MINDSET: Pintu Masuk Ke Masa Hadapan

Selalu kita mendengar mengenai MINDSET. Mahu berjaya perlu ada MINDSET orang berjaya, mahu berbisnes perlu ada MINDSET orang bisnes.

Cuma persoalan, apakah itu MINDSET? Di manakah perlu kita ubah MINDSET? Bagaimanakah untuk kita ubah MINDSET?

Kita ambil satu contoh, jika saya sebut

“Saya ada sebuah rumah yang luas”

Apakah yang terfikir di minda Tuan dan Puan?

Tentu ada yang berkata begini

“Rumah dia mesti besar, sebab itu luas”

“Rumahnya rumah banglo, sebab itu luas”

“Dia mesti orang kaya, sebab itu luas”

Dan ada juga berkata begini

“Rumahnya mesti tidak ada perabot, sebab itu luas dan tentu tengah-tengahnya kosong”

Adakah setiap orang yang berkata ini salah? Tidak sebab itulah MINDSET mereka apabila mendengar perkataan LUAS.

MINDSET adalah berdasarkan apakah logik di Intelektual kita.

Setiap orang mempunyai MINDSET berbeza terhadap perkara berbeza. Mengapa? Sebab kita lahir daripada keluarga berbeza, latar belakang berbeza, cara dibesarkan berbeza, cara didikan berbeza dan walaupun kita lahir daripada ibu bapa sama, masa kita dilahirkan berbeza zaman dengan adik beradik kita.

Semuanya bergantung pada logik kita yang diterapkan dalam minda kita.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *