Fauzul Naim Ishak: Human Transformation Coach & Trainer

Salam 2012: Perubahan Drastik Dalam Hidup
Apabila melihat tulisan terakhir saya dalam blog ini, rupa-rupanya sudah hampir 5 bulan saya tidak menumpahkan sebarang tulisan di sini. Memang terasa bersawang laman web ini. Sebenarnya saya mencari sebab untuk menulis semula di sini. Antara yang saya baru sahaja lakukan adalah meminta sepupu saya, Tuan Ahmad Hafizal membuat rekaan semula kepada laman web ini.

Tahun 2012 ini adalah tahun transformasi hidup buat diri saya. Tahun yang saya membuat beberapa anjakan ke hadapan, mungkin ada orang melihat ia sebagai anjakan ke belakang. Lain-lain orang, lain-lain persepsi. Semua persepsi adalah betul  . Alhamdulillah pada 1 Januari 2012, saya mengesahkan diri saya sebagai seorang jurulatih, coach, motivator, professional learning facilitator dan penceramah sepenuh masa.

Para Jurulatih FINE Academy, THE AVENGER yang memperkasa ummah

Keputusan ini bukanlah suatu keputusan yang mudah selepas sekian lama berada dalam PTS, sebuah syarikat, sebuah industri yang pada mulanya asing, kemudian membawa pasukan kepada kejayaan yang dikecap sekarang. Memang pelbagai perkiraan dibuat. Akhirnya selepas beberapa muzakarah dengan rakan kongsi saya, Tuan Arief kami bersepakat atas suatu perkara. Saya dibenarkan untuk membuat apa yang saya mahu buat.

Namun tetap tidak boleh keluar daripada PTS. Saya hanya menukar fungsi daripada dahulunya dengan fungsi eksekutif, sekarang sebagai penasihat kepada eksekutif. Menjadi pengarah penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. (nama PTS selepas dijenamakan semula). Terima kasih sahabatku, Arief, terima kasih bonda Ainon Mohd. atas kepercayaan dan keizinan ini. Ini yang saya amat sayang berkenaan PTS. Kepercayaan dan kekeluargaan, sukar saya peroleh di tempat lain. Tidak ada sebab saya mahu keluar daripada syarikat yang saya merasakan sudah menjadi sebahagian daripada diari hidup saya. Apa yang berlaku sekarang bukanlah bermaksud saya keluar, cuma menukar fungsi. Saya tetap PTS, masih PTS dan selamanya PTS. InsyaAllah. Semoga Allah tetapkan hati saya dalam perjuangan ini.

Lonjakan Baru

Tahun ini saya berfungsi sepenuhnya sebagai Presiden/CEO/Master trainer di FINE Training Academy Sdn. Bhd. atau FINE Academy (dahulunya dikenali sebagai Fauzul Na’im Sdn. Bhd.). Syarikat yang saya asaskan bersama dengan isteri. Syarikat yang sekian lama menjadi impian kami bersama. Bermula daripada hanya syarikat berstatus perkongsian, Book Pro Publishing Services. Menjalankan projek-projek perkhidmatan penerbitan. Dapatlah beberapa projek kecil, kemudian percubaan melangkah ke dunia latihan penulisan. Menjalankan pula bengkel-bengkel secara kecil-kecilan. Kemudian memutuskan untuk membesar dengan mengwujudkan Akademi Penulis Sdn. Bhd. dan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. dan sekarang menjadi sepertimana dilihat, didengar dan dirasa.

Ini adalah suatu lonjakan baru dalam hidup saya. Dahulu setiap bulan hanya tahu bahawa gaji berada dalam bank dengan tangga gaji yang pasti (tentulah tahu situasi kewangan di PTS, cuma tidak berapa ambil hirau sebab ada Arief dan Puan Hasnah, akauntan PTS yang memikirkan bagi pihak  ). Sekarang mahu ambil gaji di syarikat sendiri pun terasa seperti….. seperti apa ya? Sebagai seorang majikan dan pemilik, apa yang lebih penting adalah memberikan terbaik kepada pekerja dahulu. Apabila mahu ambil gaji, terasa seperti mengambil hak pekerja. Itu cuma rasa saya, hanya kata-kata dalam diri sendiri. Walauapapun tetap perlu mempunyai kewangan sendiri. Mungkin ramai yang akan terkejut apabila saya memberitahu bahawa selama saya berada di FINE Academy ini sehingga saat ini, saya belum pernah mengambil sebarang gaji secara rasmi. Apa yang saya ambil hanyalah wang daripada bahagian saya sebagai seorang trainer untuk program kendalian saya sahaja. Pelik bukan?

Kursus Penulisan Berkesan di Kuantan Pahang

Pada ketika ini, saya berinternet dari kafe di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur. Saya baru sahaja selesai mengendalikan 2 modul dalam Kursus Penulisan Berkesan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia. Alhamdulillah ini adalah program ketiga IKIM yang saya dijemput sebagai pengendali bengkelnya. Apabila menjadi usahawan dalam bidang latihan ini, juga mengendalikan program sebagai trainer, ia mewujudkan kepuasan pada diri saya. Kepuasan disebabkan dua faktor. Pertama, saya bebas membuat keputusan apa yang saya mahu buat. Masa saya adalah milik saya.

De Rhu Beach Resort, tempt berlangsungnya Kursus Penulisan Berkesan

Namun yang ajaibnya, dalam keadaan bebas sebegini tetap sibuk juga. Dua kali ganda lebih sibuk berbanding menjadi Pengurus Besar Penerbitan di PTS dahulu. Kerja kadangkala sehingga jam 1.00 pagi. Isteri dan anakanda-anakanda sudah dibuai mimpi, namun saya masih lagi menaip di Mac Book Pro saya  . Kedua, saya menyumbangkan semula hasil pengalaman saya kepada masyarakat. Pengalaman daripada zaman sebagai seorang mahasiswa yang aktif dalam universiti, mengendalikan program-program besar universiti, memulakan langkah dalam dunia penerbitan, membantu membesarkan syarikat hingga sekarang diiktiraf sebagai antara yang terbaik dalam industrinya, membangunkan generasi baru PTS hingga sekarang mereka sudah dapat diberikan kepercayaan memimpin, membangunkan produk buku dan jenamanya. Kesemua ini saya terjemahkan dan tumpahkan ke dalam program-program kendalian saya.

Saya merasakan pengalaman yang ditempuh ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain untuk mempercepatkan pembangunan diri, pembangunan dan pengembangan organisasi dan memacu kejayaan mereka sepertimana yang pernah saya lakukan sebelum ini. Alhamdulillah Allah memberikan saya masa untuk melakukannya sekarang. Selepas PTS membesar dan berdiri hebat dalam pasaran. Inilah masanya menyumbang kembali kepada masyarakat.

Panggilan untuk masuk ke kapal terbang sudah bergema. Nanti saya sambung kembali penulisan ini. Terima kasih kerana masih sudi membaca tulisan saya di sini

Pengharaman Buku PTS: Teguran untuk Pihak Berkenaan
Hari ini saya membaca satu tajuk artikel dalam MalaysiaKini “Penerbit pertahan novel ‘haram’ Faisal Tehrani“. Saya tersenyum sendiri. Novel ini adalah karangan sahabat seuniversiti saya Dr. Faisal Tehrani. Sebelum penerbitan buku ini dibuat, saya beberapa kali memohon pihak editor PTS Litera Utama Sdn. Bhd., divisyen penerbitan buku di Kumpulan PTS yang menerbitkan karya-karya sastera dan fiksyen dewasa memeriksa fakta yang ada di dalamnya. Ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur yang tidak bersesuaian dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah wujud di dalamnya sebelum diterbitkan. Ia sudah diserahkan kepada beberapa pakar dalam bidang syariah dan usuluddin untuk dibaca. Selepas beberapa kali dibuat bacaan dan pemurnian dibuat, barulah karya ini disahkan ‘halal’ dan dibenarkan untuk penerbitan.

Sahabat pengarang saya ini memang sudah diketahui umum sebagai antara individu yang ber’simpati’ dengan pihak kumpulan pejuang keluarga Rasulullah. Hinggakan ia ada mengeluarkan beberapa kenyataan agak kontroversi dalam blognya tempoh hari. Ini juga menyebabkan saya beberapa kali meminta pihak editor membuat kaji selidik mendalam sebelum menerbitkannya.

Sahabat Saya Dr. Faisal Tehrani yang sentiasa mengagumkan saya dengan tulisannya

Apa yang berlaku ini menyebabkan saya tersenyum sendiri. Saya terfikir siapakah sebenarnya yang mengeluarkan polemik pengharaman buku ini. Saya terbaca mengenainya di status di facebook mantan editor di syarikat saya Tuan Syafiq Zulakifili yang sekarang berada di TV Al-Hijrah

Status FB Tuan Syafiq Zulakifili

Apa yang saya tahu pihak PTS masih belum pernah menerima sebarang makluman secara rasmi mengenainya daripada mana-mana pihak. Ini yang benar-benar menghairankan saya. Walaupun saya ini dalam percutian panjang daripada PTS, namun setiap pergerakan dan kejadian yang berlaku di pejabat saya itu tidak satupun terlepas daripada pengetahuan saya. (Ini boss yang sentiasa memasang radar di pejabat   ).

Peristiwa ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku satu ketika dahulu apabila mendapat tahu buku terbitan kami dirampas oleh pihak agensi terbabit di beberapa kedai buku Popular. Ia berlaku di dua tempat, satu di Sabah dan satu lagi di Cheras. Buku yang dirampas adalah buku Rahsia Arqam tulisan Tuan Ann Wan Seng terbitan PTS Millennia Sdn Bhd. Ketika itu saya masih lagi pengurus penerbitan di PTS Millennia. Berita ini pun kami tahu melalui kedai buku dan tidak pernah mendapat sebarang makluman daripada pihak berkenaan mengenainya.

Buku PTS yang pernah di'haram'kan satu masa dahulu

Saya pada ketika itu agak berang kerana tindakan yang dilakukan menyebabkan kedai-kedai buku yang terbabit menjadi takut dan ingin memulangkan buku itu kepada PTS. Bukan sahaja ia menyebabkan kedai-kedai buku Popular melakukannya, tetapi juga kedai-kedai buku lain. Dunia penerbitan dan jualan buku di Malaysia ini tidaklah sebesar mana. Apabila berlaku satu kejadian, maka kesemua orang dalam industri akan mendapat tahu. Surat rampasan tersebut juga difakskan kepada saya oleh pihak kedai buku yang dirampas naskhahnya.

Ini menyebabkan saya menelefon sendiri kepada pihak agensi terbabit di Sabah untuk mengesahkannya. Saya menelefon nombor yang terpapar pada surat itu. Selepas dialihkan kepada beberapa orang individu di sana (panik juga mereka apabila penerbit buku menghubungi sendiri) barulah saya dapat bercakap dengan ketua unit mereka. Saya bertanya sama ada benarkah operasi rampasan ini menunjukkan buku Rahsia Arqam ini adalah haram. Apakah sebabnya? Apakah hujah dan nas yang digunakan untuk tujuan rampasan itu? Ketua yang mewakili agensi terbabit itu mengatakan ia bukanlah menunjukkan bahawa buku ini haram. Istilah rampas juga tidak patut digunakan kerana pada pandangannya ia bukanlah suatu rampasan, cuma satu aktiviti mengambil naskhah contoh bagi dibuat kajian. Tiada sebarang alasan lain diberikan.

Namun saya tetap tidak berpuas hati kerana saya membaca sendiri surat yang dikeluarkan, memang ia menunjukkan pernyataan bahawa rampasan dibuat. Pihak agensi terbabit memohon maaf dan berjanji untuk membuat pembetulan kepada ayat dalam surat bagi mendinginkan sedikit kemarahan saya pada ketika itu. Saya menasihati pihak agensi terbabit pada ketika itu supaya sebarang pengambilan naskhah jangan dibuat di kedai buku, ia menimbulkan persepsi buruk kedai buku kepada penerbit. Apabila naskhah contoh diambil di kedai buku dengan sendiri ia dianggap sebagai rampasan. Pihak kedai buku akan mula mengira kerugian. Sepatutnya pihak agensi terbabit tidak mengambil naskhah contoh di kedai buku, minta sahaja dengan pihak penerbit. Bukan setakat 5 naskhah, 100 naskhah pun pihak penerbit boleh berikan.

Kes yang sama berlaku di Cheras yang mana saya menyatakan perkara yang sama kepada pegawai agensi terbabit di Selangor yang saya hubungi pada ketika itu. Pada pandangan saya, tindakan sebegini amat tidak menghormati penerbit buku. Penerbit buku seperti kami amat berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu karya. Setiap karya yang diterbitkan terutamanya yang kita merasakan ada kontroversi berkali-kali diteliti oleh beberapa pihak editor yang ada latar belakang agama mahupun tidak, penasihat syariah dilantik secara rasmi ataupun tidak rasmi dan beberapa pihak lain sebelum dibenarkan penerbitannya. Ada juga beberapa pihak yang dipilih itu adalah juga panel penasihat yang pernah dilantik oleh agensi kerajaan. Pihak penerbit melakukan kesemua ini bagi memastikan akidah pembaca tidak rosak dan goyah. Kami menerbitkan buku bukan untuk pelaburan di dunia sahaja, tetapi juga untuk pelaburan di akhirat.

Nasihat saya kepada pihak berkenaan, sebelum membuat sebarang rampasan buku pohon melakukan perkara berikut:

Berbincang secara berhemah dengan penerbit buku berkaitan. Lihat daripada perspektif pihak penerbit buku dan mengapa mereka mahu menerbitkan karya ini. Saya yakin dan percaya kebanyakan penerbit buku di Malaysia amat prihatin mengenai sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Kami tidak akan menerbitkan buku selagimana ia tidak disahkan tidak bersalahan daripada sudut akidah.

Jika mahu melakukan sebarang proses kaji selidik naskhah, terus menghubungi pihak penerbit buku. Saya yakin dan percaya pihak penerbit buku bersedia untuk bekerjasama menyerahkan naskhah contoh yang diperlukan mengikut jumlah yang wajar.

Buat makluman awal kepada pihak penerbit buku sebelum sebarang pengwartaan pengharaman buku. Ini kerana pihak penerbit pun mahu tahu apakah sebabnya sesuatu pengharaman dilakukan. Benarkah pihak penerbit buku membuat penjelasan dan penghujahan sebelum ia diputuskan untuk diharamkan. Di samping itu pihak penerbit boleh melakukan tindakan sewajarnya seperti menarik semula kesemua buku bagi mengurangkan risiko kerugian ditanggung penerbit.

Pihak saya juga pernah mencadangkan kepada beberapa pegawai di agensi terbabit untuk mengadakan cop halal terbit bagi memudahkan para penerbit buku menentukan sama ada sesuatu buku itu boleh ataupun tidak diterbitkan. Cuma yang saya agak pelik mengapakah filem-filem yang berunsurkan khurafat dan ada unsur seksual tidak pernah pula mendengar dirampas ataupun dihalang terbit sedangkan ia bukan sahaja merosakkan akidah malahan divisualkan pula. Ini juga termasuk dengan filem-filem barat yang jelas menunjukkan aksi-aksi ghairah dalam paparan filemnya tetapi tidak pernah pula mendengar pihak agensi terbabit membuat rampasan ataupun mengambil “naskhah contoh” untuk tujuan kajian. Tentu alasan yang akan diberikan adalah

Ini bukan dalam bidang kuasa kami. Ia berada dalam bidang kuasa FINAS dan lembaga penapisan filem

Walaubagaimanapun sehingga sekarang buku tulisan Dr. Faisal Tehrani ini tetap saya anggap HALAL selagimana tidak ada pihak agensi terbabit tampil memaklumkannya. Kepada para pembaca, nasihat saya belilah cepat-cepat buku ini sebelum ia benar-benar di’HARAM’kan. Layari www.bookcafe.com.my untuk mendapatkan naskhahnya sekarang.

Buku yang menimbulkan kontroversi sekarang. Dapatkan di www.bookcafe.com.my

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Adaptasi Novel ke Filem: Coretan Pengalaman
Ombak Rindu adalah filem terbaru hasil adaptasi novel kepada filem. Ia dikatakan mencatatkan jualan jutaan ringgit dalam beberapa hari tayangan. Akibat daripadanya maka mula wujud polemik pembayaran kepada pengarang kerana merasakan berlaku tidak adil kepada pengarang. Ini disebabkan bayaran yang diterima oleh pengarang tidak seberap jika dibandingkan dengan jumlah kutipan filemnya.

Ombak Rindu, filem adaptasi karya novel yang sekarang 'pecah panggung' dengan kutipan jutaan ringgit

Pihak pengarang mengadu melalui media mengatakan bahawa bayaran diperoleh tidak setimpal. Hanya mampu membayar tiket beliau pulang dan balik di antara Johor dan Kuala Lumpur sahaja.

Apabila saya membaca berita ini, saya hanya tersenyum sahaja. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya hadapi pada ketika mengendalikan situasi serupa untuk pelesenan karya Karipap-Karipap Cinta. Karipap-Karipap Cinta adalah karya pertama PTS yang diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Filemnya diterbitkan oleh Cinematics di bawah arah Tuan Hafsham. Pada fasa awal sebelum pihak kami bersetuju untuk membenarkan filem ini diterbitkan beberapa perbincangan dibuat di antara saya yang mewakili PTS, Tuan Hafsham mewakili Cinematics dan Tuan Nazri Vovin pengarang asal novel ini. Dalam perbincangan ini disentuh semua aspek penerbitan semula dalam adaptasi karya ini. Aspek penceritaan semula, aspek kewangan, aspek hak cipta dan aspek hak pengarang.

Daripada perbincangan itu saya mendapat pelbagai maklumat yang membuka minda saya. Penerbitan filem adalah lebih kompleks jika dibanding dengan penerbitan buku. Ia perlu mengambil kira pelbagai aspek yang tidak pernah kami tempuhi di dunia penerbitan buku. Daripada penulisan skrip, lakon layar, pemilihan pelakon, pemilihan tempat bersesuaian dengan cerita, pemilihan prop dan yang paling penting dananya. Ini adalah antara perkara yang perlu diketahui oleh semua pengarang yang mahukan karyanya diadaptasi dalam bentuk filem. Pengarang hanya memikirkan aspek cerita, watak dan penataan plot sahaja. Semuanya boleh diceritakan dalam bentuk penulisan. Kadangkala ia mungkin sukar berlaku dalam realiti sebenar. Ini yang menyebabkan plot novel yang kita baca dalam masa satu ke dua hari sukar mahu diterjemahkan sepenuhnya dalam filem berdurasi 2 jam sahaja.

Karipap-Karipap Cinta adaptasi novel bestseller PTS

Saya amat memuji Tuan Hafsham apabila dalam perbincangan yang dibuat beliau tertarik untuk menjadikan pengarang novel Karipap-Karipap Cinta sebagai penulis lakon layarnya. Ini menjadikan karya ini bukan sahaja adaptasi daripada karya novel tetapi diadaptasikan sendiri oleh pengarang asalnya. Ini adalah kelebihan apabila perbincangan yang dibuat matang dan masak. Bukan sahaja pihak pengarang berpuas hati, penerbit buku dan penerbit filem kedua-duanya juga berpuas hati.

Dalam perbincangan yang diadakan dipersetujui beberapa perkara iaitu:

Pihak penerbit filem akan membayar untuk pelesenan karya dalam bentuk adaptasi novel. Pembayarannya secara pukal kerana pihak penerbit filem perlu melakukan beberapa perubahan kepada cerita asal bagi bersesuaian dengan kaedah penerbitan filem. Tidak semua yang diceritakan dalam novel dapat diterjemahkan ke dalam bentuk filem atas sebab-sebab teknikal.

Pihak pengarang dan pihak penerbit buku akan membahagi wang bayaran secara pembahagian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak penerbit filem dan penerbit buku kedua-duanya mempunyai hak untuk mendapat kelebihan promosi untuk filem dan bukunya.

Pengarang dilantik sebagai penulis lakon layar dan bayarannya diuruskan oleh penerbit filem dan bukan penerbit buku.

Filem tidak akan diterbitkan selagi mana perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak ditandatangani.

Hak-hak pengarang dijaga.

Alhamdulillah kesemua ini dipersetujui dan ketiga-tiga pihak, pengarang, penerbit buku dan penerbit filem bersetuju dalam perkara di atas.

Saya melihat kes yang berlaku di antara pengarang asal novel Ombak Rindu dengan pihak Alaf 21 Sdn Bhd adalah sama sahaja aturannya dengan situasi di atas. Mungkin disebabkan filem Karipap-Karipap Cinta kutipannya tidak sehebat Ombak Rindu menjadikannya tidak berapa sensasi untuk dijadikan isu. Namun saya yakin dan percaya segala urusan profesionalisme sudah diuruskan oleh pihak penerbit buku dengan persetujuan pengarang. Namun pada ketika wangnya tidak berapa kelihatan, semuanya dirasakan bagus. Namun apabila wangnya mula muncul dalam bentuk angka lima, barulah isu sebegini dilihat ‘seksi’ untuk dibangkitkan.

Nasihat saya kepada pengarang-pengarang yang ingin menjadikan karya mereka sebagai karya yang akan diadaptasikan ke dalam bentuk filem melakukan beberapa perkara. Ini dilakukan sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Fahami betul situasi dunia filem dan tidak hanya melihat situasi dalam bentuk karya asal. Ambil kira bebanan yang ditanggung oleh pihak penerbit filem, risiko yang mereka tanggung, apa kesannya jika gagal dan jika berjaya.

Jika merasakan tidak berbaloi, maka tidak perlu tandandatangan sebarang kebenaran untuk pengadaptasian.

Jika mahu untung yang lebih, ambil kira untuk menjadi sebahagian daripada produksi filemnya seperti menjadi penerbit filem, pengarang filem, pengarang skrip, penulis lakon layar dan menjadi pelakon. Kesemua ini adalah PILIHAN yang membolehkan kita mendapat untung maksimum daripada karya kita. Tiru apa yang dilakukan oleh Kang Abik AKA Bapak Habiburrahman El-Shirazy yang melakukannya untuk karya tulisan beliau bagi memaksimumkan untung dan memastikan kesucian karyanya dijaga.

Saya bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh Dato Haji Hussamuddin Yaakob, pemilik Kumpulan Karangkraf. Beliau melihat ini bukanlah pada untung masa singkat, ia melihat untung jangka panjang. Apabila filemnya mendapat sambutan hangat, sudah tentu jualan novelnya pun naik. Ini tentu memberikan kesan kepada pendapatan yang akan diperoleh pengarang asalnya.

Tip Re-Code 25 November 2011: Mati Motivasi Terhebat
Lama saya tidak mengemaskini laman web ini, atas beberapa “bangau” yang menyebabkan saya tidak berkesempatan melakukannya. Alhmdulillah kehidupan berjalan sepertimana diharapkan. Perancangan-perancangan yang diatur di syarikat saya FINE Academy, perancangan keluarga dan perancangan hidup berada berjalan lancar.

Apabila mengkaji mengenai hidup, kita akan mula mengenal erti mati. Betapa bahagianya kita berada di dalam dunia kehidupan ini. Namun sebenarnya ia adalah sementara. Yang lebih kekal adalah dunia kematian. Ia abadi hingga selama-lamanya. Apa yang kita buat semasa hidup tidak lama berada bersama kita. Wang kita, kereta kita, harta kita, anak isteri kita dan kerjaya kita hanyalah pinjaman sementara. Satu masa nanti pemiliknya mengambil kesemua ini daripada kita sama ada kita mahu ataupun tidak. Yang lebih abadi adalah segala pelaburan untuk mati. Amal kita, pahala kita, ibadah kita dan segala kebaikan kita itu adalah lebih abadi. Namun yang menariknya sejauh mana kita benar-benar melabur untuk dunia kematian ini? Adakah benar-benar kita bersedia untuk ke sana?

Ada yang mungkin melabur untuk menjadikannya sebuah ‘percutian’ hebat. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dan niat kerana Allah. Apabila mereka berbuat begitu ia adalah ibadah. Kerjanya ikhlas, efektif dan efisien. Segalanya adalah yang terbaik kerana bukan hanya memikirkan hasilnya di dunia tetapi memikirkan redha dan barakah kepada rezeki yang diperoleh. Persekitarannya dijaga sepertimana mereka menyayangi diri mereka. Sudah tentu segala disuruh Allah itu dibuat dan mana dilarang ditegah.

Ada yang melabur untuk menjadikannya persediaan memenjarakan diri di akhirat. Mereka meletakkan diri ke dalam kandang pesalah. Bersedia menerima hukuman berat di padang mahsyar kelak. Bekerja ala kadar, hubungan sesama insan tidak dijaga. Maksiat dan bukan seperti sama sahaja. Hidup di dunia adalah sementara, kata mereka. Jadi perlulah enjoy. Di tempat kerja pun sama. Tidak ada rasa ikhlas untuk membangunkan organisasi. Alasannya sekadar makan gaji.

Walaubagaimanapun sama ada kita bersedia ataupun tidak, ia akan tiba. Mati itu adalah suatu yang pasti. Mendiang Steve Jobs pernah berkata dalam satu ucapan beliau

“No one wants to die. Even people who want to go to heaven don’t want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very likely the single best invention of Life. It is Life’s change agent. It clears out the old to make way for the new. Right now the new is you, but someday not too long from now, you will gradually become the old and be cleared away.

Sorry to be so dramatic, but it is quite true. Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma — which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of others’ opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”

Kata-kata seorang manusia hebat ini patut kita hayati bersama. Dalam hidup, apabila kita menghayati mati sebenarnya kita akan lebih kenal erti hidup. Kadangkala kita ini sebenarnya ada potensi yang maha hebat. Namun disebabkan kita hanya berfikir untuk menjadi biasa-biasa, maka ia terpendam di dalam diri sahaja. Apabila kita berfikir kita ini akan mati. Maka kita berfikir “nothing to loose“. Maka kita tidak ada rasa curiga untuk bergerak ke depan kerana di dunia sementara. Gagal dan berjaya adalah proses pembelajaran, yang mana tuaian sebenar adalah alam akhirat.

Tidak perlu kita menjadi orang lain hanya kerana kita mahu menjadi seorang yang dianggap popular. Kita adalah kita, tidak mungkin menjadi orang lain. Serlahkanlah kehebatan, kerana kita semua insan terpilih. Sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan dengan segala potensi yang ada pada diri kita. Sempadannya hanya minda dan hati.

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Tip Re-Code 4 November 2011: Insurans Sosial Sokongan Kejayaan
Pada ketika ini saya berada di Ros Restoran, restoran berdekatan dengan stesen bas Transnasional Kota Bharu. Saya bersama pengurus divisyen latihan, saudara Mustaffa Mohammed Kassim menunggu jam 9 pagi untuk menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah program Re-Code DiSC! Di sini berjaya mencapai sasarannya. Banyak perkara yang saya peroleh daripada sesi-sesi bersama para kakitangan Kolej Poly-Tech MARA di dua kampus di sini iaitu Kampus Cawangan Kota Bharu dan Kampus Kejururawatan di Kemumin. Beberapa cadangan penambahbaikan akan diberikan kepada pihak pengurusannya untuk memperkasa lagi organisasi KPTM ini.

Selama berada di sini saya mengalami satu kesukaran. Selama berada di sini saya ‘patah kaki’ disebabkan saya tidak mempunyai kenderaan. Keputusan di saat-saat akhir untuk tidak membawa kereta dibuat untuk memberikan ruang rehat kepada saya dan kakitangan. Kami menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Saya berfikir bahawa selama berada di Kota Bharu saya akan bergerak menggunakan teksi sahaja. Namun apabila berada di sini saya mengalami kesulitan untuk mendapatkan teksi di tepi jalan. Kebanyakan orang Kota Bharu menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak. Ini menjadikan pengangkutan awam adalah pilihan akhir untuk bergerak.

Ini menjadikan saya dan Mustaffa hanya berada di kawasan sekitar hotel sahaja untuk makan dan minum. Saya meminta bantuan seorang rakan untuk mendapatkan kereta sewa. Namun mengejutkan bahawa saya hanya boleh mendapatkan kereta sewa dengan depost sebanyak RM1,000. Bukannya tidak ada wang namun apabila difikirkan balik seperti pelik, dibatalkan hasrat itu.

Selepas berinteraksi dengan rakan peserta dalam bengkel, ada seorang peserta bengkel bernama Ustaz Rusli menawarkan saya keretanya untuk dipinjam. Beliau mempunyai dua biji kereta dan salah satunya tidak ada orang menggunakannya. Alhamdulillah selepas itu saya mendapat ‘kaki’ semula. Inilah pentingnya INSURANS SOSIAL.

Insurans sosial adalah apa sahaja perkara yang kita lakukan kebaikan kepada orang lain, membina jaringan dan membangunkan rangkaian sahabat di semua tempat. Mengapa saya katakan ia sebagai insurans? Apakah fungsi insurans? Insurans adalah apa sahaja bentuk perlindungan pada diri yang dapat memberikan sokongan kepada kita di waktu kita susah ataupun musibah. Itu yang saya jadikan definisi untuk perkara ini.

Apabila kita mempunyai ramai sahabat maka kita akan mempunyai tenaga sokongan untuk membantu kita di waktu kita memerlukan. Saya mula diperkenalkan dengan istilah ini oleh bonda angkat saya yang juga pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd. Pada ketika itu saya masih lagi di peringkat universiti. Saya berkawan karib dengan anak beliau En. Arief Hakim Sani yang juga pengarah urusan Kumpulan PTS sekarang sejak dari zaman saya berada di Pusat Asasi Sains. Pada ketika itu Arief sering membawa saya bertemu dengan Puan Ainon di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya (sekarang sudah menjadi Pusat Matrikulasi UIAM). Puan Ainon sering berada di pejabat suami beliau Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

Saya sering berdiskusi mengenai pelbagai perkara pada ketika itu. Satu hai beliau berkata mengenai satu perkara yang memberikajesan mendalam pada diri saya sekarang. Kata beliau

Saudara Fauzul, saudara adalah seorang pemimpin mahasiswa (pada masa itu saya adalah Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya). Saudara perlu ada banyak insurans sosial.

Saya terpinga-pinga.

Apa itu insurans sosial makcik? ( saya memang memanggil beliau makcik sejak daripada zaman UM hingga sekarang)

Insurans sosial itu adalah banyakkan kawan. Kita tidak tahu kawan-kawan kita nanti akan jadi apa di masa hadapan. Mungkin jadi perdana menteri, ketua menteri, ahli politik, ketua jabatan dan mungkin CEO syarikat. Ada juga yang tidur dengan oang-orang besar ini (maksudnya jadi suami ataupun isteri). Jika pada ketika itu kita memerlukan bantuan, mereka inilah yang dapat membantu kita.

Inilah kata-kata yang menjadi pendefinisian utama insurans sosial saya hingga sekarang. Banyakkan sosial insurans, insyaAllah kejayaan sentiasa bersama kita.

Bacalah dengan nama Tuhanmu. Doakan saya selamat dalam perjalanan saya pulang ke Kuala Lumpur.

Tip Re-Code 29 Oktober 2011: Belajar daripada Tandas
Alhamdulillah saya baru sahaja mendaftar masuk di Rose Garden Inn, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Selepas 8 jam perjalanan dengan bas, kemudian diturunkan jauh daripada perhentian sebenar disebabkan Jom Heboh di tengah bandar Kota Bharu, diambil teksi dengan bayaran RM15 dan akhirnya sekarang sudah berada di dalam bilik.

Tentu ada yang tertanya mengapa memilih menaiki bas? Asalnya saya bercadang ke Kota Bharu dengan menaiki kereta dengan diiringi oleh pengurus divisyen latihan, saudara Mustaffa Mohammed Kassim. Namun apabila memikirkan keletihan memandu dan program padat 5 hari berturut-turut bermula besok hingga Khamis. Maka keputusan dibuat di akhir waktu sehari sebelum ke sini.

Saya tidak menaiki kapal terbang kerana memikirkan tambangnya sudah tentu melambung kerana membeli di akhir waktu. Tambahan pula saya mahu merasai nostalgia menaiki bas menjelajahi daerah-daerah yang pernah saya tempuhi semasa belajar di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya dahulu. Pada ketika itu ayah ibu saya tinggal di Kubang Kerian, Kelantan. Jalan yang sama saya lalui setiap kali pulang ke rumah.

Sebentar tadi semasa bas singgah sebentar di restoran berdekatan Merapoh untuk membenarkan para penumpangnya makan tengah hari. Selepas menyantap makan tengah hari, saya ke tandas. Pihak restoran mengenakan bayaran sebanyak 30 sen untuk mereka yang ingin menggunakan tandas. Saya melihat beberapa orang lelaki menunggu di hadapan pintu tandas, saya melihat ada 3 pintu tandas.

Namun yang menariknya kesemua yang menunggu di luarnya menunggu ke arah salah satu pintu tandas sahaja. Ini kerana daripada pintu itu sahaja ada orang yang keluar masuk dan keluar kemudian masuk balik. 2 pintu lagi tertutup, sangkaan saya ada orang di dalamnya. Selepas beberapa lama menunggu tetap hanya satu pintu sahaja ada orang keluar masuk. Maka sangkaan saya pula hanya tandas itu sahaja mungkin boleh digunakan.

Apa yang menyedarkan saya adalah apabila penjaga tandas yang mengutip wang masuk ke tandas bersuara,

Mengapa tidak masuk ke dalam dua tandas lain? Ia tertutup dan tidak ada orang di dalamnya.

Selepas itu salah seorang yang menunggu membuka salah satu daripada dua pintu itu dan memang tidak ada orang di dalamnya. Beliau pun masuk ke dalamnya. Saya pun membuka pintu satu lagi dan memang tidak ada orang di sana. Saya pun masuk ke dalam tandas itu untuk menyelesaikan apa yang belum selesai  .

Apa yang berlaku tadi menyedarkan saya mengenai satu perkara. Keadaan seperti ini juga berlaku di dalam kehidupan kita seharian. Ramai orang menyangka hanya ada satu pintu dan satu jalan sahaja untuk berjaya. Mereka terus menunggu supaya pintu dan jalan itu terbuka sendiri. Pada sangkaan mereka, biarlah orang lain yang dahulu membuka jalan dan pintu itu dahulu. InsyaAllah giliran kita di masa lain pula. Namun yang kita terlepas pandang pintu-pintu lain yang kita tidak ingin buka sedangkan kejayaan menunggu di sebalik pintu-pintu itu. Apa yang perlu hanya membukanya sahaja dan melangkah masuk.

Pilihlah untuk membuka pintu kejayaan

Pilihlah untuk membuka pintu-pintu kejayaan yang menunggu kita melangkah masuk ke dalamnya. InsyaAllah kita kejayaan adalah untuk orang yang merasakan dirinya LAYAK untuk berjaya. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Tip Re-Code 28 Oktober 2011: Mentor Mempercepatkan Proses Kejayaan
Saya baru sahaja selesai perguruan saya bersama Tuan Rizal Hassan, sifu dan mentor saya dalam dunia latihan pembangunan diri. Saya bersama beliau dalam salah satu program beliau di Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Tujuan saya berada di sana untuk merasai dan mengalami dan merasai program suasana program latihan kendalian beliau. Merasai keseronokan, mengalami apa yang dialami oleh peserta, belajar kaedah yang digunakan dan bagaimana mengaplikasikannya dalam latihan.

Kesemua ini akan menambah nilai kepada diri saya sebagai seorang jurulatih bidang pembangunan potensi diri dan juga memberikan kesan kepada persembahan program saya di masa akan datang. Ia mempercepatkan proses pembelajaran saya terutamanya dalam mempertingkatkan kemahiran menyampaikan modul.

Program Team Up DNP Clothing di mana saya berguru dengan Tuan Rizal Hassan

Inilah pentingnya ada MENTOR. Mentor saya definisikan apa sahaja ataupun sesiapa sahaja yang boleh kita jadikan rujukan dalam bidang untuk kita. Ia boleh berupa tulisan, video atau audio yang dihasilkan oleh seseorang individu pakar. Kita boleh peroleh melalui pembacaan buku atau artikel, menonton video atau imej dan mendengar ceramah para pakar dalam bidang itu. Mentor ini mungkin juga ibu, ayah, kawan, saudara mara, kawan kepada kawan kita, guru, pakar dan ramai lagi.

Dalam kehidupan orang yang berjaya pasti ada individu lain yang meMENTORkannya. Mentor inilah yang sentiasa memberikannya inspirasi dan motivasi untuk terus bergerak ke hadapan, untuk tidak memandang ke belakang. Memberikan tenaga waktu sewaktu letih, menjadi berita gembira sewaktu kita sedih.

Pada ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke dalam dunia penerbitan buku, antara mentor saya adalah pemilik kepada percetakan yang mencetak buku-buku PTS. Nama beliau Tuan Francis Yeoh, pemilik kepada PrinAd Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai MPH Printing). Percetakan ini adalah antara organisasi yang banyak berjasa kepada PTS. Pada ketika itu PTS masih lagi kecil, tidak ada pencetak yang berani untuk berikan kredit kepada kami kerana mereka tidak yakin dengan penerbit kecil seperti kami. Hanya beberapa percetakan sahaja yang percaya antaranya Tuan Francis ini.

Kita sering mendengar bahawa orang Cina adalah bangsa yang tidak sukakan orang Melayu. Ramai Cina yang menipu Melayu untuk menjatuhkan Melayu. Namun pandangan sebegini adalah pandangan yang amat cetek. Saya sudah bertemu ramai individu berbangsa Cina yang mengubah persepsi dan pandangan saya terhadap pernyataan ini. Ini adalah pandangan orang putus asa apabila mereka tidak memperoleh kelebihan berkawan dengan individu berbangsa Cina lain. Realitinya tidak begitu. Mereka mempunyai hati nurani suci yang sama seperti insan lain, mungkin mereka berbeza warna kulit namun tetap sama makhluk ciptaan Tuhan.

Tuan Francis adalah salah seorang daripada individu yang membuktikan pandangan sebegini salah. Beliaulah yang sering memberikan nasihat kepada saya berkenaan pengurusan organisasi sebuah syarikat penerbitan. Daripada aspek mengenai percetakan hinggalah pengurusan kewangan. Yang menarik pernah saya tanya soalan kepada beliau,

Mr. Francis, mengapa Tuan sering menasihati saya sebegini?

Dia tersenyum dan berkata,

Yalah Fauzul, kalau awak mati saya pun mati woooo!

Ini yang menarik mengenai ‘Cina’ ini, beliau akan berceramah sekurang-kurangnya 2 jam kepada saya pada setiap kali bertemu dengan beliau pada zaman awal-awal PTS. Kenangan indah yang sentiasa diingati sepanjang hayat.

Mentor boleh dijadikan contoh hidup. Apa yang dilakukan, bagaimana dia bekerja, bagaimana dia berfikir, bagaimana dia bercakap, bagaimana dia berkomunikasi kesemuanya adalah faktor kejayaan beliau. Kita boleh juga menyalin ‘yang baik-baik’ dalam kehidupan seharian. Apa yang tidak baik pada pandangan mata, kita jadikan sempadan.

Saya mempunyai ramai mentor dalam pelbagai bidang yang saya ceburi. Dalam bidang penerbitan selain daripada Tuan Francis, mentor saya adalah Dato’ Hussamuddin Yaacob (pemilik Kumpulan Karangkraf), Tuan Law King Hui (pengarah urusan SASBADI), Tuan Ishak Hamzah (pemilik E-Media Publication) dan ramai lagi yang banyak memberikan panduan kepada saya dalam mencorakkan diri sebagai penerbit buku. Dalam bidang pembangunan diri, Tuan Rizal Hassan, Dato’ Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi, Dr. Azizan Osman dan ramai lagi.

Inilah yang mempercepatkan kejayaan saya dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Siapa mentor Tuan Puan? Pilihlah, insyaAllah ia dapat mempercepatkan kejayaan Tuan Puan. Bacalah dengan nama Tuhanmu…

Vlog : Travelog Frankfurt Book Fair: Bermula Kisah Kejayaan
Malam ini saya mendapat satu idea baru. Idea untuk berkongsi ilmu dengan orang lain melalui video. Alhamdulillah dengan keupayaan alat yang ada perkara ini mampu dilakukan. Tambahan pula dengan adanya Mac Book Pro yang dilengkap dengan IMovie yang mesra pengguna. Malam ini saya akan berkongsi dengan semua permulaan kisah apa yang berlaku di hari-hari awal kehadiran saya di Frankfurt Book Fair 2011. Antara isi utama Vlog ini adalah:

Apakah itu Frankfurt Book Fair?

Apakah misi dan visi PTS ke Frankfurt Book Fair?

Apakah perkara menarik yang berlaku pada hari pertama di sana?

Apakah kejayaan yang diperoleh pasukan PTS di Frankfurt Book Fair 2011?

Acara hari pertama yang saya ikuti adalah Rights Director Meeting. Ini antara imej di sana

Video Previu 2: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011
24 & 25 Disember 2011

YuranAsal: RM650

Yuran istimewa bagi pendaftaran sebelum 10 November 2011: RM550

Dewan Kuliah FINE Academy (BilikTraining.com), 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Bidang penulisan buku adalah suatu dunia penuh misteri. Ramai di kalangan masyarakat sekarang mempunyai persepsi bahawa dunia penulisan hanyalah untuk orang sastera dan akademik sahaja. Apabila mendengar kata-kata “menulis buku”, langsung terlintas di minda buku universiti dan tulisan sasterawan negara.

Ini tidak termasuk dengan sangkaan bahawa pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan. Hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka.

Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun.

Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia dalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Sekali sahaja pada waktu menulis, namun pendapatannya diperoleh sepanjang hayat.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) adalah bengkel yang akan membongkar rahsia penjanaan wang daripada penulisan. Para penulis daripada pelbagai latar belakang jurutera, doktor, tukang masak dan suri rumah sudah mengecap nikmatnya sekian lama. Bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Apa Kelainan Bengkel Ini?

Jurulatih bengkel ini bukan sahaja seorang penulis tetapi juga seorang penerbit buku. Buku tulisan beliau “Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin” pernah menduduki carta bestseller kedai-kedai buku besar Malaysia. Beliau akan mendedahkan segala input daripada dua perspektif bisnes dan seni penulisannya. Tidak seperti jurulatih lain yang hanya mendedahkan daripada satu sudut sahaja. Pengalaman negosiasi pelesenan luar negara menjadikan beliau antara pakar yang paling autoritatif di Malaysua dalam isu memasarkan hak cipta buku ke dalam dan luar negara. Input yang tidak akan diperoleh di bengkel-bengkel penulisan lain.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) mempersembahkan modul dalam 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Teori, Praktikal & Berjaya

Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku

Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang

Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia

Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca

Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang

Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode

Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu

Pengisian Program

Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman

Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku

Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku

Modul 2: Bagaimana Memilih Bidang Bersesuaian Dengan Diri

Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri

Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia

Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda

Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda

Modul 3: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda

Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan

Hak Pengarang :

Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu

Bagaimana membuktikan hak cipta

Bagaimana membuat pendakwaan

Modul 4: Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala

Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan

Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit

Merangka perancangan penulisan

Modul 5: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk

Menghasilkan jalan cerita (storyline)

Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami

Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat

Membina perenggan, bahagian bab dan bab

Modul 6: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal

Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain

Beza antara terjemah dan adaptasi

Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita

Warna dan warni dalam buku

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Puan Atiqah di talian 0341492560 ataupun emelkan kepada training@fineacademy.com.my. Terima kasih.

Video Previu 1: Bengkel Penulis Super 24 & 25 Disember 2011
24 & 25 Disember 2011

YuranAsal: RM650

Yuran istimewa bagi pendaftaran sebelum 10 November 2011: RM550

Dewan Kuliah FINE Academy (BilikTraining.com), 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Bidang penulisan buku adalah suatu dunia penuh misteri. Ramai di kalangan masyarakat sekarang mempunyai persepsi bahawa dunia penulisan hanyalah untuk orang sastera dan akademik sahaja. Apabila mendengar kata-kata “menulis buku”, langsung terlintas di minda buku universiti dan tulisan sasterawan negara.

Ini tidak termasuk dengan sangkaan bahawa pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan. Hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka.

Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun.

Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia dalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Sekali sahaja pada waktu menulis, namun pendapatannya diperoleh sepanjang hayat.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) adalah bengkel yang akan membongkar rahsia penjanaan wang daripada penulisan. Para penulis daripada pelbagai latar belakang jurutera, doktor, tukang masak dan suri rumah sudah mengecap nikmatnya sekian lama. Bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Apa Kelainan Bengkel Ini?

Jurulatih bengkel ini bukan sahaja seorang penulis tetapi juga seorang penerbit buku. Buku tulisan beliau “Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin” pernah menduduki carta bestseller kedai-kedai buku besar Malaysia. Beliau akan mendedahkan segala input daripada dua perspektif bisnes dan seni penulisannya. Tidak seperti jurulatih lain yang hanya mendedahkan daripada satu sudut sahaja. Pengalaman negosiasi pelesenan luar negara menjadikan beliau antara pakar yang paling autoritatif di Malaysua dalam isu memasarkan hak cipta buku ke dalam dan luar negara. Input yang tidak akan diperoleh di bengkel-bengkel penulisan lain.

BENGKEL PENULIS SUPER (ADVANCE) mempersembahkan modul dalam 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Teori, Praktikal & Berjaya

Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku

Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang

Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia

Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca

Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang

Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode

Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu

Pengisian Program

Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman

Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku

Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku

Modul 2: Bagaimana Memilih Bidang Bersesuaian Dengan Diri

Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri

Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia

Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda

Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda

Modul 3: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda

Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan

Hak Pengarang :

Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu

Bagaimana membuktikan hak cipta

Bagaimana membuat pendakwaan

Modul 4: Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala

Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan

Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit

Merangka perancangan penulisan

Modul 5: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk

Menghasilkan jalan cerita (storyline)

Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami

Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat

Membina perenggan, bahagian bab dan bab

Modul 6: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal

Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain

Beza antara terjemah dan adaptasi

Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita

Warna dan warni dalam buku

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Puan Atiqah di talian 0341492560 ataupun emelkan kepada training@fineacademy.com.my. Terima kasih.