MINDSET BISNES: Lain Industri Lain MINDSET

Terima kasih kepada yang mengikuti posting MINDSET saya hari ini.

InsyaAllah saya akan sambung penulisan saya mengenai saya mengenai MINDSET pada hari-hari seterusnya.

Sekarang saya mengubah fokus bisnes daripada bisnes berbentuk perkhidmatan kepada bisnes dagangan produk.

Alhamdulillah pada bulan Oktober terlancarlah produk dagangan pertama syarikat saya iaitu FINE Village Chicken: Mudahnya Dapat Ayam Kampung (www.facebook.com/finevillagechicken) ke dalam pasaran.

Produk yang diperkenalkan adalah Ayam Kampung Perapan Istimewa Frozen (5 Perisa: Blackpepper, Kashmiri, Green Rose, Ayam Berempah dan Italiano D Polo) dan Ayam Kampung Frozen.

Ia seumpama memasuki padang baru, dulu masuk ke ‘padang tanah liat’. Membangunkan produk latihan sesuai kehendak pelanggan. Bertemujanji, bermesyuarat, tentukan objektif, reka bentuk program, setuju, jalankan dan habis dapatkan maklum balas. Jika diperlukan tambah dengan sesi coaching individu.

Berbeza dengan bisnes dagangan produk, ia seumpama masuk ke ‘padang ragut’. Produk dilancarkan, berusaha untuk yakinkan pelanggan untuk membelinya dengan menyesuaikan nilai-nilai mereka dengan produk kita. Jika nilainya selari, insyaAllah jualan berterusan. Jika nilai tidak dipenuhi, ‘krik, krik, krik’.

Kedua-dua bisnes ini seumpama langit dan bumi. Kedua-duanya perlukan MINDSET berbeza. Tidak mungkin MINDSET bisnes perkhidmatan disamakan dengan MINDSET bisnes dagangan. Kedua-dua ada pro dan kontranya.

Daripada cara melihat pelanggan, cara meyakinkan pelanggan, cara memuktamadkan jualan, cara mengurus produksi, cara membangunkan produk dan apa yang berkaitan adalah berbeza.

Bisnes perkhidmatan, jumlah wang masuknya besar. Sekali dapat sudah mampu membayar gaji pekerja. Namun kebanyakannya berbentuk kontrak. Jika ada pelanggan yang mahu mengkontrakkan kita, maka adalah pendapatan. Jika tiada, maka ‘gersang’lah.

Wang pendapatannya masuk agak lambat kerana ada tempoh masa ditentukan, mungkin 5 hari, mungkin satu bulan dan mungkin berbulan-bulan baru dapat bayarannya.

Berbeza pula dengan bisnes berbentuk dagangan, pendapatannya sedikit-sedikit. Namun kesemuanya tunai. Perlu jualan berbentuk kuantiti untuk samakan pendapatannya dengan bisnes perkhidmatan.

Bisnes ini walaupun sedikit daripada pendapatan per kuantiti produk namun ia membebaskan usahawan untuk meletakkan sasaran jualan dan pendapatan secara lebih tepat.

Alhamdulillah apabila mempunyai beberapa bisnes yang berbeza gelagat ini ia mematangkan minda dan mencabar kemahiran. InsyaAllah jika ada peluang di masa akan datang saya akan kongsikan pengalaman jatuh bangun bisnes saya dan bagaimana menghadapi situasi itu secara rasional.. Itupun jika ada yang mahu tahu.

Ada yang mahu tahu? Sebut ‘Mahu’

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *