PENDIDIK SUPER: Strategi Mengajar Efektif Gaya NLP | Kursus Strategi Mengajar | Kursus Teknik Mengajar

Perkara paling asas untuk seseorang pendidik dan pengajar sama ada seorang cikgu, pensyarah mahupun seorang ibu bapa kebolehan bertindak secara jayanya dalam dunia pendidikan penuh mencabar. Pelbagai isu berbangkit sekarang iaitu cabaran tingkah laku, cabaran disiplin dan menangani pelajar bermasalah.

Bagi menangani masalah ini dua pendekatan perlu dilakukan iaitu pertama pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran belajar secara efektif dan kedua para pendidik melengkapkan diri dengan kaedah yang berkesan bagi membantu para pelajarnya. Kegagalan dalam melakukannya akan memberikan kesan jangka masa panjang yang besar kepada pembelajaran dan sudah tentu meningkatkan masalah tingkah laku.

NLP Sebagai Alat Pengajaran Efektif

Neuro Linguistic Programming atau NLP adalah seni dan sains kecemerlangan manusia yang menjadi alat komunikasi digunakan oleh para komunikator terbaik dunia dalam memacu kejayaan organisasi dan meningkatkan produktiviti. Ia menyediakan alat bagi memudahkan kita memahami bagaimana manusia berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran. NLP membawa kita menjelajah dunia minda yang membolehkan kita mengetahui pola fikiran dan bahasa minda yang mengubah tingkah laku individu. Ia juga digunakan oleh para pendidik terbaik di seluruh dunia sebagai alat memperkasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ia adalah alat pengajaran yang praktikal dengan pendekatan, teknik dan strategi yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan ‘hidup’.

Bengkel PENDIDIK SUPER: Strategi Mengajar Efektif Gaya NLP membuka pintu kepada para pendidik bagi mengubah fokus kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Ia memaksimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama ia melengkapkan pendidik bukan sahaja bagi memperkasa strategi pengajaran juga bagi meningkatkan kualiti kehidupan individu dan keluarga. Peserta akan memahami bagaimana NLP menjadi alat berkuasa tinggi dalam mewujudkan perubahan positif.

Program ini menyediakan pelbagai strategi bagi membantu peserta mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik, memperkasa komunikasi, memperbaiki keupayaan memotivasi dan mempengaruhi, mengendalikan situasi diri, menangani tingkah laku mencabar dan banyak lagi.

Pelbagai konsep dan strategi konkrit akan diterangkan, ia meliputi:

  • Memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik dengan individu dan kumpulan pelajar.
  • Komunikasi berkesan menggunakan NLP.
  • Memahami bahasa badan yang berpengaruh dan meningkatkan kredibiliti.
  • Bahasa positif dan berpengaruh.
  • Mengawal dan mengurus keadaan diri dan pelajar.
  • Kaedah meningkatkan motivasi diri dan pelajar.
  • Menggunakan metafora dan cerita sebagai alat berkuasa tinggi dalam pembelajaran.
  • Menangani cabaran tingkah laku.

dan satu MODUL BONUS: LAB Profile: bahasa yang mengubah minda. Ia adalah suatu alat berkuasa tinggi bagi melengkapkan diri pendidik dengan kaedah untuk mengenali pola motivasi dan pola belajar pelajar dengan mengetahui cara berfikir pelajar. Melalui itu pendidik memahami apakah bahasa berpengaruh yang dapat digunakan untuk pola berkaitan.

Pengisian Program

  • Modul 1: Bagaimana Manusia Berfungsi
  • Modul 2: Menjadi Guru Super
  • Modul 3: Perwakilan Dalaman Manusia
  • Modul 4: Membina Hubungan Baik dengan Para Pelajar Gaya NLP
  • Modul 5: Meta Model & Milton Model, Aplikasi dalam Pengajaran
  • Modul 6: Mengenali Motivasi Manusia Belajar
  • Modul 7: Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran Gaya NLP
  • Modul 8: Posisi Kecemerlangan

Durasi Program

Kursus teknik mengajar efektif ini dapat diadakan mengikut tempoh 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3 hari (advance)

kursusgurusuper

kursuspensyarahsuper

kursuspensyarahsuper2

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *