Analisa Profil DiSC adalah profil yang mengasingkan manusia kepada 4 situasi biasa dihadapi manusia iaitu:
a) Tindakan
Ada individu yang suka bertindak dan mengawal mengikut kehendak mereka. Manusia sebegini suka menjadi ketua atau pemimpin dalam kelompoknya. Mereka mahu semua individu di sekeliling berada dalam kawalan dan arahan mereka. Namun begitu ada pula individu yang tidak suka menjadi ketua. Mereka lebih suka menjadi pengikut.
b) Perhubungan
Ada individu yang hidupnya inginkan kekuatan pada perhubungan sesama insan. Mereka suka dikelilingi dan disukai manusia lain. Persahabatan dan semangat kekeluargaan amat penting dalam hidup mereka. Namun ada pula individu yang lebih senang menyendiri.
c) Kebergantungan
Ada individu yang lebih suka bergantung kepada orang lain. Apa sahaja arahan ataupun panduan yang ditetapkan oleh orang lain amat penting buat mereka. Mereka tidak boleh hidup tanpa panduan dan peraturan. Namun begitu ramai juga yang sebaliknya.
d) Kompetensi
Ada individu amat mementingkan kecekapan dan kompetensi. Ia menjadi kayu ukur utama pencapaian kehidupan mereka. Namun ada yang menganggap kompetensi adalah suatu perkara sia-sia. Ia mewujudkan konflik dan tidak sefahaman.
Berdasarkan keempat-empat faktor ini DiSC membahagikan manusia kepada 4 kuadran iaitu:
- D = Dominance
- I = Influence
- S = Steadiness
- C = Compliance
Kepada individu yang berminat untuk mengetahui Analisa Profil DiSC mereka dan mendapatkan konsultasi khas mengenainya. Boleh langsung mengisi borang yang disediakan di bawah. Pihak kami akan menghubungi pihak Anda untuk mengaturkan kaedah memperoleh Analisa Profil DiSC Anda. Pihak kami juga berminat bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berminat untuk membuat Analisa Profil DiSC kepada para pekerja dan kakitangan organisasi. Sila hubungi (+6) 03 4149 2560 untuk maklumat lanjut.
Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut

Add to Google

Diskusi Terkini