Post Mortem Program: Melangkah Bergaya Ke Tahun 2013

Alhamdulillah Allah masih memberikan saya nyawa dan hidup untuk terus menulis di sini. Selepas beberapa lama meninggalkan dunia blogging, hari ini saya diberikan kekuatan untuk meneruskan jihad tinta ini di sini.

Semalam pasukan FINE Training Academy menjalankan satu sesi post mortem program Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super. Program ini adalah program yang julung-julung kali dianjurkan oleh FINE Training Academy di bawah anak syarikatnya Book Pro Event. Ia adalah hasil cetusan idea pengurusnya Cik Nurul Aida sebaik beliau melangkah masuk kerja di Book Pro Event tempoh hari. Idea yang pada pandangan saya amat baik dan terus saya mempersetujui idea ini. Kami terus bersetuju dan menggagas perancangan untuk menjalankannya.

Para peserta mengabadikan foto bersama para speaker- gambar oleh Puan Piah Anak Dungun

Para peserta Seminar P.O.W.E.R mengabadikan foto bersama para speaker- gambar oleh Puan Piah Anak Dungun (bertudung hijau dan bersimpuh di hadapan Ustazah Zawiah Hassan)

Sasaran asal kehadiran program ini adalah 300 orang, namun pada hari akhirnya yang datang hanyalah 82 orang. Walaupun sasaran tidak dicapai namun ia adalah suatu permulaan yang baik buat syarikat baru dalam dunia pengurusan majlis ditambah dengan individu pengurus adalah orang baru. Bukan sahaja baru dalam bidang, baru dalam dunia pekerjaan. Seorang graduan yang masih segar lagi ;).

Bergambar dengan kumpulan peserta daripada Certified Professional Image Consultan. Turut kelihatan Tuan Zamri Mohamad.

Bergambar dengan kumpulan peserta daripada Certified Professional Image Consultan. Turut kelihatan Tuan Zamri Mohamad.

Alhamdulillah semalam selama 2 jam kami berPost Mortem untuk melihat dan mendengar maklum balas kesemua ahli pasukan yang bekerja sepanjang program ini. Kami membahagikan Post Mortem ini kepada 3 bahagian iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas program. Perbincangan juga menjurus kepada setiap fasa gerak kerja ini.

Bergambar bersama isteri, Puan Yatt Hamzah dan para peserta yang hadir.

Bergambar bersama isteri, Puan Yatt Hamzah dan para peserta yang hadir.

Memang banyak kelemahan yang kami kenal pasti dan kelemahan yang paling kritikal adalah pada fasa sebelum program. Oleh sebab itu dalam apa juga projek dilakukan, fasa paling asas adalah fasa mengeluarkan proposalnya. Inilah fasa paling kritikal yang perlu diperincikan bagi memastikan segala perjalanannya menjadi lebih lancar. Namun apapun secara keseluruhannya saya merasakan program ini sudah berjaya, berjaya kerana ia mendewasakan kami, berjaya kerana ia memberikan impak kepada para pesertanya, berjaya kerana ia menyediakan platform buat kami untuk lebih bersedia menjalankan program seterusnya dengan lebih tersusun dan terancang.

Antara maklum balas para peserta

  • Info yang sangat berguna untuk kerjaya & keluarga. (Sharifah Norul Hidayat Bt Syed Mohamed)
  • Banyak info yang diberikan dari pelbagai aspek. (Sharifah Nor Rahimah Bt Syed Mohamed)
  • Banyak input dan ilmu yang menarik. Bentuk penyampaian motivasi yang secara langsung dapat memberi impak positif kepada setiap peserta. (Azwa Kamaruddin)
  • Membantu kaum wanita meningkatkan keyakinan diri dalam pelbagai aspek, mendorong kaum wanita lebih berani dalam melaksanakan pelbagai rutin harian dalam masa yang sama menjaga tatasusila, menghindarkan diri dari kemungkaran agar menjadi wanita p.o.w.e.r insyaAllah. (Nor Jannah Bt Ahmad)
  • Pengisian dan penceramah-penceramah yang sangat bagus. (Nor Fazlina bt Mohd Shaharuddin)
  • Membentang kaedah mengenal potensi diri, memperbaiki penampilan, muhasabah diri. (Nurul Azrina)
  • Banyak memberi input baru. Memberitahu apa yang tak tahu, mengejutkan yang terlena. (Elina Ezzauddin)
  • Ia memberi kesedaran tentang betapa pentingnya mengenali potensi diri bagi menangani situasi pelbagai. Semua speakers adalah SUPER HEBAT. Tidak rugi peserta dari sabah invest dalam majlis ilmu seperti ini. InsyaAllah Allah berkati kita. (Halimah Haji Hassan)
  • Banyak memberikan motivasi-motivasi yang berguna dimana dapat memberikan garis-garis panduan dan hidayah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Amin (Christina Wong)
  • Dapat menambah manfaat untuk seorang wanita untuk menjadi wanita super dalam keluarga dan pekerjaan. (Norkatah)
  • Terlalu banyak informasi yang dikongsi dan masih tidak puas. Mahu lagi! (Farah Lina)
  • Merangkumi unsur islam di dalam setiap sesi. Penceramah yang dijemput sungguh SUPER. Tajuk yang dipilih menepati tujuan program. (Mardziah Abdul Wahab)
  • Dapat mengenali potensi. (Humaira Ismail)
  • Kandungan penyampaian yang padat,bersesuaiam dengan wanita masa kini. Trainer yang membentang sungguh hebat. (Noor Faizon)
  • Ianya memenuhi topik yang diberikan. Slot Dr.Harlina tidak mencukupi tetapi topiknya amat menarik untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. Sesi mengenal potensi diri tidak mencukupi dimana peserta ingin menganalisa potensi secara terperinci. Ianya perlu ditambah. Remarks : TQ for good sessions. I have enjoyed the seminar. (Dr Norzalifa)

Terima kasih kepada kesemua peserta yang sudi hadir. Terima kasih kerana menyokong Book Pro Event. InsyaAllah ada banyak lagi program yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Untuk individu yang berminat untuk mempelajari teknik menulis buku non fiksyen, saya jemput Tuan dan Puan untuk menyertai Bengkel Penulis Super pada 8 dan 9 Disember 2012. Layari laman web www.penulissuper.com. Manakala yang berminat untuk menambahkan kemahiran diri dalam bidang penulisan novel, sertai Bengkel Menjadi Penulis Novel Superstar pada 22 dan 23 Disember 2012. Infonya di www.penulisannovel.com..

Leave a Comment