Pengalaman oh Pengalaman

Hari ini saya keluar bersama keluarga berbuka puasa di Restoran Sakura Kristal yang terletak di Taman Melawati. Tempat yang menjadi tempat wajib buat kami berbuka puasa setiap tahun. Hidangannya boleh tahan rasanya dengan pelbagai pilihan menu. Ada yang bakar, ada makanan Melayu, ada dessert yang menyelerakan dan pilihan air menarik. Harganya berpatutan buat yang berpendapatan sederhana. Tepuk dada tanya iman.

Petang ini juga saya sengaja memilih untuk memakai Pelikat Pants, satu fesyen terbaru seluar yang dibuat daripada kain pelikat. Buat saya ia amat selesa dan sesuai untuk bersantai serta bersolat. Tadi di dalam kereta bersembang-sembang dengan isteri mengenai pakaian. Saya bergurau dengan isteri mengatakanĀ mujurlah saya tidak pernah mengikuti sesi latihan perunding imej, jika tidak tentu tidak akan memakai pakaian seumpama ini. Perunding imej perlu menjaga cara pemakaian yang berwibawa sesuai dengan imej diri mereka. [Bagi yang mahu menjadi perunding imej, saya amat sarankan untuk menghadiri sesi anjuran Training Cube International kelolaan Puan Mary Anni. Beliau adalah trainer wanita Melayu antara terbaik pernah saya lihat. Layari www.trainingcube.com.my]

Saya pernah berkata pada salah seorang jurulatih wanita FINE Academy, CPIC Farah Lina bahawa saya tidak berapa gemarĀ untuk menjadi perunding imej dan muncul di kaca televisyen atas dasar mahu bebas memilih untuk memakai apa sahaja tanpa prejudis orang kenal saya di jalanan. Susah jika orang kenal saya, terasa tidak bebas :). Namun pengalaman bersiaran di televisyen adalah suatu perkara yang baik buat individu trainer. Berbeza bercakap di hadapan peserta dan hadapan kamera. Di hadapan peserta kita dapat berinteraksi dengan audiens namun di hadapan kamera tidak. Tambah pula apabila sesinya adalah secara langsung. Di bawah saya berkongsi beberapa video kali pertama saya ke udara di TV9. Pada ketika ini saya menggantikan Professor Abdullah Hassan bercakap mengenai adat perkahwinan Melayu. Agak janggal, tapi pengalaman yang cukup berharga.

[youtube id=”Slcyk3yzATM”]

[youtube id=”1CUN8AivfCc”]

[youtube id=”tmIsMbMRJng”]

[youtube id=”D0cvNxWi90s”]

[youtube id=”HzMRHaophTs”]

Leave a Comment