MENTOR SUPER: Mentoring & Coaching Gaya NLP | Kursus Pementoran

Organisasi yang maju ke hadapan adalah organisasi mempunyai sistem memandu (mentoring) & membimbing (coaching) yang tersusun. Kedua-dua konsep ini perlu diterapkan bagi memastikan keseluruhan sumber tenaga manusia dapat digarap dan digembleng untuk berpadu dalam memacu kejayaan. Kebolehan mentor dan pembimbing (coach) teruji dalam memperkasa perubahan dalam organisasi. Apabila sesebuah organisasi mahu berubah, peranan mentor amat kritikal dalam merancang dan menguruskan langkah demi langkah pelan tindakan untuk mencapai perubahan yang diinginkan.

Selalunya seorang mentor membuat sesebuah anggapan berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh daripada persekitaran dan laporan prestasi. Maklumat yang ‘umum’ ini menjadikan keputusan dibuat adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan maklumat ‘kabur’ dan mungkin pelaporan dangkal. Ini suatu yang berbahaya apabila menjadi pemandu dan pembimbing, kemungkinan membawa ‘kapal’ ke arah laluan salah.

Seorang mentor berkredibiliti menggunakan alat-alat tertentu untuk memandu dan membimbing dalam memastikan sesi-sesi yang dibuat bersama para pelanggannya efektif. Bengkel ini melengkapkan mentor dengan dua alat yang digunakan oleh para mentor hebat dunia dalam meningkatkan produktiviti organisasi dan individu. Alat yang berkuasa tinggi ini adalah Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile).

Neuro Linguistic Program adalah suatu alat pengurusan minda termaju yang digunakan untuk mengubah tingkah laku manusia. Ia digunakan oleh kebanyakan pakar bidang perubahan diri manusia untuk memperkasa kemahiran dalam mengendalikan pelanggan mereka. LAB Profile adalah alat untuk mengesan cara dan tingkah laku manusia yang meliputi 13 trait melalui perkataan yang digunakan oleh pelanggan. Gabungan alat ini menjadikan seorang mentor dengan sistem pementoran yang canggih untuk menjadikan diri mereka lebih efektif dan efisien dalam mengendalikan sesi mentoring. Bengkel dipecahkan kepada empat langkah iaitu:

Objektif Program

Para peserta akan dapat

  • Menggunakan NLP dalam mengenali potensi individu dan bagaimana mereka melihat dunia
  • Menganalisa profil individu dalam merancang strategi memandu dan membimbing
  • Mengaplikasikan kaedah memandu dan membimbing yang bersesuaian dengan individu pelanggan
  • Menyelesaikan konflik dengan kaedah berkuasa tinggi dalam meningkat produktiviti organisasi
  • Mempraktikkan kaedah intervensi dalam memandu individu untuk menyelesaikan masalah mereka secara sendiri

Perincian Modul

  • Modul 1: Bagaimana Minda Berfungsi
  • Modul 2: Kaedah Pementoran Gaya NLP
  • Modul 3: Mewujudkan Hubungan Baik
  • Modul 4: Memahami Trait Motivasi
  • Modul 5: Memahami Trait Kerja
  • Modul 6: Kaedah Bertanya
  • Modul 7: Mengubah Persepsi dengan Kaedah Reframing
  • Modul 8: Reboot & Install

Durasi Program

Kursus pementoran ini dapat dijalankan dalam tempoh 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3 hari (advance)

Testimonial Peserta Kursus Lalu

‘Kursus ini banyak memberikan ilmu dan pengetahuan, saya belajar sesuatu yang baru dan dapat meningkatkan dalam komunikasi dan hubungan dengan orang lain.’ – Norshimahwati Binti Mustafar, Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat

‘Penggunaan video pendek yang sangat menyentuh perasaan saya dan memberi inspirasi kepada saya. Terima kasih banyak-banyak.’ – Rosnah binti Sardi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Komuniti

‘Saya suka bahagian ciri-ciri manusia mengikut perwakilan dalaman.’ – Tun Bahiyah Bt Yahya, Penolong Akauntan Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat

‘Memperoleh kaedah / teknik yang dapat diambil dalam kehidupan harian.’ – Linker Anak Lisa, Pembantu Tadbir Kewangan

‘Dapat mengenal diri dan mempunyai cara untuk baiki kelemahan diri.’ – Nurhayati Mohamad, PPK.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *