Coretan Pertama Penuh Bererti
Posted on 03. Feb, 2007 by Fauzul Na'im Ishak in Coretan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Laman web ini mula dibuka kepada umum selepas saya pulang daripada satu Konvensyen ALUMNI Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang berlangsung di Hotel Brisdale pagi tadi. Alhamdulillah selepas menghadiri program ini, saya sudah mempunyai gagasan baru iaitu berkongsi pengalaman dan idea mengenai dunia penulisan buku kepada semua. Pengalaman selama lebih daripada 6 tahun dalam dunia penerbitan, pemasaran dan penulisan buku merupakan satu khazanah yang amat berharga dan perlu dikongsikan dengan semua orang.
Pengalaman memulakan langkah mencari penulisa, membina penulisa, dicaci maki penulis, diherdik peniaga buku dan banyak lagi sedikit sebanyak mematangkan pemikiran saya. Kesemua ini saya akan kongsikan di sini.
Terima kasih saya ucapkan kepada SaifulSham dan rakan-rakan konvensyen yang memberikan inspirasi dalam memulakan langkah laman web ini. Kepada bonda dan mentor saya daripada saya seorang ‘apprentice’ hinggalah menjadi pengurus penerbitan dan sekarang menjadi rakan kongsi perniagaan banyak membina diri ini, Puan Ainon Mohd.
Terima kasih juga kepada keluarga yang selalu memberikan dorongan dan panduan ketika kelam. Isteri, anak-anak, ayah dan mama. Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan selama ini.
Kepada para pengunjung, nantikan perkongsian sihat daripada saya bagi memastikan anda menjadi PENULIS BESTSELLER.
Hasil tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com


