Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Yang Penuh Perkongsian

Posted on 09. Nov, 2008 by Fauzul Na'im Ishak in Motivasi, Utama

Tempoh hari, selama 3 hari berturut-turut dari 4 hingga 6 November 2008 Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menjadi umpama rumah saya. Keluar jam 5.30 pagi dari rumah terus ke Dewan Bahasa & Pustaka, jam 6 petang baru keluar dari sana. Kira masa lebih banyak di DBP berbanding dengan rumah sendiri. Keluar rumah nampak bulan, sampai ke rumah pun nampak bulan.

dsc_0397

Para peserta Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen DBP

Apa yang dibuat di DBP? Sudah jadi orang DBP kah? Tidak, saya dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen bagi Dana Penggerak Industri Buku Negara. DBP adalah sekretariat pengurusan dana tersebut. Di bawah dana ini, beberapa program latihan diatur antaranya bengkel penulisan buku mewah, buku kanak-kanak, buku umum bukan fiksyen dan buku untuk remaja. Saya dilantik sebagai perunding dan pengendali bagi dua bengkel iaitu Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen (4 hingga 6 November 2008) dan satu lagi Bengkel Penulisan Buku Untuk Remaja (tarikh masih dalam perbincangan). Kedua-duanya diuruskan oleh syarikat perunding motivasi saya B Pro Management & Training yang lebih dikenali dengan nama Akademi Penulis.

Alhamdulillah saya boleh katakan bengkel ini penuh dengan perkongsian pengalaman. Mengapa? Para pesertanya adalah di kalangan orang berpengalaman dalam bidang penerbitan. Ada pengurus penerbitan, ketua editor, pengarah penerbitan, pemilik syarikat penerbitan, editor dan pengarang. Saya yang baru 8 tahun dalam dunia penerbitan ini diminta mengendalikan bengkel untuk para pemain berpengalaman lebih dari saya. Memang menarik.

Antara individu yang menarik saya menjadi peserta bengkel En. Zakaria Sungip, editor kanan Galeri Ilmu (namanya sering muncul di majalah-majalah Galeri Ilmu), En. Radzali, ketua penerbitan Pustaka Yamien, Puan Hajjah Zainab, pengarah penerbitan DBP (sempat hadir untuk satu sesi), Puan Kamsiah, ketua bahagian pembangunan penerbitan DBP (sempat hadir beberapa sesi) dan editor dari syarikat seperti Telaga Biru Sdn Bhd, Creative Enterprise, Arus Intelek, Al-Ameen Serve dll.

Satu bengkel khusus buat pemain utama industri. Baru beberapa hari sebelum itu saya berpeluang menyampaikan ceramah kepada para penerbit di Jakarta, Indonesia (boleh rujuk Model Kerjasama Penerbitan Indonesia-Malaysia). Kali ini kepada para pemain dalam dunia penerbitan buku umum Malaysia. Rezeki yang hebat dari Allah.

Banyak ilmu yang dikongsikan sepanjang bengkel. Motivasi penulisan, pengenalan kepada dunia penerbitan buku, merancang penulisan, teknik menulis hinggalah kepada pemasaran buku. Semua ini adalah hasil pengalaman saya dalam dunia penerbitan sejak 8 tahun ini. Alhamdulillah maklum balas yang diperoleh amat baik dan harapan saya semua yang hadir dapat menyebarkan ilmu bermanfaat kepada lebih ramai orang. Pemain industri buku seharusnya bekerjasama menaikkan industri ini.

Melahirkan penulis terutamanya adalah tanggungjawab semua. Saudara, saya dan orang ramai mempunyai peranan utama ke arah itu. Ada ramai yang mengirimkan email kepada saya dan ada yang mesej melalui FaceBook saya bertanya bagaimana mereka hendak turut serta dalam bengkel itu. Saya sarankan semua turut serta dalam program anjuran Akademi Penulis iaitu Seminar Jana Wang Dengan Menulis. InsyaAllah saya sendiri yang mengendalikannya. Boleh lawati www.janawangdenganmenulis.com.

Hingga sekarang sudah 11 orang yang mendaftar dan tinggal tinggal 34 tempat lagi. Siapa cepat dia dapat. Kita jumpa di sana. Di bawah saya kongsikan dengan semua memori di bengkel tempoh hari.

[Gallery not found]Hasil tulisan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Blog
fauzulnaim@fauzulnaim.com
Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

Leave a Reply