Bumi Kelantan : Terserlah KeIslamannya!

Posted on 21. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak in Coretan

Saya sekarang berada di Kota Bharu di bumi Kelantan yang diberikan jolokan serambi Mekah. Saya berada di sini bagi memenuhi satu temu janji dengan seorang tokoh besar Kelantan. Siapa? Nantikan artikel mengenainya dalam masa terdekat. Saya punya temu janji bersama beliau pada hari Ahad ini, namun begitu saya mengambil peluang bercuti bersama keluarga di sini. Sudah dua tahun setengah saya tidak ke sini. Kali akhir saya ke sini adalah sebelum kelahiran anak kedua saya, Muhammad Isyraf Idraki. Sekarang dia sudah berusia dua tahun dua bulan. Lama juga ya.

Banyak juga perubahan yang berlaku di sini dalam tempoh tersebut. Bangunan yang sebelum tidak ada, sudah ada. Jalan yang dahulunya bengkang bengkok sudah lurus. Menarik memang menarik. Tidak sepertimana yang digambarkan oleh media perdana yang mengatakan bahawa Kelantan negeri mundur.

Saya dengan negeri Kelantan ini amat dekat di hati. Saya pernah bersekolah di sini iaitu di Sekolah Menengah Sains Machang, Labok, Machang, Kelantan. Daripada tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Kemudian ayah saya berpindah ke sini atas arahan kerajaan persekutuan sebagai pegawai pertanian di Lundang, Kubang Kerian. Apabila dicampur ditolak saya tinggal di bumi Kelantan hampir 8 tahun. Perubahan daripada ketika itu hingga sekarang amatlah ketara.

Apa yang Menarik?

Saya memandu masuk ke Kota Bharu, terpampang papan tanda iklan DIGI dalam tulisan jawi. Ini tidak pernah kelihatan di tempat-tempat lain. Iklan-iklan lain juga sebegitu, semuanya pasti mempunyai tulisan jawi pada iklannya. Kemudian yang ketara adalah model-model yang dipaparkan pada iklan tersebut semuanya menutup aurat. Yang perempuan bertudung litup dengan pakaian anggun muslimah, lelaki memakai pakaian kemas dan kacak. Inilah kesannya apabila kita  meletakkan Islam pada tempatnya. Gagasan kerajaan negeri Kelantan bagi menjadikan Islam teras utama pemerintahan di sini sudah menampakkan impaknya.

Nanti saya sambung lagi apa yang saya lihat, dengar dan alami di negeri ini.

Hasil tulisan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com
Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

One Response to “Bumi Kelantan : Terserlah KeIslamannya!”

  1. awang

    22. Oct, 2008

    Kelantan pelopor budaya bangsa negara. Dengan penuh sedar dan rasa bertanggungjawab Kelantan terus maju tanpa meminggirkan budaya bangsa negara. Tentunya berpaksikan budaya bangsa Melayu. Tahniah dan teruskan. Negeri-negeri lain bila lagi…

Leave a Reply