Penulis Super: Strategi Sukses Menulis Buku Bestseller | Kursus Penulisan Buku | Kursus Penulisan Ilmiah

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Bengkel Pemerkasaan Bakat Penulisan dann Memacu Kejayaan Penerbitan Buku adalah bengkel yang wajib disertai oleh Anda apabila Anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini Anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, Anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek Anda yang amat berharga itu. Anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea Anda ke atas kertas. Di samping itu juga Anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Ini adalah program yang wajib hadir jika Anda ataupun organisasi Anda ingin memastikan kejayaan penerbitan buku Anda.

Teori, Praktikal & Berjaya

Di akhir bengkel ini Anda sebegai peserta akan:

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang
  • Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ ?Metode
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu
  • Mendalami setiap proses penerbitan buku daripada suntingan hinggalah ke pasaran
  • Mengetahui apakah rahsia sebuah penerbitan buku berjaya

Bengkel Penulis Super mempersembahkan modul dalam 4 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca.

Fasa 4: Fasa Penerbitan dan Pemasaran Buku

Sebuah organisasi penerbitan yang baik harus mengetahui sistem penghasilan buku daripada mengetahui aspek anatominya, proses editorialnya, proses percetakan hinggalah ke pengedaran. Keseluruhan ini adalah faktor kejayaan penerbitan buku. Di fasa ini para peserta akan didedahkan praktis penerbitan buku terkini yang dapat diaplikasikan di organisasi masing-masing.

Durasi

Kursus penulisan ilmiah ini dapat diadakan mengikut tempoh, 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3-4 hari (advance)

Modul yang Dibentangkan:

  • Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman
  • Modul 2: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda
  • Modul 3: Anatomi Buku
  • Modul 4: Memulakan Langkah Sebagai Seorang Pengarang
  • Modul 5: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun
  • Modul 6: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal
  • Modul 7: Proses Penerbitan Buku
  • Modul 8: Pemasaran Buku

kursuspenulissuper kursuspenulisanilmiahtvet kursuspenulisanilmiahmampu

 

“Memotivasikan saya untuk menulis. Mempermudahkan saya untuk menulis. Ilmu penulisan saya meningkat. Saya akan menulis. Memuaskan”Dr. Rushdan Ibrahim, Pegawai Penyelidik, FRIM

“Penyampaian bersemangat. Tahniah dan syukur. Perkongsian ilmu telus dan sepenuh hati. Terima kasih kepada seisi keluarga Akademi Penulis. 3 hari bersama sungguh indah, semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua. Amin. Peserta membuat ‘post luck’ di akhir kursus untuk menambah kemesraan. Dicadangkan semasa klinik penulisan nanti. Sesama komuniti penulis perlu menjadi seperti adik beradik”Norashikin Muhammad, Pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia
“Pengalaman penceramah selama 11 tahun dijelmakan dalam 3 hari. Mendapat momentum dan senario sebenar untuk menulis buku. Masa ditepati. Buat klinik” Faridah Mohd Ali

“Ianya menyediakan dan memberikan maklumat lengkap tentang dunia penulisan. Ia juga membyka mata tentang betapa dunia penulisan kehausan dan kekurangan pengarang. Lebih masa untuk menyiapkan proposal (pop)”– Rosita Arman Michael, Pensyarah

“Mendedahkan saya proses penulisan yang betul. Sesuai untuk peserta yang tidak pernah ada pengalaman menulis” Norsa’adah

“Dimuatkan dengan teknik-teknik menjana idea, pemasaran dan pengetahuan mengenai hak cipta. Juga dimotivasikan berdasarkan semangat ‘jihad’. Maklumat berdasarkan pengalaman penerbit yang matang dalam bidangnya. Semuanya okay, Alhamdulillah”– Nor Azian Md. Noor, Pensyarah, Institut Pendidikan UIAM, Gombak

“Memberi maklumat dan kemahiran secara realistic iaitu dari penulis kepada penerbit. Didedahkan kepada teknik-teknik yang praktikal.”Dr. Mariam Mohamad, Pensyarah Kanan Perubatan, Fakulti Perubatan, UiTM

“Menghuraikan semua yang perlu diketahui oleh bakal-bakal penulis. Masa suntuk jadi saya rasa tidak perlu di ulang apa yang telah disampaikan. Lebih baik masa itu digunakan untuk masuk tajuk baru” Fatimah Mohamad, Guru, SMJK Pulau Sebang, Melaka

“Menarik minat untuk meneruskan penulisan dan rasa tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada kepada masyarakat. Banyak ilmu yang saya perolehi melalui penulisan, dimana sebelum ini amat kabur mengenai penulisan ini. Tidak sesuai habis terlalu lambat iaitu waktu malam terutama peserta peserta yang ada anak”Nor Azrina Ali, Pegawai Pergigian, Fakulti Pergigian USIM

“Dapat info tentang penulisan dan penerbitan. Bagus!”Azura Ibrahim, Pengurus Najz Enterprise

“Memberi manfaat sebab member info/maklumat, ilmu berguna untuk menulis/menghasilkan buku. Syabas, tahniah dan terima kasih atas usaha yang murni ini, semoga memperoleh ganjaran pahala diakhirat”Hashim bin Mat, Pesara

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *