Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil
Posted on 16. Apr, 2008 by Fauzul Na'im Ishak in Pengarang
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 memberikan seribu satu kesimpulan buat sesiapapun yang ingin menganalisa. Daripada gelagat pempamer yang pelbagai, gelagat pengunjung pelbagai karenah hinggalah gelagat pengarang yang menarik hati.
Saya ada bertemu dengan beberapa pengarang PTS dan bukan PTS. Ada yang menerbitkan dengan pelbagai penerbit yang lain. Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah perbezaan di antara pengarang berjiwa besar dan pengarang yang berjiwa kecil. Di sini bukanlah untuk memperkecilkan sesiapapun tetapi hanya sebagai satu muhasabah di antara kita.
Apabila saya bertanya dengan para penulis terutamanya penulis PTS (kerana saya pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd), mengapakah tidak membuat penonjolan diri di gerai PTS. Pihak PTS amat mengalu-alukan mana-mana pengarang untuk membuat penampilan diri di sana. Pasti akan ada tukang lelong yang akan memperkenalkan para pengarang PTS kepad orang ramai. Ini juga adalah nilai tambah kepada PTS dan para pelanggannya.
Saya malulah En. Fauzul!
Saya baru ada satu buku, takkanlah hendak melebih-lebih
Saya tak biasalah
Saya tak mahulah, hanya hendak berada di belakang tabir
Dan pelbagai lagi alasan yang diberikan oleh mereka.
Inilah bezanya di antara pengarang berjiwa besar dengan yang tidak. Saya memuji sikap beberapa pengarang PTS yang sentiasa berkunjung ke gerai PTS dan membantu PTS dalam mempromosikan buku PTS. Antara yang saya boleh sebut saudara Samsudin Kadir, Zamri Mohamad dan ada beberapa lagi, mereka ini sentiasa bersedia untuk dipanggil ke PTS bagi membantu PTS.
Tiada alasan di mulut mereka jika diminta berbuat begitu. Saya melihat kesan daripada itu, mereka ini dikenal oleh para pembaca, mempunyai peminat dan sering dipanggil berceramah oleh mereka yang memerlukan lebih penjelasan. Dalam keadaan ini, buku lebih mudah dijual, boleh jadi bestseller dan royalti tentunya lebih berbanding yang berjiwa kecil ini.
Hasil tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com


