Personaliti D (Dominance), I (Influence), S (Steadiness) & C (Compliance), Mana Satukah Personaliti Anda?

DISC adalah kajian personaliti manusia berdasarkan hasil penemuan Dr. William Marston.

Beliau dapati manusia boleh dibahagikan kepada 4 titik fokus.

Pertama: Titik Fokus Produk / Hasil

Individu sebegini mempunyai kecenderungan melihat kepada hasil dalam hidupnya. Beliau dapat menggagas matlamat dengan baik dan akan berusaha untuk menuju dan mencapai matlamat digariskannya. Beliau kategori inventor dan innovator. Suka melihat cara pandang baru terhadap sesuatu perkara.

Kedua: Titik Fokus Manusia

Individu yang mempunyai kecenderungan untuk serasi dan dekat dengan manusia lain. Beliau pandai mencari dan membina pengaruh. Apa-apa perkara yang dilakukan perlu berada bersama manusia lain. Sukakan gerak kerja berpasukan.

Ketiga: Titik Fokus Proses

Individu yang amat menitik beratkan perkara berkaitan peraturan dan struktur. Lebih cenderung menetapkan dan menentukan proses yang dapat diikutinya dan orang lain. Apa-apa perkara mereka akan rujuk semula peraturan dan ketetapan disusun itu.

Keempat: Titik Fokus Kerja

Individu sebegini amat cenderung melihat pada kesempurnaan kerja. Apa-apa perkara dilakukan akan dipastikan selesai dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Perasaan dan kerja adalah dua perkara berbeza. Kerja adalah kerja dan tidak boleh dibawa masuk perasaan ke dalamnya.

Ini adalah antara faktor yang diambil kira dalam DISC. Di bawah saya sertakan sedikit gambaran kasar mengenai DISC. InsyaAllah dalam status seterusnya saya akan mula memperincikan setiap satu 🙂 Selamat membaca. Jika baik posting ini pohon LIKE dan SHARE dengan rakan-rakan lain untuk manfaat lebih ramai orang.

screen-shot-2016-11-10-at-6-25-28-am

Leave a Comment