Barah Kewangan: Bukan Cara Hadapi GST

Screen Shot 2015-04-13 at 8.07.46 AM

Siapa yang tidak mahu jadi kaya, siapa yang tidak mahu bergaya? Namun inilah antara punca mahu jadi teraniaya.

Banyak kes yang saya kendalikan sepanjang menjadi coach adalah kes pengurusan kewangan silap rancang. Antara kes besar adalah kes meminjam dengan Along dan Kad Kredit. Ini dua Barah Kewangan yang perlu diletakkan dalam senarai paling perlu dielakkan.

Ada dua kes yang saya kendalikan.

Kes 1: Ada seorang individu yang bekerja dengan pendapatan gaji asas sedikit tetapi elaun lebih masanya tinggi. Pada ketika itu sangkaannya dengan elaun yang banyak beliau boleh selesaikan apa sahaja masalah kewangannya. Kerana sangkaan, mahu gaji lebih maka buatlah kerja lebih masa dengan lebih intensif. Namun cerah tidak sampai ke petang hari, beliau sakit dan akhirnya sekarang hutang Alongnya sukar untuk dibayar. Hanya mampu bayar duit faedahnya sahaja dengan kesemua duit gaji asasnya sahaja. Pokok masih belum terusik. Lebih membarah akibat itu isteri mahu memohon cerai dengan bebanan tanggungan dua orang anak.

Kes 2: Ada seorang individu yang hampir sama dengan situasi di atas. Akibat isteri suka membandingkan diri dan kehidupan mereka dengan orang lain maka beliau terpaksa meminjam Along untuk membayar ‘ego’ sebagai seorang lelaki. Tidak suka kelihatan lekeh berbanding orang lain terutama pada ketika musim raya. Meminjam Along untuk membeli barangan menghadapi perayaan dengan sangkaan boleh membayarnya. Namun sama tidak mampu membayar pokok kerana bayaran faedahnya yang banyak. Sekarang sudah bercerai dengan isteri.

Sekarang apabila berada di kawasan membeli belah, pelbagai rayuan jurujual menggalakkan kita berhutang kad kredit.

Ambillah kad kredit, tidak guna pun tidak mengapa, simpan sahaja. Mana tahu nanti bila mahu pakai pada masa kecemasan. Kemudian bayarlah balik.

Ambillah, boleh dapat payung percuma, power bank percuma dan banyak lagi perkara percuma

Pada ketika sentimen ‘wang tidak cukup’ sekarang, pasti ada yang tergoda dengan pujuk rayu ‘menjual harapan’ ini. Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan kewangan lebih. Tulis ebook belajar dengan Tuan Aqif Azizan, buat bisnes online belajar dengan Tuan Faisal Abdullah, buat bisnes cara komuniti pergi sertai ABS di bawah kelolaan Puan Ainon Mohd., Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Zusuff Kan, belajar buit dengan fotografi dengan Tuan Saiful Nang. Elakkan buat hutang, ini bukanlah cara untuk hadapi GST.

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *