Rakyat Bukan Marah kerana GST Tetapi… (Status FB yang mendapat lebih 170 perkongsian)

Screen Shot 2015-04-13 at 8.08.11 AM

Kenapa rakyat marah dengan GST?

Rakyat tidak marah dengan GST. Apa yang rakyat marah adalah dengan orang yang mengisytiharkan GST dan kemungkinan cara menguruskannya. Marah dengan kewajaran pada ketika ekonomi negara tidak menentu, dan situasi rakyat terbawah yang miskin semakin miskin.

Kenapa?

Pada ketika GST diumumkan katanya harga barang akan turun, tetapi hakikatnya tidak. Walau sepatutnya berlaku penurunan kerana SST dihapuskan dan diganti dengan GST yang memungkinkan penurunan 4 hingga 10 % namun apa yang berlaku bukan turun tetapi naik pula 6% daripada harga selepas SST.

Ada pihak yang dahulunya kata akan turun, menyuruh pula rakyat pergi daripada kedai ke kedai untuk pantau harga, suatu kerja yang sepatutnya mereka lakukan sebelum mengimplementasikannya. Mengapa mereka berani kata perkara yang tidak pasti tanpa usul periksa. Mahu pantau sudahlah ambil masa dan kos perjalanan ditambah pula dengan GST lagilah bertambah bebanan rakyat.

Kemudian menjadikan ini sebagai mengkayakan kroni dengan menyuruh pergi beli di kedai yang dikatakan tiada GST. Siapa? Anda tahu siapa.

Lagi?

Mereka suruh rakyat berjimat cermatlah kerana tahu ada bebanan tetapi mereka sendiri bermewah. Menaikkan gaji hingga 44% tanpa mengambil kira rakyat yang mengikat perut bagi menanggungnya. Ada pula berbelanja hingga berjuta-juta untuk menghias perkahwinan anak lebih hebat daripada FLORIA dan taman bunga di Taman Tasik Perdana. Beli kapal terbang yang tidak patut dibeli. Jika mereka juga menunjukkan kezuhudan dan sama-sama kelihatan susah akibat masalah kewangan negara, rakyat tidak bising dan marah.

Adakah Tuan juga tidak setuju dengan GST?

Setuju tak setuju, GST sudah diimplementasikan. Apa yang pasti saya akan menyokong jika ia benar-benar dibelanjakan untuk tujuan pembangunan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ummah. Tunjukkan bahawa ia memang dibelanjakan cara betul dan bukan menambahkan lagi hutang negara. Kurangkan hutang negara.

Jika dengan GST diimplementasikan bertambah lagi hutang negara di masa akan datang maksudnya GST bukanlah untuk bantu negara tetapi untuk belanja apa yang mereka mahu belanja. Disebabkan negara sudah tidak mampu maka terpaksa ambil tambahan duit rakyat bagi mempastikan mereka semakin senang. Dan GST itu duit tambahan untuk menambahkan tembolok mereka.

Apakah kebimbangan Tuan?

Bimbang saya bukan untuk saya, kerana saya tahu bahawa saya mampu untuk mencari wang bagi menyokong kewangan saya yang terkesan akibat GST. Jika tidak cukup juga akan terus berusaha untuk mencukupkan bagi membayar gaji saya dan anak buat warga kerja saya kerana itulah survival hidup.

Apa yang membimbangkan adalah anak bangsa saya yang tidak sedar, tidak tahu bagaimana mahu melakukannya. Orang susah terutamanya di kampung-kampung yang tidak ada output tax untuk menyeimbangkan input tax. Inilah golongan miskin yang akan semakin miskin, semakin susah kerana memang sudah susah. Apakah mereka ini mampu memantau setiap hari, siapa mahu pantau dengan pemerasan akibat GST ini? Sedih bimbang dan hampa.

Leave a Comment