Negosiasi Menang-Menang: Strategi Berunding Gaya Negotiator Super | Kursus Kemahiran Berunding

Kebanyakan orang melihat bahawa dalam sesuatu proses perundingan atau negosiasi pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pada perspektif Negotiator Super ia sebenarnya perkara sebegini tidak wujud. Apa yang sebenarnya berlaku dalam situasi sebegini adalah keadaan kedua-dua pihak menjadi kalah.

Negotiator ataupun jururunding yang efektif adalah individu yang dapat mewujudkan keputusan menang-menang. Mereka memastikan sesiapa sahaja yang terbabit di dalam sesuatu negosiasi didengari dan prosesnya berlangsung atas suatu prinsip dipersetujui bersama.

Negotiator Super beroperasi dengan suatu sistem kepercayaan bahawa sesiapa sahaja yang beredar daripada meja perundingan akan berpuas hati. Mereka percaya ada perkara yang lebih baik berlaku di sebalik meja perundingan.

Negotiator Super adalah sebuah mindset dan boleh juga dikatakan sebagai ‘buah kilas’. Individu selalunya tersekat dalam sesuatu kedudukan yang mana mereka sukar untuk menjadi fleksibel. Program NEGOSIASI MENANG-MENANG: Kemahiran Berunding Gaya Negotiator Super membenarkan sesiapa terbabit di dalam proses negosiasi akan mendapat kepuasan berdasarkan keperluan dan kehendak masing-masing.

Objektif Program

Para peserta akan mempelajari kaedah bagaimana untuk:

  • Mewujudkan cara berfikir menang-menang.
  • Membuang persepsi berkaitan perkara lama yang berbangkit.
  • Mengasingkan individu dengan masalahnya.
  • Mengenal pasti pola negosiasi diri.
  • Mengenal pasti situasi sebenar sesuatu isu secara tersurat dan tersirat.
  • Bersedia untuk berunding secara berkesan dengan sesiapa sahaja.
  • Mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik yang mendalam dan untuk jangka masa panjang.
  • Mendengar dalam keadaan sepertimana orang lain merasakan kita mendengar sepenuhnya.
  • Menangani sesuatu isu dengan efektif walaupun dengan mereka yang suka membuli dan menjengkelkan.
  • Membezakan cara negosiasi lama dan baru.
  • Mewujudkan perjanjian mengenai prinsip daripada awal perundingan.
  • Mengenal pasti kaedah dan taktik menangani konflik.
  • Membangunkan strategi berfikir di luar kotak.
  • Mengendalikan secara berkesan semua aspek kehidupan.

Perincian Modul

  • Modul 1: Menjadi Negotiator Super
  • Modul 2: Membina Hubungan Baik dalam Negosiasi
  • Modul 3: Membina Strategi Dalam Negosiasi
  • Modul 4: Memahami Cara Berfikir Prospek
  • Modul 5: Kriteria untuk Situasi Menang-menang
  • Modul 6: Bahasa Berpengaruh dalam Negosiasi
  • Audit dan praktikal

Durasi Program

Kursus Kemahiran Berunding ini dapat dikendalikan untuk tempoh 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3 hari (advance)

kursusnegosiasmenangmenang

kursusnegosiasmenangmenang2

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Leave a Comment