Laman Akademi Penulis Versi Baru & Jana Wang Dengan Menulis Dilancarkan
Posted on 22. Oct, 2008 by Fauzul Na'im Ishak in Utama
Hari ini adalah hari yang cukup menggembirakan. Beberapa bulan ini merancang, mengatur, membina pasukan dan meletakkan sasaran bagi melakukan apa yang berlaku pada hari ini.
Hari ini dengan bangganya saya mengumumkan dan menghebahkan pelancaran laman web Akademi Penulis versi baru. Tentu sebelum ramai yang tertanya-tanya apa yang saya lakukan dengan laman Akademi Penulis (www.akademipenulis.com) Ada yang mengirimkan email kepada saya mengatakan kepada saya betapa ruginya saya melepaskan laman tersebut sebab ia sudah dikenali. Ada pula yang membuat jangkaan tentu ada projek baru.Jadi pada hari ini terjawablah sudah apa yang bermain di kepala ramai orang. Dalam beberapa bulan ini saya merancang untuk membina satu program pembangunan penulis khusus bagi melatih dan melahirkan ramai pengarang baru yang menghasilkan karya berkualiti. Apabila menyebut berkualiti saya kaitkan dengan memenuhi kehendak pasaran dengan input terbaik.
Kehendak pasaran pelbagai. Ada yang inginkan bahan motivasi, bahan keibubapaan dan bahan remaja. Apabila menyebut kehendak pasaran ada yang skeptik, kalau hendak karya laris terbit sahaja buku-buku berunsur erotik dan seram. Ini yang saya cuba nafikan dengan mewujudkan akademi maya di bawah pentadbiran saya sendiri. Pembinaan program pembangunan penulisan bagi mengubah bahan-bahan berkualiti kepada bahan yang menarik untuk dibaca.
[SinglePic not found]
Program di Akademi Penulis ini direka bentuk dengan mengambil kira pelbagai faktor. Faktor keperluan pengarang, keperluan pembaca, kehendak pasaran, keperluan ummah. Kesemua ini digabungkan dengan penghasilan program 2 fasa iaitu :
Pengalaman 8 tahun menceburi bidang penerbitan, mengendalikan bengkel-bengkel penulisan seluruh negara, bertemu para pengarang dan bakal pengarang seluruh nusantara dicurahkan ke dalam program ini.
Di sini juga saya ingin umumkan pelancaran laman program pembangunan penulis, LAMAN JANA WANG DENGAN MENULIS di www.janawangdenganmenulis.com
Harapan saya dengan pelancaran kedua-dua laman web ini ia dapat memberikan banyak manfaat kepada dunia penulisan dan penerbitan Malaysia khususnya dan dunia amnya. Moto Transformasi Dunia Melalui Perkataan akan diaplikasikan dengan program yang komprehensif ini. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi talian hotline di 1 700 80 2776 ataupun email kepada akademipenulis@bookpro.my ataupun terus layari www.janawangdenganmenulis.com
Hasil tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com


