ESQ Insan Super | Kursus Motivasi Diri | Kursus Pembangunan Diri | Kursus Motivasi Pekerja | Kursus Pembangunan Sahsiah Diri

Anda adalah insan terpilih yang Tuhan berikan peluang untuk mewakili-Nya di muka bumi sebagai khalifah di muka bumi. Oleh sebab itu sudah pasti Anda dibekalkan dengan alat-alat atau gajet yang hebat untuk memastikan Anda dapat menjalankan gerak kerja dan tugasan dengan baik. Alat atau gajet ini yang kami katakan sebagai POTENSI DIRI. Namun begitu dalam banyak keadaan manusia tidak sedar dengan kehebatan potensi ini kerana mereka tidak sedar kewujudan dan kehebatannya. Bertahun-tahun ia berada dalam tubuh badan itu, tidak tahu kewujudan dan bagaimana menggunakannya. Bukankah itu satu kerugian?

Program ESQ Insan Super adalah tempat terbaik buat Anda menjelajahi dan mengenali apa yang dikatakan sebagai POTENSI DIRI. Setiap insan diberikan kuasa masa hebat dengan penjanaannya melalui minda sedar dan minda separa sedar. Kehebatan ini digunakan sebaiknya oleh para tokoh hebat dunia dan menjadikan diri mereka berada di kemuncak kejayaan. Kesemua mereka menemui KUASA SUKSES mereka.

Durasi Program

Kursus motivasi pekerja, motivasi diri dan pembangunan sahsiah diri ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Program ini menjana 5 kuasa penting dalam diri iaitu:

PERTAMA: Kuasa Kepercayaan

Menjana keyakinan dan kepercayaan untuk mengatasi segala limitasi dan kekangan dalam hidup. Anda adalah apa yang Anda fikirkan, fikirkan kejayaan, fikirkan kekayaan, fikirkan kebahagiaan apa sahaja dalam hidup menjadi milik Anda.

KEDUA: Kuasa Ukhuwwah

Menjana unsur penting dalam kehidupan iaitu komunikasi. Komunikasi cemerlang menjadikan bisnes berjaya, rumah tangga bahagia, pasukan berkuasa dan hidup harmoni sentiasa. Perkukuhkan komunikasi Anda dapat memacu kejayaan dalam hidup.

KETIGA: Kuasa Syukur

Menjana rasa syukur dengan setiap satu perkara berlaku dalam hidup. Bersyukur membuang bebanan sesalan dan kesukaran. Setiap satu perkara adalah nikmat atau ujian. Syukur membuka ruang baru dalam diri untuk menerima kejayaan.

KEEMPAT: Kuasa Doa

Menjana kuasa Doa dalam mencapai apa sahaja dinginkan. Apa sahaja dalam hidup perlu dimulakan dengan niat. Niat penentu matlamat, matlamat penentu hasil, hasil menjadikan diri Anda sekarang. Semua ini adalah Doa kita.

KELIMA: Kuasa Tindakan

Menjana peluang dalam apa sahaja keadaan. Dalam apa sahaja situasi, sama ada bencana, krisis atau bahagia pasti ada peluang untuk orang yang sedar. Kesedaran akan menjadikan Anda lebih peka dengan peluang ini. Selepas sedar akan ruang dan peluang yang lebih penting adalah BERTINDAK.

Program ini digabung jalinkan dengan metod latihan yang menggalakkan pembelajaran aktif. Ia diterjemahkan dalam bentuk aktiviti, permainan, diskusi, kuiz dan pembentangan.

Suatu program yang memberikan pengalaman berbeza dalam mengenal potensi diri dan memperkasakannya.

Program yang menggabungkan kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan fizikal (PQ), kercerdasan sprituil (SQ) dan kecerdasan bahasa (LQ)

kursusesqinsansuper

kursusesqinsansupersokongan

kursuspekerjasuper

Testimonial Peserta Kursus Lalu

“Perkongsian ilmu yang sangat menarik dan sampai kepada saya/peserta. Terima kasih FINE Academy.” – Sharifah Noor Lella Binti Ahmad, Pembantu Tadbir, Bhgn. Pem. Organisasi, Jab. Pendaftar

“Penyampaian yang amat jelas, menambahkan keyakinan diri, berubah ke arah yang lebih baik.” – Rosbaizura Abu Bakar, Setiausaha, UMK

“Saya suka pengisiannya tepat dan padat. Ilmunya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkerja dalam organisasi saya. video yang baik sebagai peringatan. Ada pengisian Islamik.” – Norlaili Deraman, Penyelia Asrama, HEP UMK

“Banyak benda baru yang dipelajari.” 

“Cara penyampaian yang menepati tajuk yang telah ditekankan. Cara penyampaian penceramah yang berjaya menarik minat peserta.”  Azean binti Kamaruddin, Pen.Peg.Tadbir, Pejabat Pendaftar

“Pengisian yang menarik daripada penceramah yang best!” – Nur Alyani Mohd Yusoff @ Ramli, PTPO UMK

“Penyampaian, modul oleh penceramah amat berkesan. Kepelbagaian aktiviti dipersembahkan oleh penceramah menarik minat peserta. Mengantuk juga tidak dirasai kerana penceramah bijak, pandai mendekatkan diri dengan peserta seperti : pandai ambil hati peserta, mudah dekat dengan peserta, pandai lawak jenaka + unsur-unsur humor. Program ini banyak menambahbaikkan ilmu yang saya ada sekarang. Program yang disampaikan tegas tapi matang dan mudah diterima oleh peserta.”  Mohamed Safwan bin Hussin, PTPO N17, BPMI, Pej. Pendaftar

“Banyak pengalaman berguna untuk jati diri.” – Zainuddin Majid, Pemandu.

“Saya sangat suka program ini dapat memberi kekuatan dan motivasi mengikut kerjaya saya dan hidup saya.” – Kamarulzaman Ab. Rahman, Penolong Jurutera

“Saya amat berminat dengan program pembangunan sahsiah.” – Nik Salman Imadudin Bin Nik Mohd Kamil, Pekerja Awam Khas, Pusat Pemb. Infra dan Perkhidmatan
“Apa yang disampaikan amat berguna dan mencukupi.” – Wan Mohammad Shahril, PTPO, UMK

“Suka dengan video-video tentang tokoh-tokoh yang berjaya.” – Marzattul Aznee

“Penyampaian amat berkesan oleh En. Fauzul.” – Zawiyah binti Ali, Pej. Timb. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMK

“Slideshow berkaitan kisah-kisah kejayaan.”

“Penceramah mengetahui topik yang dibincangkan serta contoh yang berkaitan.” – Izura Mohd Noor, Setiausaha Pejabat, UMK

“Cara untuk mengelakkan para peserta dari mengantuk / boring dengan permainan yang dijalankan.” – Tukiman Bohari b. Mohamed Noor, Pembantu Tadbir (P/O)

“Program yang dianjurkan menaikkan semangat dalam diri. Perlu kekalkan program seumpama ini di masa akan datang.” – Norfariza binti Ismail, Pembantu Perpustakaan

“Penyampaian dan penerangan yang jelas tentang sesuatu tajuk.” – Masturah Binti Mahmud, Pegawai Psikologi, UMK

“Contoh yang diberikan bersesuaian dengan situasi semasa.” – Siti Mariam Ismail, PTPO, JHEP

“Program ini sesuai diadakan untuk semua staff! Tekun sekali!” – Che Maryana Bt Che Mohd, Pekerja Awam Khas

“Penyampaian jelas serta penepati citarasa saya.” – Azmi bin Alias, Penyelia Asrama

“Pengisian yang berfaedah, memberi semangat dan motivasi”– Aishah bt Abdul Razak, Pensyarah, PSA

“Setiap perkataan/ kata-kata daripada En Fauzul dijadikan teladan dan pedoman dalam hidup saya menjadi insan yang super” -Amutha a/p Gopal Villoo@Venugopal, Pensyarah DH41, Kolej Komuniti Segamat

“Saya suka cara yang diperkenalkanoleh En Fauzul antaranya mengawal emosi, meyakinkan diri dan berkomunikasi dan memperkenalkan diri kita dan orang lain” -Nooramimah bt Amin, Pensyarah DH29, Kolej Komuniti Pagoh

“Saya lebih positif dan yakin dengan diri saya. matlamat saya kini jadi lebih jelas” Norhayah bt Sabtu, Pensyarah, Kolej Komuniti Pasir Gudang

“Penceramah yang berpengetahuan luas dan contoh yang diberikan amat menarik” -Muhammad Taufik b Abdul Talib, PTSB

“Pengisian yang penuh dengan ilmu serta berlainan dari kursus yang pernah saya hadiri” -Syarifah bt Othman, Pensyarah, Politeknik Merlimau

“Saya dapat mengenali tentang diri dan persekitaran kerja dengan lebih baik. selain dapat meningkatkan potensi dalam diri” -Khairul Aizal Osman, Pensyarah, Kolej Komuniti Hulu Langat

“Pengisian program yang sangat menarik” -Ahmad Shauqi b Abu Kashim, Ketua Unit Pengajian Am DH41, Kolej Komuniti Masjid Tanah

“ilmu yang amat bermanfaat” -Shahrul Fazli b Abu Hassan, PHEP, Kolej Komuniti Rembau

“Penyampaian sangat bagus dan pencemarah ada kemahiran yang sangat baik dalam bidang ini” -Haji Mohd Jahidi b Rosdi, Pensyarah Kanan, Kolej Komuniti Jempol

“Semua terbaik terutama aspek masa” -Noorsafuan b Che Noh, Pensyarah, Kolej Komuniti

“Sangat bersesuaian untuk menguruskan displin pelajar dan membantu saya menguruskan tekanan” -Nurul Aimi b Mohd Azham, Pensyarah, Kolej Komuniti Pekan

“Cara penyampaian yang sangat memberi kesan kepada saya” -Nurul Asmidar b Mustafa, Pensyarah, Kolej Komuniti Pekan

“Gaya penceramah yang energetik” –Mohamad Tarmizi, PPPT DH41, Poli PD

“Pengisian kandungan program yang sangat teratur dan menarik. tahniah FINE training academy SDN BHD atas kursus yang menakjubkan ini.” –Zulaikha b Abdul Rahman, PPPT DH41, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka

“Program ini merupakan antara program terbaik yang pernah saya ikuti sepanjang perkhidmatan. cara penyampaian yang santai, lawak, aktiviti menarik dan pengisiannya terhadap diri saya sendiri sangat memberi kesan” –Norzainariah b Abu Hassan, PPPT DH44, Politeknik Melaka

“Membuka minda dan menambah baik motivasi diri” –Safiani Hj Osman, Pensyarah, KPT

“Saya sangat suka semua pengisian yang dikemukan / dibentangkan. Ia sangat membuat saya terfikir yang positif sahaja dari negatif. fasilitator pandai menarik perhatian peserta. selain itu nota dan modul yang diberikan sangat bagus” –Sharifah Haslinda b Syed Harun, PPPT, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

“Pengisian penceramah yang bagus”

“Kursus yang amat berguna untuk tambahan ilmu opengetahuan khususnya untuk mengawal emosi dan tekanan” PPPT DH41, PMS

“Penceramah yang pandai menarik minat peserta” -Asmak bt Ibrahim, Pensyarah, Kolej Komuniti Kuala Langat

“Saya suka dengan pengisian-pengisian program ini dimana saya dapat meneroka dan mengenali potensi diri saya” -Fathiah Izzati b Mohamad Fadzillah, Pensyrah, Kolej Komuniti Segamat

“Telah meletakkan ruang untuk saya meletakkan sesuatu perkara di tempat yang betul” –Khatijah Hamzah, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti

“Saya suka dengan video2 yang ditayangkan amat memberangsangkan” –Hasmiyatun bt Jamaluddin, Pensyarah, Kolej Komuniti Langkawi

“Secara keseluruhannya program ini sangat baik dari segala segi, ceramah, slide/ video dan aktivitinya baik.” –Rogayah b Chat @ Arshad, Ketua Jabatan

“Teknik penyampaian yang baik pada keseluruhan sesi” -Arlieza Hani b Mas, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti Sungai Petani

“Saya amat suka slot ‘Apakah Fokus Anda Dalam Hidup’ slot ini dapat memberi kesedaran kepada saya dalam merancang kehidupan saya.” –Zurina b Awang, Pensyarah, Kolej Komuniti Sungai Petani

“Membantu diri saya lebih positif” -Siti Hajar b Shaary, Pensyarah, Kolej Komuniti Taiping

Permohonan Proposal & Sebut Harga Program Kendalian Tuan Fauzul Naim

Pihak kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak organisasi Tuan dan Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan dan Puan. Pihak Tuan dan Puan boleh terus menghubungi talian (+6) 03 4149 2560 ataupun menggunakan borang online di bawah. Pohon kerjasama pihak Tuan dan Puan mengisi maklumat di bawah selengkapnya bagi memudahkan pihak kami menghubungi pihak Tuan bagi perbincangan lanjut. Terima kasih.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *