PERHATIAN : Kepada Semua Motivator dan Trainer Malaysia! Berhati-hati Soal Hak Cipta
Posted on 29. Sep, 2008 by Fauzul Na'im Ishak in Utama
Saya agak terkejut dan sedih. Mengapa? Saya terbaca dalam satu perbincangan forum sebuah laman web berhit tinggi berbincang mengenai kesalahan hak cipta yang dilakukan oleh salah seorang motivator terkenal negara. Saya terkejut kerana tidak sangka perkara terlepas pandang ini menjadi isu besar. Saya sedih kerana para motivator dan trainer tidak prihatin mengenai perkara ini.
Apa yang terjadi? Motivator tersebut menggunakan gambar yang tidak diminta hak cipta pemilik gambar asal dalam salah satu pembentangan ceramah motivasinya. Ini mungkin kecil pada pandangan ramai, tetapi impaknya besar. Kesalahan hak cipta ini adalah kesalahan yang selalunya dibawa ke mahkamah tinggi. Apabila ke sana ia melibatkan kes saman melebihi RM100,000.
Apabila perkara seumpama ini, ia sedikit sebanyak mencalar kredibiliti motivator tersebut. Kemudian ditambah dengan itu segala kesalahan dan kesilapan lama motivator tersebut diungkit-ungkit pula oleh para ahli forum tersebut.
Semua motivator dan trainers, saya pohon agar berhati-hati dalam soal hak cipta ini. Mungkin kita melihat ia sebagai perkara remeh. Namun begitu besar pada pandangan orang awam. Kita sebagai motivator dan trainer adalah ikutan umum. Apa yang dibuat dan dilakukan seharian, dilihat serta diikuti orang lain. Nasihat kepada semua motivator dan trainer amnya dan diri saya khususnya, apa-apa yang dilakukan. Tidak kira dalam buku, dalam pembentangan dan kehidupan, kaji dan lihat dahulu buruk baiknya.
Apabila tidak tahu bertanya. Saya sebagai penerbit dan perunding latihan penulisan & penerbitan bersedia untuk memberikan khidmat nasihat khusus untuk Anda.
Hasil tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com



teja
10. Oct, 2008
Assalamualaikum,
Ingin saya mendapatkan penerangan terhadap kerasionalan memahami kewujudan tema-tema tertentu yang dilaraskan sebagai penentuan hala tuju dan matlamat berkarya di kalangan penggiat seni misalnya berdasarkan penerbitan buku pada tahun 1914 dari alam nusantara, berbagai judul memori catatan yang bertemakan agama disorotkan ke khalayak umum berteraskan warna-warna budaya dan adat resam melayu minang umpamanya, telah berfungsi sebagai model tempahan dari acuan yang memenuhi kehendak zaman pada waktu itu.
Tidak keterlaluan andai diibaratkan sebagai hasil dari penajaan projek yang tertentu seperti yang berlaku pada hari ini.
Keadaan ini tidak hanya terbatas di media cetak tetapi juga merangkumi medan penerbitan filem/komidi/drama bersiri dan animasi.
Isu saya adalah bagaimanakah menangani pencatatan di laman-laman web yang dimiliki oleh Google/Microsoft/Yahoo/MSN misalnya yang tidak memperakui hak milik kekal para penggunanya di dalam mengilhamkan sesuatu karya.
Umpamanya aktiviti berblog yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa tanpa pengetahuan atau kebenaran pencatatnya.
Jika tidak keberatan saya mohon disiarkan semula diskusi saya sebelum ini yang pernah tersiar di laman Tuan untuk simpanan peribadi.
Fauzul Naim Ishak
14. Oct, 2008
Pada pandangan peribadi seorang penggiat industri buku, sesuatu penerbitan terutamanya pada masa sekarang adalah bergantung kepada trend. Tema-tema yang disebut di atas wujud disebabkan oleh trend semasa pada ketika berkehendakkan kewujudan tema tersebut.
Ia mungkin disebabkan inspirasi pembuat dasar, inspirasi ahli politik, inspirasi ahli kebudayaan ataupun sebagainya.
Namun begitu pada mata pandang komersil, faktor-faktor yang disebut ini masih tidak boleh melawan kehendak pasaran. Tidak semestinya mata pandang ahli politik ataupun pembuat dasar adalah sama dengan mata pandang orang yang membeli.
Jadi ia berbalik kepada kajian pasaran.
Berbalik kepada soal pengendali dan penyedia perkhidmatan web, ia tertakluk kepada undang-undang siber. Namun begitu pada tahap sekarang perdebatannya masih lagi berlangsung. Masih tidak ada yang boleh memberikan pendefinisian yang terbaik terutamanya di Malaysia.
Apa yang penting adalah etika para pengguna. Ini hanya boleh ditingkatkan dengan kesedaran mengenai perkara ini. Usaha saya, Tuan, Puan dan semua pengguna internet adalah penting bagi memberikan ilmu ini.
Marsli N.O
09. Dec, 2008
Sdr Fauzul. Salam Aidiladha. Iznkan saya memautkan blog Sdr ini di blog saya. Izinkan saya membaca dan belajar sesuatu. Terima kasih.
indie
18. Nov, 2009
salam,
sy ingin bertanya, adakah salah sekiranya letakkan video lagu didalam blog? apa yng boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sekiranya ingin meletakkan video didalam blog?
Fauzul Na'im Ishak
23. Dec, 2009
Tuan,
Apabila menyebut memasukkan lagu ataupun video ke dalam blog bergantung kepada kepada daripada sumbernya. Sekarang ini di dalam internet kebanyakannya merujuk kepada Creative Common License. Boleh rujuk di laman web ini untuk rujukan lanjut http://creativecommons.org/