Coaching Bersama Saya

Apa itu coaching? Adakah saya memerlukan coaching? Mengapa saya memerlukan coaching?

Apakah itu Coaching?

Albert Einstein ada menyebut

“Kita memerlukan cara berfikir yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu situasi berbanding menggunakan cara berfikir yang menjadi punca kepada situasi itu”

Coaching adalah suatu proses membantu individu membangunkan keupayaannya berfikir mengenai sesuatu sama ada berkaitan masalah, orang lain, perhubungan, pelanggan, produk ataupun apa sahaja dengan cara berfikir baru dan kreatif. Ini dapat membantu individu terbabit untuk mencapai apa yang sebenarnya dikehendaki mereka dalam hidup.

Coaching mempunyai peranan yang amat penting dalam membangunkan dan mengekalkan suasana kerja luar biasa dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Seseorang individu ingin mencapai sesuatu yang hebat dalam hidup kadangkala tersekat di tengah jalan. Ini menyebabkan mereka terhenti dan mungkin menjadi putus asa kerana berfikir perlu bermula daripada kosong kembali. Sesi coaching dapat membantu mereka membuat sekatan ini.

Kenapa Saya Memerlukan Sesi Coaching?

Organisasi adalah suatu tempat yang kompleks dan individu memerlukan sesi coaching untuk pelbagai perkara. Kebanyakannya hadir daripada individu ataupun pasukan yang mempunyai rasa “saya tidak dapat ke ‘sana’ daripada ‘sini’ disebabkan oleh ‘perkara tertentu'”. Kadangkala individu mempunyai ‘rasa’ yang mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka kehendaki dalam sesuatu perkara sama berkaitan kehidupan, sasaran peribadi, KPI organisasi ataupun sesuatu di antaranya. Coaching adalah amat berguna dan menjadi alat berkuasa tinggi untuk digunakan pada situasi begini.

Selalunya individu memerlukan coaching apabila mereka mahu

  • Mencari bantuan untuk membuang ‘sekatan’ minda.
  • Memperjelaskan lagi keperluan dan matlamat hidup; kemudian membuat pelan tindakan bagi mencapai matlamat diri, pasukan ataupun organisasi.
  • Menyelesaikan semua jenis masalah yang kompleks melibatkan orang, perhubungan, kepercayaan dan komunikasi.
  • Mempertingkatkan potensi diri bagi menjadi seorang pemimpin, pengurus dan profesional yang lebih cemerlang.

Apa yang Fauzul Dapat Bantu Dalam Sesi Coachingnya?

Saya sudah menjalankan kepada beratus orang dalam pelbagai situasi. Situasi perhubungan rumah tangga, situasi tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidup, situasi tidak tahu bisnes apa yang mahu diceburi, situasi komunikas antara pekerja dengan majikan dan banyak lagi.

Saya membahagikan sesi coaching saya kepada 3 peringkat:

PERINGKAT 1: Kenal Masalah

Pada sesi ini, saya bersama individu terbabit akan bersama-sama berbincang mengenai situasi yang dirasakan perlukan coaching. Pada sesi ini lebih kepada melihat sama ada masalah itu sesuai ataupun tidak untuk proses coaching. Selalunya sesi ini mengambil masa di antara 1 ke 2 jam. Lebih menarik, sesi ini adalah PERCUMA.

Apabila kata putus di antara kedua-dua adalah YA, ia memang memerlukan sesi coaching barulah kita akan melangkah ke PERINGKAT 2.

PERINGKAT 2: Muhasabah Masalah

Ini adalah permulaan sesi sebenar. Pada sesi ini individu terbabit akan melalui sesi profiling menggunakan alat-alat yang dirasakan sesuai dengan masalah terbabit. Saya berkepakaran dalam 2 jenis profiling iaitu Analisa Profil DiSC dan Analisa Profil LAB. Analisa Profil DiSC lebih sesuai apabila situasinya berkaitan dengan kerjaya, sumber manusia dan organisasi. Manakala Analisa Profil LAB sesuatu berkaitan komunikasi seperti komunikasi rumah tangga, komunikasi antara kakitangan dan majikan dsb. Kadangkala saya akan menggunakan kedua-duanya apabila situasi memerlukannya.

Daripada itu individu akan melalui sesi brainstorming untuk mengenal 5W +  1H situasi terbabit. Sesi ini selalunya memakan masa di antara 1 hingga 7 hari. Apabila sesi ini selesai barulah masuk ke PERINGKAT 3. Ia bergantung sama ada situasi ini sudah selesai ataupun masih lagi kronik.

PERINGKAT 2: Menggodam Masalah

Peringkat ini adalah peringkat terapi iaitu peringkat terakhir jika didapati situasi itu masih belum dapat diselesaikan pada PERINGKAT 2. Dalam sesi ini beberapa alat akan digunakan antaranya adalah Time Line™ Therapy dan Hipnoterapi.

Kepada individu yang mahukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh terus hubungi saya di talian 0162605501 ataupun emelkan kepada fauzulnaim@fineacademy.com.my. Ataupun menggunakan borang di bawah bagi mengaturkan temujanji.

Sesi Coaching Bersama Fauzul Na'im Ishak

Pihak saya amat berbesar hati untuk membantu Tuan dan Puan dalam sesi Coaching bersama saya. Kepada yang berminat boleh mengisi selengkapnya maklumat di bawah. Maklumat diberikan adalah dilindungi dan hanya untuk simpanan saya sahaja. Laman web ini diuruskan sendiri oleh diri saya dan tidak ada individu lain dapat mengakses laman web ini tanpa kebenaran saya.
    Pilih satu ataupun lebih
    Pilih satu ataun lebih
.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *