Siapa Saya?

FauzulBatmanA3_Hires

Fauzul Na’im Ishak adalah pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan FINE Prima Holdings Sdn Bhd.

Beliau adalah Pakar Pembangunan Pembelajaran (Learning Development Specialist0 yang diberikan kepercayaan untuk memperkasa dengan mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor. Beliau juga adalah perunding untuk Analisa Profil DiSC dan LAB Profile. Atas pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Beliau adalah Certified NLP Master Practitioner (ABNLP), Certified NLP Master Coach (ABNLP), Certified Master Practitioner of Time Line Therapy, Certified Practitioner of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer GEM International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN), Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified DiSC Profile Analyst dan Certified Behaviour Consultant.

Latar Belakang Kerjaya

Mewakili syarikat PTS untuk mengendalikan sesi negosiasi hak cipta di Frankfurt Bookfair, Jermab

Mewakili syarikat PTS untuk mengendalikan sesi negosiasi hak cipta di Frankfurt Bookfair, Jermab

Fauzul Na’im Ishak memulakan kerjaya dalam dunia penerbitan buku seawal usia 23 tahun. Pada ketika itu beliau diberikan tanggungjawab untuk membangunkan unit editorial PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bermula daripada mencari prospek pengarang berkaliber, membuat sistem baru editorial hingga ke percetakan, mereka bentuk semula sistem royalti buku hinggalah menjalankan negosiasi luar negara.

Atas kecemerlangan membangunkan unit editorial, beliau diberikan kepercayaan membangunkan dan menguruskan anak syarikat baru Kumpulan PTS, PTS Millennia Sdn Bhd sebagai Pengurus dan Pengarah Eksekutif. Di unit baru ini beliau berjaya membangunkan pasukan terbaik untuk menghasilkan produk buku bestseller. Hasil daripada itu anak syarikat ini menjadi syarikat paling berjaya dalam Kumpulan PTS dengan hasil jualan tertinggi untuk 3 tahun berturut-turut. PTS Millennia berjaya melahirkan para pengarang bestseller antaranya Amin Idris, Dr. Danial Zainal Abidin, Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi. Buku-buku terbitan syarikat ini mengungguli carta kedai buku besar seperti MPH Bookstore dan Popular Bookstore.

Beliau dilantik menjadi Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS Media Group pada usia 30 tahun, menguruskan 9 anak syarikat yang menjadi unit penerbitan dengan kakitangan berjumlah 85 orang. Di bawah kepimpinan beliau, produk buku PTS berkembang dengan pesat dengan memasuki pasaran buku terjemahan dengan menterjemah banyak buku terlaris dunia karangan Stephen R. Covey, Brian Tracy, John C. Maxwell dan ramai lagi. Ada buku terbitan PTS sudah diambil untuk diterjemah kepada lebih daripada 6 bahasa antaranya bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, bahasa Turki dan bahasa Arab.

Selepas 13 tahun berada dalam bidang penerbitan buku, beliau membuat keputusan untuk melangkah ke dunia baru yang dirasakan dapat mencabar lagi potensi dirinya, dunia latihan dan perundingan diri. Beliau melepaskan jawatan sebagai Pengurus Besar dan dilantik menjadi Pengarah Penerbitan (Bukan Eksekutif) PTS Media Group Sdn Bhd berkuatkuasa 1 Januari 2012 sehingga sekarang.

Memulakan Bisnes Sendiri

Bersama para peserta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam Kursus Insan Super

Bersama para peserta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam Kursus Insan Super

Beliau mengasaskan syarikat FINE Training Academy Sdn Bhd (FINE Academy) pada tahun 2009 selepas sebelum itu bergerak dengan syarikat perkongsian bersama isteri. FINE Training Academy Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Fauzul Na’im Sdn. Bhd. menfokuskan bisnesnya dalam bidang latihan dan pembangunan diri. Bisnes beliau berkembang dengan penubuhan beberapa anak syarikat yang menguruskan pelbagai bisnes.

Di bawah pelan penstrukturan semula anak-anak syarikatnya, beliau mengasaskan FINE Group Of Companies. Sehingga sekarang FINE Prima Holdings mempunyai 2 anak syarikat iaitu:

  1. FINE Training Academy Sdn Bhd: Bidang latihan dan perundingan
  2. FINE JOTS Sdn Bhd: Bidang penternakan dan makanan

FINE Group Of Companies beribu pejabat di 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300.

Penampilan di Media

Sering mengisi slot di saluran televisyen Media Prima (TV3), TV Al-Hijrah, Selamat Pagi Malaysia dan juga Astro. Di bawah salah satu sesi yang dikendalikan beliau di rancangan Primadona, Astro Prima

Ini pula di slot Selamat Pagi Malaysia untuk sesi Motivasi Pagi

Selamat Pagi Malaysia 27 Mac 2012: Terlebih Sudu Daripada Kuah from FINE TV on Vimeo.

Ocean Blue Downloads

 

Klik Pautan di atas untuk muat turun Biodata Penuh Fauzul Na’im Ishak

.

Leave a Comment