Sembang Bisnes Dimulakan: Sungai Petani Tempat Pertama

Dalam dunia bisnes, saya ini mungkin bukanlah nama yang terkenal jika mahu dibandingkan dengan nama besar seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al-Bukhary ataupun Tan Seri Dr. Tony Fernandez. Mereka ini adalah idola saya yang tidak boleh disangkal kredibilitinya.

Saya melihat di luar sana, ramai individu yang berminat untuk bercakap mengenai bisnes. Namun apabila diteliti mereka ini bukanlah usahawan berjayapun. Atau mungkin dalam bahasa lebih positif belum berjaya. Saya pernah berkongsi di FB saya yang saya ini tidak berminat untuk mengendalikan sebarang kursus yang ‘purely’ usahawan. Kerana apa? bacalah di bawah ini

Screen Shot 2015-02-22 at 10.11.19 AM

Namun saya amat berminat untuk berkongsi cara santai dengan usahawan-usahawan baru yang berminat untuk sembang-sembang kedai kopi dengan saya. Mungkin boleh untuk saya kongsikan bagaimana selama kurang lebih 15 tahun berada dalam dua industri bisnes, satu penerbitan dan satu latihan. Walau belum boleh dikata berjaya, tapi bolehlah berkongsi apa yang saya hadapi sebagai iktibar buat usahawan muda atau ‘tua’ di luar sana supaya tidak mengulangi kesilapan saya.

Alhamdulillah sesi pertama Sembang Bisnes dengan Fauzul sudah diadakan di Restoran Nasi Kandar Hussain di Sungai Petani, Kedah. Kehadirannya juga menggalakkan, 4 orang usahawan dari kawasan berdekatan sudi hadir dalam sesi 3 jam ini. Terima kasih buat Tuan Farahin dan Tuan Zul berserta rakan kongsi lain yang sudi untuk mendengar celoteh saya di sana.

2015-02-20 23.56.57-1

Apa yang saya kongsikan adalah bisnes perlu ada satu model bisnes sebagai kerangka fikir untuk membangunkan bisnes cara terancang. Di samping itu juga saya kaitkan dengan pengalaman bertahun mengurus ‘duit orang’ dan duit sendiri. InsyaAllah sesi seterusnya akan diadakan di Kuala Terengganu. Itupun jika ada yang sudi. Ini adalah sesi santai bersempena saya mengendalikan kursus di sana. Ambil peluang berkongsi dengan usahawan di sana.

Semoga sesi Sembang Bisnes ini akan memberikan manfaat buat ummah di masa akan datang. Ada yang berminat? Ikuti jadual saya, di mana saya berada insyaAllah Sembang Bisnes dapat diadakan 🙂

Leave a Comment