Laman Baru, Semangat Baru, Menuju Tahun 2010
Posted on 22. Dec, 2009 by Fauzul Na'im Ishak in Coretan
Alhamdulillah pada hari ini dengan berbesar hatinya saya melancarkan laman web saya versi baru. Laman web ini sudah masuk tahun keempat sejak saya mula membukanya. Terdahulu laman web ini dikenali dengan alamat www.akademipenulis.com. Laman itu dinaik taraf menjadi laman syarikat saya Akademi Penulis Sdn. Bhd. selepas penubuhannya pada Mac 2009. Kemudian laman saya diubah alamat ke www.mentorpenulis.com dan akhir sekali dilancarkan di www.fauzulnaim.com.my.
Blog Sebagai Ruang Penjenamaan Diri
Seringkali saya menyarankan dalam bengkel-bengkel penulisan kendalian saya, blog adalah ruang terbaik untuk memperkenalkan diri, gagasan, input dan pandangan kita kepada dunia. Ruang blog tanpa sempadan. Ia umpama sebuah negara di bawah pemerintahan kita. Tidak ada yang boleh menghalang kita memberikan pandangan.
Namun dalam penulisan blog, kita perlu berhati-hati menurunkan tinta kerana ramai yang membaca. Saya sendiri beberapa kali blog ini menimbulkan kontroversi kerana isinya dikatakan mengguris hati. Ada individu dan ada organisasi. Namun yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Seorang penulis blog seharusnya jujur dalam penulisan kerana ia menulis dengan hati.
Blog juga adalah ruang penjenamaan diri. Seorang penulis perlu memilih dia hendak menulis dalam bidang apa, pandangan mengenai apa dan hala mana dia ingin membawa pembacanya. Namun jika ia sekadar tulisan peribadi dan bersifat rencam terserah.
Laman Baru Semangat Baru
Laman baru ini memberikan semangat baru kepada saya untuk terus menulis dan menulis. Walaupun kekangan masa kadangkala tidak mengizin, namun InsyaAllah penulisan laman ini tetap diteruskan. Di sini saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai dunia buku dan penulisan.
Pengalaman 9 tahun dan tahun depan sudah masuk ke tahun 10, banyak perkara di minda ini ingin diluah buat manfaat manusia sejagat.
Terima Kasih
Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu melawati blog ini. Teruskan sokongan Tuan Puan. InsyaAllah selagi ada daya dan hayat ia akan terus dikemaskini dengan maklumat terbaru.
Hasil tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
md@fauzulnaim.com



bina badan
02. Jan, 2010
selamat tahun baru…moga ceria..dikurniakan badan yang sihat dan cergas…
Fauzul Na'im Ishak
14. Jan, 2010
Terima kasih Tuan Bina Badan. Saya juga berminat hendak membina badan