Pemimpin dan Pengurus Samakah Ia?

Posted on 14. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak in Motivasi

Alhamdulillah, hari ini dapat juga menjengah laman web ini bagi berkongsi info dengan para pelawatnya. Saya baru sahaja pulang daripada menghadiri program bengkel kepimpinan dan pengurusan anjuran Kumpulan PTS. Ia diadakan daripada 11 hingga 13 Januari 2010 di As-Sakinah Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang. Program kendalian seorang jurulatih berpengalaman, Tuan Nazlim Lim Abdullah. Beliau adalah bekas pengurus latihan di syarikat Motorola.

Program ini dihadiri oleh 20 orang individu penting dalam pengurusan Kumpulan PTS yang dikategorikan sebagai barisan pertama dan kedua pengurusan PTS. Gabungan beberapa jabatan, penerbitan, jualan, pemasaran dan pentadbiran.

Bengkel ini membuka minda saya mengenai beberapa perkara. Walaupun banyak buku kepimpinan yang saya baca dan hadam selama ini. Namun membaca dengan mempraktikkan melalui program latihan sebegini amat berbeza. Membaca hanya minda menghadam, latihan jiwa juga turut mengasimilasinya.

Memimpin VS Mengurus

Ramai orang fikir bahawa mengurus dan memimpin adalah dua perkara yang sama. Seorang pengurus disangka boleh menjadi seorang pemimpin. Sebenarnya ia sama tetapi berbeza. Seorang pengurus yang baik tidak semestinya boleh jadi pemimpin yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Mengurus dalam istilah inggerisnya adalah do the right things. Manakala memimpin do things right. Seorang pengurus lebih menfokus kepada memastikan sesuatu proses dalam sesebuah organisasi mengikut prosedur, sistem dan polisi yang ditetapkan oleh pemilik sahamnya. Namun bagu seorang pemimpin menfokus kepada membangunkan manusia dalam organisasinya.

Seorang yang ingin memastikan organisasinya baik harus menjadi seorang pemimpin dan pengurus yang baik. Ini menjadikan organisasi yang dipimpinnya seimbang daripada sudut material dan spiritualnya.

InsyaAllah banyak perkara mengenai ini akan dikongsi dalam web ini. Setiap ciri utama pemimpin dan pengurus yang baik akan saya cuba kongsikan di sini bagi manfaat semua. Semua individu yang hadir dalam bengkel di Janda Baik sudah tidak sabar untuk pulang ke pejabat bagi mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperoleh.

Hasil tulisan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
md@fauzulnaim.com
Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

Leave a Reply