Kaedah Menggunakan ‘Prop’ dalam Pembentangan 1

Semalam saya ada mengirimkan satu status FB yang berbunyi berikut:

prop

Saya belajar mengenai prop ini daripada dua orang sifu saya iaitu Tuan Kamran Kiyani dan Tuan Mohd Rizal Hassan. Kedua-duanya menjelaskan kepentingan prop dengan baik. Tuan Rizal Hassan terkenal dengan prop ‘bangau’nya.

Prop adalah suatu pasak visual dan kinestetik bagi sesiapa yang tahu apa itu Visual Auditori Kinestetik dalam pelajaran Neurolinguistik Programming. Pasak visual kerana apabila seseorang memandang prop itu dan dihubung kaitkannya dengan suatu konsep, ia memudahkan ingatan apabila individu itu terpandang alat sama di masa akan datang. Ingatan terhadap konsep akan berlaku.

Apabila prop itu dapat dipegang dan disentuh. Ini menjadikan ia suatu aktiviti pembelajaran aktif. Sentuhan adalah salah satu komponen dalam pasak kinestetik. Apabila berlaku sentuhan dan dihubung kaitkan dengan pembelajaran ia menguatkan ingatan terhadap pembelajaran itu.

Apakah kebaikan Prop?

PERTAMA: Ia akan menyebabkan sesuatu pembelajaran mengenai ilmu menjadi jelas dan konkrit. Apabila seseroang mahu bercerita mengenai kapal terbang, di hadapannya diletakkan kapal terbang. Terus ternampak jelas di hadapan mata audiens.

KEDUA: Ia dapat menyentuh emosi. Apabila seseorang bercerita mengenai anaknya yang hilang atau meninggal dunia. Beliau membawa audiens menjelajah dalam perjalanan cerita dengan membawa bantal busuk, teady bear dan kasut kecil anaknya. Ini memberikan kesan kepada emosi audiens apabila memandang kepada alat sama di masa akan datang.

KETIGA: Ia metafora ataupun anologi berkesan. Sebagai contoh prop katak saya kaitkan dengan orang yang selesa dan tidak mahu berubah. Saya gunakan ladung untuk menunjukkan hukum memberi dan menerima. (Perlu jemput baru tahu 😉 )

KEEMPAT: Ia dapat menyuntik keseronokan. Membawa panah dan busur bagi menunjukkan konsep matlamat hidup.

KELIMA: Ia meningkatkan fokus peserta. Sepertimana Profesor Walter Lewin di bawah

InsyaAllah dalam posting seterusnya jika ada yang berminat untuk mengetahui lebih, saya akan buat tambahan lagi bagaimana merancang sebuah pembentangan efektif menggunakan prop. ENJOY! 😉

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *