengajar yang dipelajari. En. Fauzul ok.”Muhammad Nazifi Kusnun, Eksekutif kanan, SYABAS.
“Membuatkan saya lebih yakin dan mempelajari something yang baru dalam memberikan latihan.” Ahmad Kamal bin Said @ Ismail, Pengurus, SYABAS – ICT.

“Everything. But I like En. Fauzul most.”Hazlinda Hanafi, Manager, SYABAS.

“Trainer sungguh komited dan bersemangat.”Mohd Shahfid Azam, IT Guy, SYABAS. 

“Overall baik untuk kami. Thank you very much.” Aden Taib, Pen. Pengurus, SYABAS. aden@syabas.com.my

“Padat. Banyak benda baru yang dipelajari. Jadikan saya lebih positif dan confidence. Tajuk dan fasilitator yang menarik dan ilmuan.”- Nur ‘Asyikin Bahrom, Executive, SYABAS

“Ilmu yang baru. Up-to-date. Program yang cemerlang. Menjadikan saya lebih superb berkeyakinan. Memberikan idea-idea yang baru/ bernas yang boleh diaplikasikan.”Norhafiza Shaari, Executive, SYABAS. 

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Leave a Comment