PENULIS SUPER: Bengkel Legasi Saya untuk Ummah

Alhamdulillah baru sahaja berakhir BENGKEL PENULIS SUPER: Strategi Sukses Menulis Buku Bestseller, bengkel publik pertama FINE Training Academy buat tahun 2013. Bengkel ini saya asaskan pada tahun 2009, pada ketika itu ia diadakan selama sehari, berkembang menjadi 3 hari dan sekarang ia menjadi 2 hari + 1 hari coaching kumpulan + coaching perseorangan dengan pakej yang dipilih.

Alhamdulillah, bengkel yang berusia kurang lebih 4 tahun ini sudah melahirkan ramai pengarang yang berkaliber. Lebih menarik kali ini salah seorang daripada ALUMNI yang berjaya menghadiahkan buku tulisannya kepada para peserta hari ini. Tuan Fathuri Sallehuddin, antara kumpulan terawal ALUMNI Penulis Super yang berjaya menghasilkan karya bestsellernya MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. Berdasarkan maklumat daripada sumber boleh dipercayai, jualan buku sudah mencecah melebihi 20,000 naskhah. Tahniah saya ucapkan kepada beliau. Hari ini menerima cadangan saya untuk menghadiri Bengkel Professional Learning Facilitator kendalian sifu training saya, Tuan Mohd Rizal Hassan.

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Sallehuddin

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Sallehuddin

Bengkel ini saya wujudkan sebagai legasi berpanjangan saya untuk ummah. Lahirnya para penulis yang bersama-sama dalam perjuangan memperkasa ummah dengan tinta, membumikan ilmu Allah. Penulisan juga adalah pemangkin kepada banyak perkara di dunia, pemangkin kepada gagasan baru, perjuangan bangsa, penyebaran ilmu dan banyak lagi.

Saya doakan kesemua 13 orang peserta hari ini dapat mengaplikasikan ilmu dipelajari selama 2 hari ini dalam menghasilkan karya terbaik buat ummah. InsyaAllah..

Leave a Comment