GST: Nota untuk Usahawan, Pelajaran daripada Perunding Akaun

Alhamdulillah kami baru sahaja melantik seorang perunding akaun yang akan membantu FINE Training Academy bagi menguruskan urusan perakaunan dan GST. Hari ini saya mendapat beberapa input menarik daripada beliau saya mahu kongsikan di sini.

Screen Shot 2015-04-25 at 5.52.44 AM

Ini adalah antara kesimpulan yang saya peroleh daripada beliau mengenai GST:

  1. Syarikat yang dikenakan GST adalah seumpama agen yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan. Wang yang diperoleh itu adalah bukan duit syarikat ia duit kerajaan.
  2. Sukar untuk menurunkan harga barang walau ada barangan yang tidak dikenakan GST kerana kos untuk menjual barang tidak dikenakan GST meningkat kerana GST. Contoh ayam tidak dikenakan GST tetapi kos menjualnya ada GST di belakang seperti letrik, tayar kereta, air, sewa kedai dsb. Jadi syarikat tidak mahu rugi, caranya menaikkan harga ayam yang tidak dikenakan GST ke harga munasabah dengan kos tambahan di belakang. Hatta Mydin yang mengatakan tidak kenakan GST sebenarnya ada GST. Harga dikenakan adalah 94% + 6% GST. Jangan tertipu.
  3. Mana-mana sebut harga yang sebelum GST dan dilaksanakan selepas dikuatkuasakan GST tetap dikenakan GST. Tidak ada soal pengecualian GST dalam hal sebegitu. Ini adalah ‘undang-undang Tuan tanah’ mana yang ada perlu diikut. Jika tidak lebih baik pindah ke luar Malaysia.
  4. Yang paling teruk adalah pengguna akhir kerana tidak dapat menuntut input tax daripada kerajaan. Kasihan.

Jika ada yang berlainan pandangan boleh berikan, ini apa yang saya faham. Jika salah fahamkan saya semula

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *